KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Friday, April 28, 2017

Korang Jangan Macam-macam


Assalamualaikum..

Alahai..semalam ingat nak updates blog tapi banyak kerja pulak kat pejabat. Keluar pejabat pukul 7 malam. Magrib pun sembahyang kat mesti tepi jalan. Sampai rumah dah pukul 8 lebih. Belek-belek facebook dan blog, mata dah layu. Bila mata dah layu idea pun hilang la.haha. Alasan sangatkan Cik Nor ni.

Baca tajuk macam Cik Nor nak marah orang kan. Tapi bukan nak marah cuma nak luahkan apa yang terpendam dihati. Cewah..macam bercinta pulak. Hah.. gituww. Dunia blogger penuh cabaran tapi semuanya dapat di atasi andainya kita semua open minded yang terlalu menjadi katak dibawah tempurung.huhu.

Cik Nor bukan nak mengata sesiapa tapi ada certain blogger especially kaum adam banyak pantang larang kalau ingin menulis komen di blog mereka. Itu tak boleh, ini tak boleh. Ok fine..Cik Nor tak akan jejak lagi blog tu sampai bila-bila yo. Ingatlah yer..kalau korang nak suruh Cik Nor komen sila jangan ada pantang larang. 

Cik Nor tak kisah dilabel blogger sombong. Korang jer la rugi pageview. Hehe. So, mana blogger yang nak suruh singgah blog korang jangan ada pantang larang. Yang ada pantang larang, ingat yer Cik Nor blacklist terus..haha

Korang  pernah kena macam Cik Nor tak?

PERHATIAN: mana blogger yang follow blog Cik Nor tapi Cik Nor tak follow balik blog korang, sila tinggal link blog dikotak komen. Terima kasih.

Wednesday, April 26, 2017

Jeruk Madu Pak Ali


Assalamualaikum..

Perasan tak sejak akhir-akhir ni Cik Nor jarang letak watermark kat gambar yang Cik Nor letak kat blog. Haha. Bukan ada muka Cik Nor tak apa tak ada watermark. Yang ada harus ada watermark takut di sabotaj oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.huhu

Minggu lepas Cik Nor tak balik kampung sebab hari ahad kerja isnin pulak cuti. So melepak jer lah dihari minggu. Macam biasalah kalau dok rumah sewa tak ada kerja lain lain la, makan, tidur dan mengemas sikit-sikit. Hehe. Kalau boring keluar pergi bandar tawaf shopping compleks.haha.

Hari khamis tu rakan sekerja ke Pulau Pinang bersama bos Cik Nor untuk lawatan ke kilang apa ntah. Dalam hati Cik Nor, wah ke Penang sedapnya kalau diaorang beli jeruk madu Pak Ali. Ok, berangan dah kat situ.haha. Tolong jangan gelak k.πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Pagi jumaat tu bangu awal sikit sebab lapar. Tapi still golek-golek atas katil lagi layan social media. Dok tengah-tengah syok melayan instagram or facebook, member yang pergi Penang tu call. Kak ada kat rumah ke? Tak balik kampung? Laju jer jawab..tak balik.  Siap tanya..nak kunci pejabat ke? Sebab sebelum ni dia ada cakap nak masuk pejabat. Eh.. bukan ..nak hantar jeruk. Jerukk? Wah..teruja jap..tak sangka dia tahu isi hati Cik Nor.haha

Alhamdulillah..dapatlah sebungkus jeruk madu Pak Ali. Korang pernah tak berangan macam Cik Nor then tiba-tiba dapat betul.hihi 

Tuesday, April 25, 2017

Sabun Pilihan Cik Nor


Assalamualaikum..

Semalam ingat nak updates pasal israk & mikraj tapi semuanya tinggal harapan.  Pergi Pulau Nami punya pasal la ni. Haha. Pulau Nami? Tunggu entry dia yer..hehe

Musim panas ni memang seksa sikit kalau berpeluh. Aduh melekit-lekit, rasa tidak selesa sangat. Tambah-tambah kat pejabat penghawa dingin rosak. Guna kipas jer, lagi la haru. Kalau boleh kat pejabat pun Cik Nor nak mandi. Tak tahan weh kalau berpeluh ni. Nak buat kerja pun tak selesa.

Oleh yang demikian Cik Nor memilih antabax sebagai pilihan Cik Nor. Mesti korang tertanya-tertanya kenapa Cik Nor tak guna yang jenis cecair. Cik Nor dah guna sebelum ni tapi rasa macam tak best kerana lepas mandi sabun tu rasa macam melekat lagi kat badan walaupun dah dibilas banyak kali. Kalau guna yang jenis buku ni  sekali bilas dah hilang kesan sabun tadi. Badan pun terasa segar sangat.

Dulu Cik Nor guna jenama lain tapi kawan Cik Nor cakap jenama tersebut mengandungi bahan yang boleh merosakkan kulit.  Terus Cik Nor bertukar kepada antabax sehingga sekarang. Ini lah sabun pilihan Cik Nor. Apa pula sabun pilihan korang? Jom sharing😊😊😊

Monday, April 24, 2017

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Meletop Era 2017



Assalamualaikum..

Malam tadi penuh wall facebook dengan hashtag anugerah meletop era 2017. Cik Nor tengok live streaming tapi huwaaa.. internet too slow like a...haha. bertabahlah Cik Nor kenapa ko guna line kuning. 

Bagi yang tak tengok ni Cik  Nor share senarai penuh pemenang AME 2017.  Mesti terkejut kan malam tadi anugerah Lofattah kan? Banyak jugak diaorang sapu anugerah. Ini mesti penangan Suri Hati Mr Pilot.  Cik Nor tak dapat Mr. Pilot pun tak apa lah janji dapat Mr. Maritim..eh..tetibaπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Senarai Penuh Pemenang AME 2017

Artis Baharu Meletop
Khai Bahar

Bintang Online Meletop
 Fattah Amin

Couple Meletop
Akim Ahmad & Stacy

Si Cilik Meletop
Yusof Iskandar (Anak Hairul Hazreen dan Hanis Zalikha)

Program Radio Meletop
Johara Pagi Era

Penyampai Radio Meletop
Johan

Program TV Meletop
Taste Selebriti (  Neelofa )

Hos Meletop
Neelofa

Drama Meletop 
Suri Hati Mr Pilot

Pelakon Meletop
 Fattah Amin

Pelawak Meletop
Johan

Group/Duo Meletop
 Siti Nurhaliza & Faizal Tahir

Penyanyi Meletop
Siti Nordiana

Lagu Meletop
 Pencuri Hati - Ayda Jebat

Filem Meletop
 Munafik

Bintang Filem Meletop
 Fasha Sandha

Anugerah Meletop Lelaki 2017
Fattah Amin 

Anugerah Meletop Wanita 2017
Neelofa 

Tahniah kepada semua pemenang. Yang tidak berjaya mungkin rezeki anda ditempat lain. InsyaAllah..eh..peminat Ayda Jebat ada ke kat sini? Tak boleh tulis lebih-lebih nanti ada yang meroyan kat komen pulak.hihi

Saturday, April 22, 2017

Kerana Ianya Bermakna


Assalamualaikum..

Malam ingat nak updates malam tapi memain punya pasal lewat lah jugak updates nya. Well macam korang tak kenal Cik Nor, kalau tak malam tak ada nya entry baru kat blog dia.so, kepada yang baru kenal Cik Nor, bertabahlah kalau datang blog Cik Nor tiada entry baru. Hehe. Yang dah lama kenal tu...faham-faham jer la.hihi

Kenapa tiba-tiba ada gambar jam? Tu bukan nak menunjuk jam baru atau jam mahal tapi ada cerita disebaliknya. Jam tu pemberian abang ipar sebagai ole-ole dari China. Kira bebal jugak lah nak rosak walaupun dah berkali jatuh.hehe. Jam tu rasanya bukan dia beli yang original pun. Rasanya dia beli kat pasar malam dan mungkin harga dia RM50.00 atau lebih rendah dari tu. Yang pasti dia tahan lasak dari yang lain. Kakak dan anak buah dapat jugak tapi semuanya dah rosak.huhu

Sebenarnya Cik Nor dah lama tak tukar bateri dia. Entah kenapa semalam tiba-tiba rasa nak pakai jam la pulak. Jam ni lain macam sikit, kalau nak tukar bateri kena pergi kat kedai jam berjenama sebab sebelum ni suruh adik tukar kat kedai jam biasa jer, diaorang cakap tak boleh buka penutup belakang tu. Adeii. Tu yang setahun sekali Cik Nor tukar bateri dia sebab malas nak redah jem dalam bandar Kota Bharu.

Masa tukar bateri tu, apek tu ada cakap jarum longgar then Cik Nor suruh dia baiki terus alang-alang dia dah buka untuk tukar bateri. 5 minit baiki dah siap. Senang hatila Cik Nor balik bila jam dah ok. Bangun tidur tu tengok jam, eh kenapa tak gerak. Tengok ada 1 berlian ke apa ntah orang panggil, tercabut. Goncang-goncang hidup kejap then mati balik. Ni tak boleh jadi ni, hari ni pergi semula kedai jam apek tu. Dia pun cakap ni banyak benda dah nk tercabut, adoii..geram jer nak sound apek tu, semalam apasal ko tak baik terus masa aku suruh betulkan jarum yang longgar tu. Dia macam malas nak layan Cik Nor, tapi Cik Nor slow talk suruh dia check betul-betul dan tinggalkan sekejap.

Fuhh..nasib baik tak kena cas lain. Kalau tak masak Cik Nor. Semalam dah kena RM15.00 tak kan hari ni kena lagi.hehe. Korang ada pengalaman macam Cik Nor tak?

Friday, April 21, 2017

Melabur Untuk Berseri | InnerShine Pati Prun Dengan Camu-Camu




Melabur Untuk Keserian Dalaman Yang Lebih Menyerlah


Assalamualaikum..

Setiap wanita mesti ingin kelihatan tak kira di usia mana. Betul tak korang semua? Malah Cik Nor sendiri pun teruja bila kecantikan itu terserlah tapi korang mesti ingat, kecantikan tu harus ada pengorbanan. Uikk..ayat kemain kan Cik Nor ni. Hehe. Bukan korban apa pun sebenarnya. Korban duit sikit jer. Untuk beli apa? Meh la sini Cik Nor nak cerita pasal produk terkini Innershine yang terlaris dipasaran.

InnerShine® mengesyorkan para wanita supaya melabur untuk kesejahteraan dan bagi mendapatkan kulit yang cantik dan berseri. Tekanan hidup seharian boleh mendatangkan kesan buruk kepada kita yang menyebabkan berlakunya masalah penghadaman dan kulit yang nampak lesu.

InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu merupakan pati buah-buahan semula jadi yang diperkaya dengan Resistant Maltodextrin – sejenis serat diet larut. Pati prun yang membantu mempertingkatkan pergerakan usus, membantu menyingkirkan toksin dari tubuh dan memulihkan kesihatan serta menggalakkan sistem penghadaman yang sihat, secara tidak langsung membolehkan tubuh menyerap nutrien dengan lebih baik.

Kerjasama terbarunya bersama dua ikon kecantikan dan fesyen media sosial, Nita dan Umma, yang masing-masing menjual gincu cecair premium serta tudung membantu  mendapatkan keserian luaran yang lebih menyerlah,




Sehingga 30 April, pengguna berpeluang mendapatkan sebotol InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu 42gm, apabila mereka membeli produk daripada Nita dan Umma bernilai lebih RM69. Tawaran ini terhad kepada 1,000 pelanggan pertama sahaja, jadi segera mulakan belian dalam talian sekarang.

Jika anda lebih gemar mengunjungi pusat membeli belah, InnerShine® akan memberi ganjaran lebih tinggi apabila anda membeli dua pek InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu yang mengandungi 12 botol kerana anda bakal menerima pek minuman tenaga BRAND’S® Ca’ya yang mengandungi 6 botol secara percuma! Sementara itu, pembelian pek InnerShine® 6 botol atau 12 botol pula memberikan anda pulangan sebotol BRAND’S® Ca’ya.





Mulakan melabur pada kesihatan dan kecantikan anda hari ini dan kunjungi farmasi Guardian dan Watsons terpilih seluruh negara sebelum promosi ini berakhir bulan depan.


Untuk maklumat lanjut, hubungi Talian Khidmat Prihatin Pelanggan BRAND’S di 1-300-228-300, atau layari www.innershine.com.my dan juga InnerShine Club di Facebook.

Hadiah Menang Giveaway


Assalamualaikum..

Malam ni ingat nak updates blog awal tapi apa kan daya borak itu lebih menarik perhatian. Haha. Ni lah kan orang kata, perempuan kalau borak memang tak ingat dunia. Eh betul ke?πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Comel kan sepasang selipar tu? Tu bukan sebarang selipar tu fridge magnet tau. Hehe. Mana Cik Nor dapat? Baca tajuk pun korang dah tahu dari mana cuma korang tak tahu Cik Nor dapat dari siapa kan? Hehe. Hadiah ni dah 2 3 hari kot dapat tapi malam baru berkesempatan buat entry pasal ni. Hehe

Hadiah ni Cik Nor dapat dari blogger JDT tu, siapa lagi kalau bukan akak Mia a.k.a http://www.mialiana.com. korang mesti kenal dia kan. Blogger tersohor tu.  Dulu masa mula menulis blog Cik Nor banyak berguru dengan dia. Dari blog nak jadi arwah hinggalah diselamatkan semula, Kak Mia lah banyak membantu. Terima kasih Kak Mia.

Banyak pulak membebel Cik Nor ni kan? Entry yang Cik Nor join giveaway tu Sini yer. Kalau rajin boleh lawat.hehe.  Cik Nor saja jer join sebenarnya. Tak sangka pulak ada luck. Alhamdulillah.Cik Nor gila mengumpul fridge magnet tu nak jer hadiah dia fm, terus la join. Menang atau kalah belakang kira. Tak gitu kawan-kawanπŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€

Korang suka kumpul apa yer?


Wednesday, April 19, 2017

FemMist | Pembersih Wanita Masa Kini



Assalamualaikum


Zaman sekarang ni pelbagai jenis  Feminine Wash tumbuh macam cendawan selepas hujan. Korang pernah jumpa tak di pasaran tak feminine wash dalam bentuk penyembur atau mist?  First time Cik Nor dengar dan jumpa. Dah makin canggih sekarang kan. Product feminine mist ini memudahkan kita para wanita membawanya kemana- mana.  Saiznya yang kecil dan comel memudahkan ia dibawa kemana-mana kerana boleh di simpan di dalam handbag tangan korang. Kerana mudah di bawa ke mana sahaja korang akan  alami rasa bersih, segar dan selesa sepanjang hari...mesti best kan.


Rangkaian produk penjagaan diri Beaute dikenali ramai sebagai produk semulajadi, selamat dan berkesan. Femine Mist dirumus khas untuk memberikan kesan dengan pantas dan berpanjangan untuk mengembalikan keremajaan dan kesegaran wanita. Dihasilkan dari ekstrak tumbuhan manggis dan manjakani.Feminine Mist membantu melawan jangkitan bakteria, fungus, keputihan dan menganjalkan kulit.Dengan serta merta anda akan dapat merasai perbezaannya. Kadar penyerapannya yang tinggi membantu anda kekal kering dan segar sepanjang hari.


Apa Kelebihan Feminine Mist?

  1. Mudah dan cepat
  2. Menganjal dan mencerahkan
  3. Menghilangkan bau dan gatal- gatal
  4. Mengurangkan keputihan
  5. Sesuai digunakan setiap hari
  6. Menyegarkan

Cara- cara Guna FemMist

  1. Spray di kawasan intim anda
  2. Biarkan selama 1 minit
  3. Siap
Mudah kan?



Produk syarikat ini telah mendapat: -
1.      Pensijilan HALAL oleh JAKIM
2.      Kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
3.      Kilang mendapat pensijilan HACCP & GMP


Buat pembaca blog Cik Nor,  Cik Nor nak bagi diskaun kat korang sebanyak RM10 dengan pembelian FemMist ini.

Just masukkan kod yang Cik Nor sertakan di bawah ni semasa pembelian.
Kod Kupon : FBIO-CRY


Jangan lupa beli tau..:)



Sunday, April 16, 2017

Hadiah Dan Ole-Ole

Assalamualaikum

2 minggu lepas Cik Nor ada menulis keluahan hati yang Cik Nor terpadam entry yang telah Cik Nor tulis dan siap publish lagi. Masa cari tu masa nak nangis bila entry tu tiada. Bila masa Cik Nor terpadam pun tak pasti. Ni lah orang kata terlajak perahu boleh di undur, terpadam entry memang menangis la. Huhu

Berbalik kepada gambar di atas, hadiah keychain tu Cik Nor dapat dari Suria Amanda a.k.a SA. Sebab apa Cik Nor dapat hadiah keychain tu. Cik Nor salah seorang pengomen tegar kat blog dia. Blog SA ni best tau, banyak share resepi. Walaupun Cik Nor ni tak pandai masak tapi still tertarik untuk melihat menu yang dia share. Korang yang nak kenal SA ni boleh klik link yang Cik Nor bagi kat atas tu. Apa-apa pun terima kasih SA untuk keychain dari Medan tu.


Ole-ole ke 2 ni Cik Nor dapat dari Blogger Anies. Dia bagi ole-ole dari London ni sebab Cik Nor antara 20 pengomen tegar di blog dia. Cik Nor ni jenis muka tak malu. Setiap kali komen entry blog dia mesti gurau mintak ole-ole. Untuk pengetahuan korang, Anies ni travel blogger jugak yer. Nak tahu ke mana dia pernah travel boleh la klik link yang Cik Nor bagi kat atas tu. Anies ni peramah orangnya..kalau korang singgah blog dia mesti dia singgah balik blog korang. Thanks yer Anies untuk fridge magnet London..lain kali nak lagi..hihi.


Hadiah yang terakhir ni Cik Nor dapat dari Suria Amanda jugak. Hadiah ni diberikan kerana Cik Nor salah seorang pengomen tegar di blog dia bulan lepas. Korang mesti kata, rajin Cik Nor blogwalking. Tak jugak sebab ikut masa free..kalau ada masa free Cik Nor sempat la blogwalking. Cik Nor mintak maaf kalau Cik Nor tak sempat blogwalking kat blog korang. Kak SA mintak maaf kalau Cik Nor komen pendek-pendek di entry akak. Mengejar masa untuk blogwalking kat blog lain. Hehe. Apa-apa pun terima kasih bagi ole-ole dari Lombok dan Sophie. 

Thursday, April 13, 2017

Bila CiK Epal Komen Entry Blog Cik Nor

Assalamualaikum..

Ingat hari ni nak buat slot review lagi. Tapi bila fikir-fikir balik cian korang yang singgah blog Cik Nor asyik baca review jer. So hari ni balik kepada kehidupan Cik Nor semula.haha. Cewaahh..kenapa sebelum ni di awan-awangan ke Cik Nor?Berangan jer lebih Cik Nor ni, cepat lah cerita. Nak cerita apa tadi sebenarnya Cik Nor Oii?hehe

Sebenarnya Cik Nor nak cerita pasal blogger fames komen kat salah satu entry Cik Nor. Siapa? Siapa lagi kalau bukan Cik Epal. Tak Kan korang tak kenal kot Cik Epal. Kalau nak kenal jangan lupa klik link yang Cik Nor bagi tu. Blog dia best tau. Cara dia menulis tu tak boring, santai jer jer cerita dia. Paling best cerita dia pergi bercuti bersama family dia. Memang santai tau gaya penulisan dia. Kira kalau kita baca memang tak puas. Bila sampai ayat last tu..alaaa dah abis ke? Tang-tang tu rasanya nak suruh dia sambung entry dia. haha. Melampau lah tu kan.

Sungguh tak sangka tiba-tiba Cik Epal singgah dan komen kat salah satu entry Cik Nor. Masa mula-mula tu rasa macam tak percaya. Siap refresh takut silap ke apa. hehe. Tapi memang betul la dia yang komen. Memang bangga la bila blogger femes komen kat blog picisan Cik Nor ni. Mesti korang kata,..alah Cik Nor ni itu pun nak kecoh ke? Memang Cik Nor kecoh la sebab dia punya followers puluh-puluh ribu mana nak kenal blogger yang ada followers 1k ni .hehe

Blog korang ada tak blogger femes yang singgah dan komen? Meh la share dengan Cik Nor kalau sudi.hehe


Tuesday, April 11, 2017

Koleksi Baju Raya Terkini Di Lovely Suri

Assalamualaikum

Sekarang dah bulan April, hujung bulan Mei dah start puasa. Pertengahan bulan Jun dah raya. Korang dah beli or tempah baju raya ke? Apa? Belum lagi? Kalau nak tempah memang tak sempat dah kot sebab sesetengah tukang jahit dah tak ambik tempahan. Al- maklumlah seorang buka sepasang buat baju raya. Sekurang- kurangnya 3 pasang seorang. Betul tak?hehe

Bagi korang yang selalu beli yang baju yang dah siap or ready made Cik Nor ada tempatnya. Lovely Suri menawarkan pelbagai koleksi baju raya yang begitu menarik dan cantik dengan tawaran harga yang begitu berbaloi. Tak percaya? Jom tengok antara koleksi baju raya yang mereka jual. Oppss..sebelum terlupa untuk yang bersaiz plus saiz jangan bimbang Lovely Suri ada koleksi juga untuk anda.

Sebelum Cik Nor terlupa, kat website diaorang ada menyediakan ukuran untuk anda supaya senang korang mencari saiz baju korang. 

Jom ushar😊


Kurung moden pendek Sereni Grey ini bakal menyerlahkan kehadiran anda.
Dengan kain crepe lembut, dihias lagi dengan lace dan manik jahitan tangan, Sereni ialah busana kurung moden premium terbaik anda.
Dengan Sereni, anda bakal tampil berseri di setiap majlis rasmi.
  • Manik eksklusif jahitan tangan
  • Zip di lengan/wuduk friendly
  • Lace grey
  • Not see through
  • Skirt potongan mermaid


Kurung moden pastel Renee berwarna Dusty Purple ini datang dengan warna lembut yang mempesona.
Dengan corak geometrik dan baju labuh yang sopan, Renee cukup sempurna sebagai busana ke pejabat sehari-hari.
Praktikal? Tentunya ya. Kainnya mudah digosok dan zip di lengan memudahkan anda untuk berwudhuk.
  • Kain separa getah di pinggang
  • Bahu padded
  • Kain mermaid cut
  • Zip di tangan baju

Baju Kurung Moden Safiyya — Black menampilkan potongan sopan yang evergreen dengan ciri berikut :
  • Special hanya untuk plus size
  • Border lace merah
  • Not see through
  • Zip di sisi baju

Kurung Pastel PaddlePop warna Peach ini datang dengan warna lembut tapi ceria.
Dengan kemasan lace di tangan dan potongan kurung doll terkini, anda bakal trampil bergaya walaupun anda seorang ibu muda.

  • Kain getah di pinggang
  • Bf friendly. Wudhuk friendly
  • Kain mermaid cut

Baju kebarung Estrella Turquoise ini menampilkan gaya kurung moden yang simple tetapi classy.
Selain kain crepe yang sejuk dipakai, Estrella juga tampil dengan hiasan keemasan menghiasi baju. Gabungan potongan kebaya dan kurung moden pula memastikan anda sentiasa mempesona dalam apa jua majlis.
  • Zip di lengan/wuduk friendly
  • Kain potongan mermaid
  • Not see through

Kurung moden songket Maryam dengan warna purple ini cukup anggun untuk majlis istimewa.
Potongan bajunya ringkas lagi moden. Tetapi kainnya mengekalkan tradisi songket Melayu dengan keselesaan kain cotton.
Dengan Maryam, setiap langkah anda pasti memikat.
  • Kain A cut. Cotton songket gold liner
  • Bf friendly. Wudhuk friendly
  • Getah di kiri kanan pinggang

Untuk pelbagai lagi koleksi yang cantik, menarik dan memukau mata anda, jangan lupa lawati :



Emage Style Empowerment


Assalamualaikum..

Apa yang dimaksudkan dengan Emage Empowerment? Jom Cik Nor jelaskan kat korang semua. Emage boleh disamakan maksudnya dengan image. Manakal Empowerment bermaksud kuasa atau pihak berkuasa. Atau dalam erti kata yang lain untuk menunjukkan kuasa melalui undang-undang atau secara rasmi. Gabungan kedua-dua perkataan membawa maksud bagaimana kita boleh menjadi yang terbaik dengan cara memberi kuasa kepada imej perniagaan yang kita miliki pada hari ini.

Program ini akan membimbing kita terutamanya peniaga, usahawan dan bakal usahawan diluar sana untuk datang dan menyertai seminar ini. Dua orang speaker yang sangat berpengaruh telah dijemput untuk bersama-sama berkongsi pengalaman dan ceramah mereka tentang bagaimana untuk membina konsep 3E :  memberi, meningkatkan dan menambah Power dari segi rupa, kelakuan dan juga komunikasi. Program ini adalah dibawah (HRDF) - Human Resouce Development Fund yang diilhamkan oleh International Award Image & Etiquette Consultant - Cik Everlyn Ching dan Selebriti Image Consultant, Cik Wawa Idris. Dua nama yang tidak asing lagi kerana kedua-duanya wanita yang hebat. Cik Everlyn juga merupakan anggota untuk AICI ( Association Images Consultants International) dan Cik Wawa adalah pengasas Imaan Suci Wipe, yang terkenal dikalangan blogger tempatan.

Dari gambar banner, anda akan belajar (6H); bagaimana untuk diterokai. bagaimana untuk mengenal pasti, bagaimana untuk membina, bagaimana untuk menggilap dan bagaimana untuk menguasai  semangat dalaman dan nilai-nilai anda untuk menjual produk / perkhidmatan, tahap keyakinan anda, cara untuk mewujudkan hubungan yang baik dengan pelanggan, personaliti anda seperti cara atau bahasa badan dalam etika perniagaan apabila bertemu pelanggan, Walaubagaimana pun, anda juga perlu belajar merapi wajah terutama bersolek dan dandanan rambut. Yang paling penting, apabila anda meletakkan diri anda dalam pakej SUPERSTAR secara automatik anda akan mendapat makan malam secara PERCUMA



Speaker Empowerment. Speaker bermaksud orang yang sesuai untuk memberi ceramah kepada orang lain. Oleh yang demikian orang yang berhak untuk memberi ceramah sudah tentu lah orang yang berani berdepan dengan orang ramai. Orang berniaga, usahawan dan netpreneur adalah orang yang sesuai untuk memberi ceramah. Ini kerana mereka mempunyai pengetahuan yang luas dalam pelbagai aspek. Untuk menjadi orang perniagaan, kita perlu mempunyai pengetahuan yang cukup untuk berdepan dengan pelanggan dan orang awam.  Untuk urusan berkaitan dengan pelanggan atau mana-mana pihak pengurusan acara, mana-mana ahli perniagaan mestilah sentiasa senyum dan bertindak dengan bijak.

Mungkin anda kini hanya orang biasa sahaja. Tidak mustahil satu hari nanti anda akan menjadi pemimpin. Tiada siapa tahu kan? Jadi anda hanya perlu menjadi seorang yang positif dan berfikiran yang baik. Dalam banner no.3 apa yang anda boleh pelajari untuk menjadi speaker empowerment dan sebagai penutup kemahiran yang dipelajari anda akan diajar menggunakan (5P) untuk mewujudkan satu sistem yang dipanggil Million Dollar Speaking.





Untuk maklumat lanjut jangan lupa hubungi :  012 3927848 or 019 236 3907.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...