KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Tuesday, December 27, 2016

Korang Ada Soalan Tak Untuk Cik Nor?


Assalamualaikum..

Sempena tahun 2016 yang bakal melabuhkan tirainya beberapa hari lagi Cik Nor memberi peluang kepada semua pembaca setia Cik Nor. Tanyalah apa saja tentang Cik Nor atau blog Cik Nor.

Soalan tak puas hati dengan Cik Nor sendiri or blog Cik Nor. Tanya je apa saja dan Cik Nor janji akan jawab sebaik mungkin..insyaAllah.
😊😊😊

Monday, December 26, 2016

Nasi Impit Bersama Sambal Kelapa


Assamualaikum..

Minggu lepas balik kampung sebab minggu sebelumnya dah tak balik. Lagipun minggu ni kan cuti 3 hari, apa lagi balik lerr..hehe. Home sweet home.

Entah dari mana datang kerajinan tiba-tiba rajin nak buat nasi impit dan sambal kelapa. Nasi impit tak perlu kot bagi resepi sebabnya nasi impit segera banyak dipasaran.hehe

Meh Cik Nor share resipi sambal kelapa:

Bahan-bahan

1 biji kelapa diparut
4 ekor ikan dibakar ( jenis ikan ikut suka, Cik Nor guna ikan selayang)
4 batang serai di mayang nipis
1 ulas bawang merah di mayang nipis
Garam & gula secukup rasa

Cara-caranya:

1. Goreng kelapa tanpa minyak sehingga hampir garing.
2. Masuk ikan bakar yang telah diasingkan dengan tulang.
3. Kacau sehingga sebati, kemudian masukkan serai dan bawang.
4. Kacau kesemua bahan tersebut sehingga garing.
5. Dah garing bolehlah tumbuk sehingga hancur bahan-bahan yang telah digoreng bersama tadi. Cik Nor malas sikit, sejuk kan sebentar then blend sehingga hancur. 
6. Dah siap semuanya bolehlah ditambah garam dan gula secukup rasa.

Lepas tu bolehlah dihidangkan bersama nasi impit. Yummy😀😀😀

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...