Breaking News

Kronologi 2 | Kawan Bercuti Di Kelantan


Assalamualaikum..

Jom Cik Nor sambung kisah bestfriend Cik Nor datang bercuti ke Kelantan. Mesti korang tertunggu-tunggu part 2 kan? Apa? Tak tunggu? Malunya Cik Nor..😣

Malam pertama diorang datang Cik Nor dah bawa diorang balik kampung. So, pagi-pagi sebelum bertolak pergi Rantau Panjang sempat la diorang meneroka kawasan rumah Cik Nor. Apa lagi habis kebun cili abang ipar Cik Nor diaorang kerjakan. Bukan buat apa pon..welfie dalam kebun jer.hehe. Tapi ralat sikit la diorang tak sempat bergambar dalam sawah padi sebab balik dari Rantau Panjang dah lewat dan hujan pulak.huhu


Kitaorang bertolak ke Rantau Panjang lebih kurang pukul 12.00 tengahari. Sampai kat sana pukul 1.00 petang macam tu la. Diorang apa lagi tak habis-habis dengan selfie. Jangan marah.hehe. Dah penat selfie, apalagi cuci mata pulak kat Pasar Siti Fatimah. Sempatla diorang grab baju dan jajan untuk di bawa pulang ke Kuala Lumpur.

Penat dah pusing pasar-pasar yang ada kat situ apa lagi cari makanan ringan lah dulu alas perut. Mula-mula tu cuba aiskrim baba dan aiskrim kelapa. Beli, tapau dan makan dalam kereta. Before keluar dari kawasan bebas cukai tu sempat beli baby nenas dan buah mangga. Maaf yer gambar mangga tak de dalam gambar. Hihi


Oleh kerana kami pergi hari Jumaat banyak kedai makan tutup. Terpaksalah singgah masjid dulu untuk solat zohor. So, kami singgah masjid yang tersohor di Pasir Mas iaitu Masjid Beijing. Mengapa orang panggil masjid tu Masjid Beijing? Ini kerana senibina masjid tersebut mempunyai ciri seakan-akan masjid di Beijing, China. Tak habis-habis korang wefie yer. Hihi



Keluar dari Masjid Beijing tu mencari jugak kedai makan kot-kot jumpa yang best tapi kebanyakan tutup. Hampa lagi. Masa dok tengah cari kedai makan ternampak orang jual putu halba. Singgah beli dulu buat alas perut sementara jumpa kedai makan. Untuk pengetahuan korang, putu halba memang femes kat Kelantan semasa musim tengkujuh. Setiap tempat ada menjual putu halba ini. Kepada yang datang bercuti di Kelantan, jangan lupa untuk mencubanya. Sedap..


Akhirnya Tanah Merah juga la syurga makan tengahari dan makan petang kami. Nama kedai Cik Nor dah lupa tapi harga makanan memang tak boleh blah. Memang tak masuk akal orang kata. Kenapa? Murah sangat. Chicken chop harga rm3.90, chicken grille rm4.90. Pendek kata harga makanan western bawah rm10.00. Mana mau jumpa macam tu zaman sekarang ni. Macam menu sebenarnya kami order tapi yang sempat snap cuma dalam gambar kat atas tu jer. Perut dah menyanyi lagi keroncong untuk ana dah.hehe

Dah la masa kami sampai tu hujan renyai-renyai bertambah lapar la perut kami. Nasib la makanan yang kami order cepat sampai. Kalau tak mengamuk jugak. Hehe. Maya best tak kerabu maggi dia? Apa-apa pon thank to my friend forever Maya coz belanja kami semua. Amoy pinjam phone..gambar dari phone ko cantik-cantik.hihi

Udah-udahla Cik Nor merapu. Kan tak de orang nak baca pulak blog ko. Apa-apa pun tunggu part 3 yer. Kemana lagi kami berjimba... tunggu..

8 comments:

  1. murahnya.. apasal tak tau nama? tak mau kongsi dgn org eh? hihi..
    ciknor.. akak suka masjid tu.. sejuk je solat dlm dia..

    ReplyDelete
  2. om nk ke rantau panjang kena lalu ikut tanah merah ye.

    ReplyDelete
  3. wah!makanan semuanya nampak sedap....

    ReplyDelete
  4. selama dok kl dlu, xpernah lg sampai kat kelantan ni. best je tengok

    ReplyDelete
  5. Itulah yg best ke pantai timur ni Nor
    Harga makanan memang murah dan sedap-sedap pulak tu.

    ReplyDelete
  6. dah lama tak jalan-jalan ke pantai timur..last jejak kaki 2008..
    planning bila ke sana nak cari tiram...

    ReplyDelete
  7. sedapnyaaa... sy mmg da pasang niat nk dtg kelantan thn lps tp x jd... hrp2 ada rezeki ke sn...lama sgt x dtg...rindu sekolah lama

    ReplyDelete
  8. Mmg tak akan jumpa kat KL ni cik nor kalau harga chiken chop bawah 5 henggit. Kalau hakak mau order 2 tu hihi

    ReplyDelete