KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Wednesday, January 4, 2017

Siapa King Coco?

Ambik kat pakcik google

Assalamualaikum

Baca tajuk confirm korang pun pelik kan? Kalau korang pelik Cik Nor lagi pelik. Siapa sebenarnya King Coco ni? Buka-buka facebook semua pakat dok cerita pasal dia. Aishh..hati membuak-buak nak tahu siapa King Coco ni. 

Tapi kan bila di google dan di telek-telek siapa King Coco ni memang Cik Nor tak kenal.  Baca kat laman sosial macam dia ni fofular sangat. Jauh panggang dari api. Nak kata artis bukan, nak kata kerja best tak jugak tapi kenapa dia begitu dikenali di laman sosial? Pelik jugak kan? Biasa kalau viral macam ni mesti orang tu artis ke apa.haha

Viral bukan pasal apa..pasal dia kahwin dan jadi isteri nombor 2 jer sebenarnya. Then dengar cerita wife nombor 1 dia sedang sarat mengandung. Kalau salah Cik Nor baca maka salah la maklumat ini. Harap maklong.hihi

Masa Cik Nor google tu jumpa la youtube dia sedang ditemuramah oleh satu rancangan. Cik Nor tak pasti rancangan apa. Perghh..dia punya slang omputih kemain lagi. Ingat kan bapa dia omputih rupanya nama bapa dia Ismail je. Nak kata dok oversea lama macam tak jugak. May be stail dia suka cakap macam tu kot.haha.

Kalau korang nak kenal siapa King Coco ni silalah lah google sendiri. Kalau tunjuk gambar pun korang tak kenal jugak.haha. Kalau Cik Nor tunjuk gambar coco crunch confirm semua kenal dan tahu.haha


 

14 comments:

  1. ini entry kedua hari ini nieyl baca tentang coco ni...
    nanti nieyl pun nak try google la..siapa dia dia... :)

    ReplyDelete
  2. smlm msk keje je bdk opis ckp...akhirnya king coco kawen jg...sy pun blur2 laa bkn x kenal tp ekk... ap hal pulak smpi takat tu?

    ReplyDelete
  3. Kalau boleh biarlah glamer yg membuahkan org senyum suka
    Kurang manis rasanya glamer yg begitu.
    Kesian isteri yg no. 1 tu apa rasa dia?

    ReplyDelete
  4. Alamak.. Sapa nie?? hehehe.. tak berapa perasan kalau ada viral pasal nie..

    ReplyDelete
  5. pernah tengok dekat tv tentang koko ni...motif viral kalau tak salah :)

    ReplyDelete
  6. tak phm dgn perangai si koko nie.. hmmmm

    ReplyDelete
  7. Mula2 dah tau siapa koko ni sebab viral video dia cakap slang omputih yang kalah mat & minah salleh..banyak mix katanya...lepas tu baru ni pasal kisah dia nikah & jadi 2nd wife..omgeee..budak baru nak up cengitu le gamaknya...

    ReplyDelete
  8. Terhibur baca pasal coco ni, terhibur kenapa? terhibur dengan stupidity. Dari instagram video and interview tu dapat tangkap pon yang dia attention seeker dan faker. Please.

    Sebenarnya teringin nak buat kempen dalam masa terdekat ni: Stop making stupid people famous. Dan kempen yang bukan sekadar segmen blog :) If anyone is up for it, saya akan buat. Sebab dah meluat dengan orang yang viral for not only with no particular reason, but by being hilariously stupid as well.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju..lagi ramai orang share pasal dia..lagi dia suka..nama dia makin glamer walaupun dengan cara menunjukkan sisi kurang bijak dia tu..kesian pada family dia jugak..dapat tempias atas tindakan kurang bijak dia tu...

      Delete
  9. Viral yang tidak dapat mendidik masyarakat pun... kadang letih tengok viral-viral ni... haih!

    ReplyDelete
  10. tau.. sebab mmg follow ig dia heheh

    ReplyDelete
  11. waa'laikumussalam, memula blank jg sape coco ni. rupanya minah celup omputeh. hadoyaiii

    ReplyDelete
  12. yeahh kat sini pown ada cerita king coco.. Femes gile kan cik nor... lea tak kenal memula tu.. member cite baru tau.. hehehe

    ReplyDelete
  13. Yelah cik Nor...tak payah nak kenallah orangnya. Bukan sapa sapa pun ...hihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...