KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Saturday, December 3, 2016

6 Website Hot Di Malaysia

Assalamualaikum..

Bagi mereka yang mencari Jawatan Kosong di sektor swasta, link yang Cik nor berikan itulah jawapanya. Pelbagai jawatan ditawarkan tidak jawatan rendah ataupun tinggi.Lebih dari 10,000 jawatan kosong disediakan. Pelbagai info terkini disediakan berkaitan dengan kerja yang ditawarkan.

Kepada graduan yang baru tamat pengajian jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan kerja idaman anda. Pengalaman itu penting dalam mencari pekerjaan.
Image result for icon jawatan kosong


Kalau dalam carta pencari kerja Jawatan Kosong Kerajaan memang hot dan femes dikalangan graduan. Mana taknya kerja katsektor kerajaan siapa tak nak kan?Memang ini pilihan utama dalam carta pilihan kerja semasa. Kerja disektor kerajaan memang sangat terjamin masa depannya. Tapi perlu di ingat jawatan dalam sektor kerajaan sangat terhad dan banyak persaingan.

Nak kerja kerajaan tu memang nak sangat-sangatlah kan tapi orang kata semuanya bergantung pada rezeki masing-masing. Kalau ada rezeki adalah lah. Kalau tak ada, Rezeki Allah tu luas dan ada dimana-mana.Yang penting kitaperlu berusaha untuk mendapatkannya.


Nak dapat kerja dengan mudah? Kerja Kosong ini direct kepada majikan. Hantar resume terus kepada majikan tanpa sebarang tapisan dari orang ketiga. Majikan mengiklankan kerja kosong di syarikat mereka terus kepada pemohon. Semua data pemohon akan dimasukakan terus ke bahagian pembangunan sumber manusia syarikat.

Jangan lupa klik link yang Cik Nor berikan di atas untuk mendapatkan kerja dengan gaji yang lumayan dan tempat kerja yang selesa. Kita kena ingat, kerja tak datang kalau tidak dicari.

 Semua mesti hendak tahu apa ke benda SAPS Ibu Bapa. Sekarang ini macam-macam kemudahan disediakan untuk memudahkan ibu bapa untuk mengetahui keputusan peperiksaan anak-anak tanpa perlu ke sekolah anak. Hanya perlu ada smartphone, tab atau laptop sahaja tanpa perlu jumpa cikgu disekolah. Pernah dengar SAPS tak? Apa tak pernah dengar. Meh sini nak terangkan apa itu SAPS. SAPS ibu Bapa merupakan sistem analisis peperiksaan sekolah yang diwujudkan oleh pihak kementerian bagi memudahkan ibu bapa membuat semakan keputusan peperiksaan sekolah.
SAPS semakan ibu bapa ini boleh dilakukan  melalui secara dalam talian (ONLINE).

·         Antara keputusan peperiksaan yang boleh disemak adalah:
1)      Keputusan sekolah rendah darjah 1 hingga darjah 6.
2)      Keputusan peperiksaan sekolah menengah tingkatan 1 hingga tingkatan 5



Apa itu APDM? APDM merupakan singkatan bagi Aplikasi Pangkalan Data Murid. APDM digunakan bagi key-in maklumat murid seperti kedatangan ataupun kehadiran. Kehadiran murid akan diisi secara online melalui APDM. Mulai 1 januari 2015, APDM dikenali sebagai modul Pengurusan Murid (PM).

Dengan adanya APDM ini secara tidak langsung memudahkan kerja guru. Guru tidak perlu lagi mengisi buku log setiap hari secara manual. Semua maklumat pelajar telah tersedia. Guru cuma perlu key- in bilangan pelajar yang hadir dan tidak hadir sahaja setiap hari.






HRMIS2 merupakan aplikasi dalam talian yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Pengurusan sumber Manusia ataupun dalam bahasa inggerisnya Human Resources Management Information System. Aplikasi ini digunakan oleh setiap penjawat awam untuk permohonan cuti mahupun mengemaskini maklumat peribadi mereka dari semasa ke semasa.

Memang mudahkan zaman sekarang. Semua kerja dalam talian tak perlu risau untuk ke pejabat lagi untuk mengemaskini maklumat peribadi ataupun cuti. Sangat jimat dan memudahkan kerja  kakitangan kerajaan. Cepat, mudah & pantas.

Wednesday, November 30, 2016

Wahai Followers Cik Nor Sayang...


Assalamualaikum...

Oleh kerana malam tadi Cik Nor bagi tips kat orang lain macam mana nak dapatkan job review, so malam ni Cik Nor kenalah rajin updates blog. Blog bersawang malu oo..hihi

Udah-udahla merapu Cik Nor oii. Apa benda ko nak cerita.. ko cerita sekarang sebelum followers ko boring. Ni hah.. nak tanya.. siapa yang follow Cik Nor tapi Cik Nor tak follow balik? Cik Nor bukan tak nak follow balik tapi bila klik kat gambar tu tak ada link blog korang. Hampa tau Cik Nor..huhu

Mesti orang anggap Cik Nor sombong tak nak follow blog orang lain..ohh tidak ..jangan kata macam tu tau. Cik Nor nak follow back tapi link korang tak jumpa. Nanti kan saper-saper yang dah follow Cik Nor tapi tak follow balik sila tinggalkan link di kotak komen bawah entry ini.

Kepada yang Cik Nor dah follow tu jangan tanya kenapa Cik Nor tak singgah blog korang. Bukan Cik  Nor memilih tapi Cik Nor random mana yang sempat. Saper dapat komen Cik Nor kira bertuahlah walaupun komen Cik Nor cuma 2 patah.haha

Kadang-kadang ada orang confius Normi Nieza tu siapa? Tu la Cik Nor yer. Bila komen blog orang nama Cik Nor tak keluar tapi keluar nama Normi Nieza. hehe. Harap maklumπŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€

Tuesday, November 29, 2016

Macam Mana Cik Nor Boleh Terjebak Dengan Job Review?

Assalamualaikum..

Semenjak Cik Nor banyak up entry pasal job review ni, ramai pulak yang suruh share ngan diaorang macam mana nak dapatkan job review ni. Jangan bimbang Cik Nor tak kedekut ilmu.

Cik Nor sebenarnya tak ingat jugak macam mana dan bila Cik Nor boleh terjebak dengan semuanya. Tahu-tahu dah bertimbun job menanti. Yang pasti ianya bermula dari facebook. Majoriti job kebanyakan diaorang offer kat facebook.

Buka nak riak ke apa ni. Cuba korang kena rajin membelek facebook setiap hari. Dan satu lagi blog kena rajin updates. Kadang-kadang tu job datang sendiri jer bila kita rajin updates blog. Korang kena updates blog sekurang-kurangnya 1 entry sehari.

Arghh..Cik Nor sedap jer bagi tips kat orang. Blog dia pun tak updates. haha. Apa-apa pun jangan lupa add Cik Nor kat facebook. Nanti kalau ada apa-apa job Cik Nor akan tag korang yer.

Jangan kata Cik Nor tak payung yer. Cik Nor dah payung guna payung pasar tani lagi.haha

Monday, November 28, 2016

Bila Cik Nor Komitmen Dengan Job Review


Assalamualaikum..

Entry ni bukan entry riak atau nak menunjuk. Tapi just nak tunjuk betapa komitednya Cik Nor dalam membuat tugasan review. Tak kiralah tugasan tu berbayar atau pun tidak.

Dalam beg balik kampung Cik Nor barang-barang dalam gambar tu la Cik Nor usung ke sana ke mari. Sebenarnya banyak lagi tapi Cik Nor dah buang sebahagian. Bukan buang dalam tong sampah tapi buang dari beg balik kampung jer. hehe

Selagi tak siap tugasan yang Cik Nor dapat selagi tu la Cik Nor usung. πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€. Kadang-kadang tu yang dah siap pun Cik Nor simpan dalam beg tu jugak. Kalau orang tengok confirm orang ingat Cik Nor tak betul. Yelah..usung sampah-sarap ke sana ke mari.

Korang yang selalu buat job review macam Cik Nor jugak ke? Meh share ngan Cik Nor pengalaman korang.😊

Sunday, November 27, 2016

Hamboi.. Kemain Kan Ko!!


Assalamualaikum..

Bila siap iron baju kerja tadi ingat nak terus tidur tapi bila teringatkan komen mr. or mrs anonymous hati rasa tersentap pulak. Buka main lagi dia komen, macam dia bagus sangat.  Kalau berani tak perlu la guna anonymous. Pengecut la mr. or mrs anonymous ni!

Dia komen tu kat entry la lama Cik Nor pasal peniaga kat Wakaf. Entry nya kat Sini. Cik Nor buka cakap negatif pasal peniaga Wakaf Che Yeh. Cik Nor just cerita pasal pengalaman dan minta kepada pengujung pasar malam tu supaya berhati-hati. Kalau yang dekat macam Cik Nor tak de hal bila-bila masa boleh pergi tukar. Kalau yang luar Kelantan macam mana? Sanggup ke datan balik semata-mata nak menukar baju tidur berharga RM8.00 sehelai?

Yang Cik Nor sentap dan geram dengan mr or mrs anonymous bukan apa, dia pulak yang terlebih emo.huhu. For your information, mr or mrs anonymous i memang peniaga. Sekarang ni jer tak aktif promote tudung kat blog. Cik Nor memang jaga kualiti tudung yang Cik Nor jual. Sekiranya ada yang tidak cantik dimata Cik Nor akan terus tukar dengan suppliers.  Bukan main jual jer.

Seandainya tudung tu ada pembeli nak jugak membelinya walapun telah diberitahu tudung itu kotor dan sebagainy Cik Nor akan kurangkan harga dan akan memberitahu keadaan tudung tersebut. Bukan main jual jer.

Alhamdulillah semenjak berniaga tudung tak ada lagi Cik Nor terima aduan yang negatif. Semuanya positif. Mr or mrs anonymous ko tak perlulah tolong melenting bagi pihak Cik Nor. Cik nor kena Cik Nor tanggung sendiri. Apa yang Cik Nor tulis kat blog cuma perkongsia bukan untuk mengata sesiapa. Siapa terasa maknanya dia makan ciliπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Mak aii panjangnya mengarang. Stop dulu sebelum pembaca blog Cik Nor bosan. See u soon. InsyaAllah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...