Breaking News

Adik Dah Besar La


Assalamualaikum..

Hari ni cuti kan? Korang pergi mana? Cik Nor tak pergi mana-mana pun just ronda-ronda kat Aeon Mall jer. Mesti korang ada planning best kan. Mula-mula ingat nak pergi jalan-jalan kat Bukit Keluang tapi cuaca tak mengizinkan. Tiba-tiba hujan pulak hari ni. Alhamdulillah..

Gambar tu sebenarnya nak cerita pasal seorang anak buah Cik Nor. Dulu masa dia mula-mula lahir dalam 1 atau 2 bulan Cik Nor ada lah bagi hadiah teddy bear kat dia. Ingatkan dia suka teddy bear tu sebab perangai dia ganas sikit. Tapi sangkaan Cik Nor tu meleset. Teddy bear tu sampai sekarang dia kelek ke sana ke mari.


Sekarang dia dah berumur 12 tahun tapi masih tidur dengan teddy bear tu. Tak ada teddy bear tu mesti tak boleh tidur. Resah gelisah kalau tak ada teddy bear tu.  Adoii.. nak tergelak pulak Cik Nor tengok. Menyesal pulak bagi hadiah teddy bear tu kat dia. Sampai sekarang melekat jer dengan teddy bear tu. Balik sekolah mesti cari benda alah tu dulu. Cik Nor pulak yang kena marah dengan mama dan neneknya..haha.

Tempoh hari  pergi Parkson.. cakap dengan dia kalau acik beli baru adik kena buang yang lama. Tak mahu nya dia buang. Nanti bau dia tak sama..haha. Dah macam bantal busuk pulak. Mak Cik Nor tanya kata beli teddy bear baru untuk adik mananya. Cik Nor cakap mana ada..adik mana nak buang yang lama tu. Buat apa beli baru.haha

Adik... awak tu dah besar udah-udah la bertepek dengan bear tu. Korang ada tak anak atau anak buah yang tak boleh hilang benda-benda dia sayang?

5 comments:

  1. Hehehe biasa la tu cik nor.. Tu baru 12 tahun.. yg tua rente pun masih ada tido peluk tedibe.. ekekeke

    ReplyDelete
  2. fae dah bakar teddy bears fae huhuhu

    ReplyDelete
  3. Haha, I bought a teddy bear waktu zaman belajar dulu and until now masih simpan di dalam kamar tidur kami. Sampai kena bahan dengan husband... perangai macam budak -.-

    ReplyDelete
  4. Yelah....mmg ada jenis budak yg mcm tu. Si TLBD ada selimut. Kalau nak bermlm mesti bawak selimut tu

    ReplyDelete
  5. ada mcm2 bau yg melekat tu yg syg bebeor tu haha

    ReplyDelete