KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Thursday, March 2, 2017

Ary Malik Dan Dato Jins Shamsuddin Dalam Kenangan

Sumber gambar dari google

Assalamualaikum...

Semalam kita dikejutan dengan berita kehilangan pelakon, penyanyi dan pengacara iaitu Ary Malik buat selama-lamanya kerana kanser ovari tahap 4. Beliau tiba-tiba koma dan menghembuskan nafasnya yang terakhir juga dalam keadaan koma setelah beberapa hari dimasukan ke hospital. Sungguh mudah beliau pergi menemui Penciptanya.

Ary adalah kepada penyanyi Min Malik. Min telah lama menyepi setelah mendirikan rumah tangga. Ary pun baru sahaja membuat come back menerusi Master Chef Malaysia. Suka sangat tengok beliau dalam program tu. Sentiasa ceria dan senyuman tak pernah lekang dibibir. Rupanya dalam keceriaannya itu ada duka yang orang lain tidak mengetahuinya.

Sumber dari google.

Sehari selepas pemergiaan arwah Ary Malik, kita dikejutkan dengan pemergian aktor tersohor Dato Jins Shamsuddin buat selama-lamanya keranak sesak nafas. 

Masih ingat lagi filem lakonannya Tiada Esok Bagimu. Memang menyentuh hati dan perasaan setiap kali menonton filem tersebut. Filem-filem yang beliau lakon memang berkesan dan sentiasa menjadi ingatan setiap peminat beliau.

Al-fatihah...semoga roh mereka berdua dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..aamiin

10 comments:

  1. Al fatihah buat mereka yang pergi....Moga Allah ampunkan dosa dosa mereka dan dosa dosa kita semua

    ReplyDelete
  2. al-atihah..takziah untuk family keduanya...

    ReplyDelete
  3. Innalillah... Al Fatihah buat kedua-duanya... Hidup itu Semenatara dan Mati itu pasti... Amin...

    ReplyDelete
  4. Al-fatihah...semoga Allah merahmati kedua-duanya amin

    ReplyDelete
  5. ohhh. yg tu Ary Malik. tengok gambar baru kenal. Al-Fatihah buat keduanya.

    ReplyDelete
  6. al fatihah dan salam takziah untuk keluarga arwah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...