KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Friday, December 23, 2016

Andai Aku Kaya


Assalamualaikum..

Hari ni hari Jumaat. Hari Cik Nor nak berangan sikit. Tak salah berangan kan? Tak kena bayar pun. Hehe. Ni bukan apa, ni kes kehabisan idea nak tulis apa.πŸ˜‚

Kalau Cik Nor kaya, mula-mula sekali nak daftar pergi haji untuk seluruh keluarga Cik Nor. Sementara tunggu turn nak tunaikan haji Cik Nor nak bawa seluruh ahli kelurga pergi Umrah. Alahai...bestnya...moga-moga Allah makbulkan impian Cik Nor ni...Aamiin.

Second, Cik Nor nak bantu orang tak berkemampuan diseluruh pelusuk negeri Kelantan. Tak kisahlah membantu dari segi apa yang penting bantu dan buat mereka happy untuk teruskan kehidupan mereka.

Third, Cik Nor nak bantu anak-anak orang miskin untuk teruskan pengajian mereka tak kisah lah di sekolah atau universiti. Janji mereka mendapat pendidikan untk membantu keluarga mereka dimasa hadapan.

Ikutkan memang banyak angan-angan Cik Nor tapi kan kalau tulis panjang-panjang orang tak baca lak kan. Hehe. Cukup lah 3 tu dulu. Kalau korang kaya korang nak buat apa yer? Nak tahu..hehe

Kalau aku kaya, hari-hari hari raya..πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚



Thursday, December 22, 2016

Ouchh...Really?... I dont Believe It


Assalamualaikum.

Nyaman sungguh malam ni macam berada di tempat yang sejuk. Cewahh..padahal baru lepas hujan. Tempat korang hujan tak?

Malam ni macam biasa buka blog. Tengok kot-kot ada orang komen. Macam nak balas kan Cik Nor punya ayat tu. Padahal tak pun..baca jer lebih..hihi.  Korang jangan marah tau Cik Nor tak balas komen korang. 

Lepas tengok komen, macam biasa tengok statistik. Tinggi ke rendah. Cik Nor tak mengharap sangat pageview tinggi sebabnya blog Cik Nor masih lagi picisan. Tak di kenali ramai lagi. Huhu.

Apa yang mengejutkan Cik Nor, hari ni tiba-tiba pageview mencanak naik menjadi 4k. Biasa nak lepas 1k pun merangkak. Malu weh.. Bila tengok pageview tinggi macam tu rasa semangat sikit nak menulis blog. Tak gitu korang semua?

Agak-agak apa diorang cari kat blog picisan Cik Nor ni? Tak kan cari jodoh kot. Haha. Tak de lah gurau-gurau jer la. Korang punya pageview mesti tinggi dari Cik Nor kan?

Wednesday, December 21, 2016

Kulit Mulus Menawan Dengan NickellSkin

 
 
Kecantikan memang sinonim dengan wanita. Tak kiralah paras rupa atau pun tubuh badan. Yang penting semuanya mau cantik. Jika tanya Cik Nor, confirm la nak kan?Tambah-tambah bahagian muka. Memang bahagian yang Cik Nor ambil berat. Cer tanya makcik-makcik, akak-akak atau adik-adik kat luar sana..nak cantik tak? Confirm jawapanyan nakkk..
 
NAK TAK Cik Nor tunjukkan anda produk yang mampu menjadikan kulit anda anjal, lembut, mulus macam kulit bayi dan lindungi kulit anda dari KANSER KULIT..
Ini dia produk yang korang harus miliki untuk mendapatkan kulit halus dan mulus menawan.

Serum Triple Stemcell

Serum yang pertama di Malaysia menggunakan teknologi farmasi dan kosmetik terkini dari Korea. Ia menggabungkan bahan termahal dan  berkualiti dalam industri kosmetik dan telah digunakan secara meluas di kalangan selebriti di luar negara serta dianggap sebagai kolagen mewah kerana ianya diperbuat dengan menggunakan kolagen ikan Salmon yang dipelihara rapi dan berkualiti. 

Gabungan teknologi farmasi dan APPLE, GRAPE & ARGAN STEMCELL (TRIPLE STEMCELL) yang terdapat di dalam NICKELLSKIN ini mampu memberikan hasil yang sangat luar biasa pada kulit manusia. Ini kerana kolagen ikan Salmon mempunyai protein kulit yang seakan sama dengan protein kulit manusia. Molekulnya sangat halus sehingga mampu menembusi lapisan dermis dan epidermis kulit manusia dengan amat baik sekali dan sekaligus meningkatkan keberkesanan produk ini. Kuasa TRIPLE STEMCELL nya pula mampu memperbaharui struktur kulit manusia dan menggantikan dengan kulit baru seperti KULIT BAYI.
 
 
 
 ■ Berkuasa melembutkan kulit anda

NICKELLSKIN merupakan serum yang telah dimasukkan kolagen di dalamnya seperti apa yang kita tahu kolagen berfungsi untuk melembutkan dan menganjalkan kulit. Kolagen kita sebenarnya semakin berkurangan apabila umur meningkat dan kulit yang kekurangan kolagen akan mudah kendur, kedut dan kasar. Kolagen ikan Salmon di dalam NICKELLSKIN berkuasa 10 kali lebih tinggi dari kolagen jenis lain yang ada di Malaysia.
 
 
Penyerapan maksima ke dalam kulit

Sodium Hyaluronate di dalam kulit mampu memaksimumkan penyerapan kolagen ke dalam kulit. Seperti yang kita tahu kolagen yang paling bagus adalah kolagen yang mampu menyerap dalam kulit dengan lebih sempurna. Sodium Hyaluronate dapat membantu kolagen dan bahan Triple Stemcell di dalam serum NICKELLSKIN menyerap lebih jauh ke dalam kulit manusia. Ianya lebih berkuasa daripada ASID HYALURONIC yang tengah top di pasaran sekarang. Jadi, NICKELLSKIN sebenarnya lagi ADVANCE TECNOLOGY.
 
 
 
Memperbaiki semua jenis kulit samaada kulit sensitif, kulit berminyak atau kulit kering

Tidak kira apa jenis kulit anda samaada yang jenis berminyak, kering atau sensitif, NICKELLSKIN mampu memperbaiki kulit anda. Ini adalah kerana Triple Stemcell & kolagen ikan Salmon dalam NICKELLSKIN mampu membunuh yis di dalam kulit manusia yang akan menyebabkan kerosakan kulit seperti kulit sensitif, berminyak atau kering.
 
 
 
 Memudarkan jeragat, parut, bintik hitam dan cela pada kulit

NICKELLSKIN mengandungi APPLE, GRAPE & ARGAN STEMCELL (TRIPLE STEMCELL) serta daun alovera & Cactus Extract yang merupakan anti-kanser dan mampu mencerahkan bahagian kulit manusia yang dah dicemari dengan JERAGAT, PARUT JERAWAT, BINTIK HITAM dan sebagainya. NICKELLSKIN adalah bebas dari bahan pencerah yang terlarang seperti MERCURY, PARABEN & HYDROQUINONE yang digunakan oleh kebanyak pengeluar produk pencerah di Malaysia.

Dengan NICKELLSKIN anda akan dapat rasai HASILNYAAA... KULIT JADI MULUS, GEBUS, FLAWLESS MACAM KULIT BAYI.
 
Mudahnya menggunakan NICKELLSKIN 
 
 
 
Memang MUDAH SANGAT guna NICKELLSKIN ni. Tak perlu buang masa pakai toner lah, krim malam lah, krim siang lah, sunblock lah... KINI! semuanya dah digabungkan menjadi 1 dalam sebotol NICKELLSKIN

Dalam NICKELLSKIN ni dah ada TONER + MOISTURIZER + SERUM + SUNBLOCK SPF 35.  So cara gunanya anda hanya perlu cuci muka macam biasa (gunakan pencuci Sabun muka Super Collagen) kemudian sapu je terus serum kat muka arah atas ke bawah dan tepuk-tepuk bagi meresap.

SETITIK SUDAH MENCUKUPI #ketagihcantik 
 

❤ TAHUKAH ANDA? Kulit yang kering, sensitif, kusam dan tidak bermaya boleh menjadi punca utama penuaan berlaku sebelum usia. Ini kerana kulit ini sebenarnya sudah kehilangan kolagen yang diperlukan untuk mengekalkan elastik dan struktur pada kulit. 

Dah puas jumpa Doktor atau Pakar kulit, tapi masalah kulit kering, sensitif dan ekzema tetap sama. Kalau ubat habis, masalah tu datang balik. Kos rawatan pula bukan murah, bila dihitung balik beberapa kali jumpa pakar kulit, kos mencecah RM1000++
 
 
 
 Bukan ke dah banyak produk kat luar untuk kulit kering?
 
 Ya..memang betul... tapi anda perasan tak mula2 pakai produk ni, kulit kering dan sensitif memang akan jadi normal. Tapi jika anda teruskan pakai dalam jangka masa panjang, kulit anda akan jadi terlebih berminyak. Memanglah kulit kering jadi baik, tapi lagi teruk jika kulit berminyak dan jerawat mula tumbuh. NICKELLSKIN ni lain dari yang lain.. KENAPA? Ia pakar dalam memperbaiki kulit. Semua jenis kulit samaada kering, sensitif, minyak atau kombinasi akan diperbaiki secara menyeluruh oleh NICKELLSKIN. Ia lebih berkuasa dari yang lain kerana ianya lebih bijak menyesuaikan fungsinya dengan masalah kulit yang berbeza.
 
 
 
❤ Siapa yang tak nak kulit cantik macam bayi kan? gebu, mulus, bersih, anjal dan lembut. Anda dah puas cuba macam2 produk  tapi semua hasil suam-suam kuku je. Lagi leceh sebab nak kena pakai step 1,2,3... Ada masa ke nak tepek toner, moisturizer, krim siang lah , krim malam lah.. kalau terlupa satu step, hasil tak berapa berkesan... Sebulan habis beratus-ratus, masa habis berjam-jam untuk jaga kulit, tapi hasil SAMA je @ Srupa! kalau salah pilih produk pula, silap-silap kulit boleh nipis. Bila dah nipis tu yang mula naik bintik hitam dan wajah nampak lebih tua dari usia sebenar. Produk sekarang kena hati-hati, ramai yang nak FLAWLESS GEBUS segera, tapi tak sedar selama ni bertahun-tahun dah tepek hydroquinone atau mercury kat muka. Efek nya jangka masa panjang nanti, kulit mula tumbuh bintik hitam, dan worst case scenario boleh sebabkan KANSER KULIT.
Produk korea untuk wanita malaysia. Sesuai untuk semua jenis kulit wanita Malaysia. Rugi sangat-sangat kalau anda tidak memiliki set Nickellskin ini. Bak kata orang, alah membeli, menang memakai. 
 
Dah baca kan kebaikan dan cara-cara menggunakan produk Nickellskin ni? Berminat tak? Tak kan tak berminat kot. Kalau berminat cepat-cepat hubungi : 
 
Hotline number : 017-3780217

Ig address : @nickellskinhq

Fb address : https://www.facebook.com/nickellskinhq/

Tuesday, December 20, 2016

Hujung Tahun 2016| Bad Story Cik Nor


Assalamualaikum..

Tahun 2016 hampir melabuhkan tirainya. Banyak kenangan suka dan duka tercipta ditahun 2016. Rasanya banyak duka bila diakhir-akhir tahun ni.

Mengapa Cik Nor cakap macam tu? Mana taknya..hujung tahun macam ni Cik Nor asyik gaduh jer. Tak tahu silap Cik Nor or pihak lawan. Rasanya Cik Nor ni bukan kaki gaduh tapi bila dah sabar terlebih limit maka berlakulah ia.huhu

2 bulan lepas gaduh dengan adik angkat Cik Nor. Tak tahu dimana silapnya Cik Nor telefon tak nak angkat, sms tak balas jugak. Whatsapp jauh sekali la. Kalau jumpa boleh dia buat macam tak nampak jer. Cik Nor kalau orang dah buat macam tu alamaknya pinggan tak retak nasi tak dingin, engko tak nak aku lagi la tak hingin.

Kes ke 2 berlaku minggu ni antara Cik Nor dengan roomate. Sebab apa? Ingat tak entry lepas yang Cik Nor kemas dapur tu. Cik Nor terbuang chili blend dia dalam freser. Kami tak sengaja buang kerana nampak cili tu macam dah lama. Cik Nor mengaku yang Cik Nor & the geng buang. Dan Cik Nor pun dah ganti balik cili blend dia hari tu jugak tapi dia still tak puas hati.

Jangan cabar kesabaran Cik Nor buruk padahnya.huhu. Akibatnya Cik Nor berdiam diri dan tak bertegur sapa dengan dia. Orang dah explain tak dengar. Itulah makanya..haha

Eh..maafla terpanjanglah pulak menulis. Harap korang tak bosan membacaπŸ˜€



Monday, December 19, 2016

Bila Warga Rusia Minat Baca Blog Cik Nor


Assalamualaikum..

Malam ni dok belek-belek tablet cari idea nak updates apa. Idea memang dah lost contact dah. Apa nak tulis ni? Tak tuliskan pageview down pulak. Eh Cik Nor sejak bila pageview ko tinggi? Perasan jer lebih ni.haha.

Bila dah belek-belek kat statistik sekali terpandang negara yang suka singgah kat blog Cik Nor. Sekali tengok..oh wow..negara Rusia. Negara ke dua pula ialah Hong Kong. Amat kecewa bila orang Malaysia suka singgah blog Cik Nor 😒😒😒

Tapi kan korang terfikir tak? Kalau orang Rusia singgah blog Cik Nor dia nak baca apa erΔ·? Majoriti entry blog Cik Nor bahasa melayu. Ke orang Rusia dah faham bahasa melayu.hihi. Begitu juga dengan pembaca dari Hong  Kong. Faham ke diaorang tu baca? kihkih.

Apa-apa pun terima kasih kepada yang sudi singgah blog Cik Nor. Tanpa korang semua berkuburlah blog Cik Nor ni. 

Blog korang oranf negara mana eh suka singgah. Nak tahu jerπŸ˜€


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...