KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Saturday, December 17, 2016

Bila Peminat Ayda Jebat Sentap

Assalamualaikum..

Hai semua. Selamat beristirehat dihujung minggu yer. Gunakan masa rehat ini untuk bersama-sama keluarga tersayang.Moga ikatan kekeluargaan ini lebih erat dan kekal aman harmoni hingga ke jannah.

Eh..panjang pulak coloteh Cik Nor ni. Tajuk cam best tapi isinya dah merapu..hihi. Macam biasalah setiap hari kalau Cik Nor buka blog mesti tengok komen dulu. Itu sudah kemestian bagi Cik Nor. Kalau korang mula-mula buka blog korang tengok apa dulu?

Pergh...bila peminat Ayda Jebat sentap macam printscreen kat atas tu la. haha. Cik Nor cakap benda yang betul so tak payah nak sentap-sentap la. Memang Cik Nor tak suka dengan Ayda Jebat nak mengaku minat wat apa. Kan?

Korang mesti terpingga-pingga pasal apa Cik Nor meroyan ni. hihi. Nak tahu cerita sebenar boleh klik Sini. Komen-komen tu semua ikhlas dari hati Cik Nor bukan Cik Nor reka-reka.

Cik Nor macam nak kenal jer anoynimous ni. Lelaki ke? Solo lagi ke? Eh..lebih-lebih pulak Cik Nor ni. haha.

Friday, December 16, 2016

Bila Cik Nor Belek Keywords

Assalamualaikum..

Hari ni kan macam boring jer kat rumah sewa. Biasa tiap-tiap minggu balik kampung tapi minggu lepas dah cuti 5 hari. Hari rabu balik kerja balik then khamis dah nak balik semula. Arghh..penat nak drive. So, Cik Nor stay jer la sini. 2 hari je pun cuti.hehe

Bangun pagi-pagi pergi Pasar Siti Khadijah bukan g beli barang dapur tapi g cari nasi dan kuih-muih murah je. kihkih. Beli sayurnya sikit jer meronda jer lebih. Punya la susah nak parking, lebih 5x pusing baru dapat. Last round memang dah niat nak dapatkan parking betul-betul depan pasar. Alhamdulillah...Allah makbul niat Cik Nor tu betul-betul dapat parking depan pasar.

Balik tu dah isi perut kenyang-kenyang bermulalah operasi membersih dapur dirumah sewa. Kotor yang amat. Nasib la dapat kerjasama dari penghuni yang lain. Kalau tak...matilanakkkk. Dah siap semua tu...apa lagi zzzz la.haha.

Bangun-bangun tidur sambil makan biskut kering belek la blog.  Tengok la kat statistik..ouchh..kuciwa..pv low la pulak hari. Hari jumaat, orang tak baca blog sangat kot.hehe. G la tengok kat keywords pulak agak-agak orang cari apa kat blog Cik Nor. Yang lain-lain Cik Nor boleh terima sebab ada entry berkaitan tapi ada satu keywords tu memang tak boleh terima. Syampu rambut perisa ros? Ko rasa nak tergelak ke nak menangis?haha? Cik Nor rasa nak kenal jer orang yang cari keywords tu.hihi

Blog korang diaorang cari apa eh?😊

Thursday, December 15, 2016

Bila Cik Nor Kaki Drama Melayu

Sumber gambar : pakcik google

Assalamualaikum..

Baca tajuk entry pun korang dah tahu hobi Cik Nor kan? Mengadap tv tengok drama melayu.haha. Maaf la Cik Nor tak minat drama korea walaupun pelakon dia mengusik jiwa. Not my taste k.kihkih.

Cik Nor tak layan sangat cerita macam gambar kat atas tu. Waktu dia xbersesuaian la. Mana nak solat, mana nak mengaji lagi. Terkejar-kejar dalam sumua aspek. Last-last buat kesimpulan tak payah tengok. Betul tak? Orang viral pasal buntat meninggal? Boleh pulak g tanya orang. Eh buntat meninggal pasal apa?haha

Yang pasti Cik Nor suka layan cerita pukul 9 & 10 malam. Time tu memang betul-betul free la. Semua dah siap, solat dah, makan dah dan gosok baju pun dah. Kiranya layan drama sebelum tidur lah ni. Habis cerita terus masuk tidur. Boleh kan gitu.hihi.

Drama yang Cik Nor suka layan, drama yang berkaitan dengan kemasyarakatan, drama antara 2 darjat ni tak layan sangat.Drama buang masa jer tu..ada lagi ke antara 2 darjat in reality? Kalau ada mintak dijauhkan.

Tapi kan drama melayu ni satu jer Cik Nor selalu perhatikan. Kalau seseorang tu pada mula drama dia jahat. Tiba di akhir drama dia berubah menjadi baik. Persoalan disini, asal nak berubah jadi baik mesti pakai tudung. Kalau tak pakai tudung tak boleh eh jadi bagi? Just tnya jer😊

Sunday, December 11, 2016

Anugerah Melodi | Anugerah Ayda Jebat

Sumber gambar dari pakcik google

Assalamualaikum..

Malam tadi berlangsungnya anugerah melodi 2016 dibawakankan secara langsung dari PWTC. Cik Nor tengok kat tv3 jer. hihi. Kita dok Kelantan jauh nak g PWTC.

Malam tadi kemain lagi berkoba-koba nak tengok anugerah tu. Tengok calon kemain best-best. Tapi bila tengok banyak kategori Ayda Jebat menang. Hati dah tawar nak tengok. Lain yang dirasakan menang lain pula yang menang. 

Pengacara dah best tapi kenapa perlu tukar-tukar partner?Tv3 ni dah tak mampu ke nak bayar 2 orang pengacara tetap ke? Kat situ satu kelemahan Anugerah Melodi. Yang terkinja-kinja kat tengah tu apa motif dia. Alahai menburukan keadaan jer nampak.

Time artis menyanyi perlu ke semua hadirin berdiri? Macam something jer tengok. Biasa kalau hadirin bangun just untuk memberi penghormatan kepada sesorang yang dihormati. Ni tak just nak dengan nyanyian jer kot. Banyak lagi TV3 perlu baiki Anugerah Melodi ini untuk tahun-tahun akan datang supaya tak membosankan lagi.

Jangan kecam hakak, hakak cakap ikhlas dari hati apa yang tak kena dimata Cik Nor. Apa-apa pun tahniah kepada semua pemenang. Semoga maju jaya dimasa akan datang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...