KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Friday, November 18, 2016

Cik Nor Dapat Hadiah Syampu

Assalamualaikum...

Perghh tajuk macam riak kan? Bukan riak tapi nak bagitahu jer sebenarnya nak bagitahu Cik Nor menang contest komen, tagged and win. Senang jer contest ni sebenarnya.

Si tukang tag Lyana Ishak. Cik Nor pantang orang tag confirm join punya lah. hihi. Contest ni berlangsung kat blog tokey pavlova gebu dan brownies kedut.  Siapa lagi kalau bukan Safura. Bestnya kalau dekat dengan rumah Rara confirm setiap bulan order pavlova or brownies. hehe.

Meh Cik Nor kenalkan syampu apa Cik Nor menang. Syampu aura hijab khas untuk rawatan rambut gugur. 

Fungsi Aura Hijab :

  • * Mengawal rambut gugur seawal 7 hari
  • * Melebatkan rambut yang nipis
  • * Melicinkan rambut supaya mudah diurus
  • * Menghilangkan kelemumur & merawat kulit kepala gatal
  • * Mengekalkan bau harum pada rambut hingga 12 jam
Korang jangan risau kilang berdaftar dengan KKM, kilang berstatus halal & GMP, syarikat berdaftar SSM dan paling  best delivery sampai ke rumah / pejabat.

Bahan aktif :
Habbatus sauda
Buah keras
Daun bidara
Minyak zaiton

Kesan pantas Aura Hijab : 
1. Rambut wangi dan lembut seawal penggunaan pertama
2. Rambut gugur mula kurang pada hari ke 7
3. Anak rambut mulai tumbuh pada hari ke 14
4. Rambut bertambah lebat hari ke 30.

Cara penggunaan syampu rawatan Aura Hijab : 

1. Gunakan Aura Hijab sekali sehari
2. Urutkan rambut dan kulit kepala dengan lembut bagi syampu dan nutrisi.
3. Biarkan selama 5 minit untuk nutrisi menyerap kedalam rambut dan kulit kepala
4. Bilas kepala hingga bersih

Di edarkan oleh :
Be One Excel Sdn Bhd
No.15, Jalan Laman Orkid 3/1, Laman Orkid, Nilai Utama, 
71800 Nilai, Negeri Sembilan

Untuk keterangan lanjut hubungi : 
017-5444880
www.aurahijab.my


Cik Nor tak guna sebenarnya syampu ni. Cik Nor bagi kakak guna sebab rambut dia mengalami keguguran yang teruk sehingga menampakkan kulit kepala. semoga syampu ini membawa perubahan kepada rambut kakak. InsyaAllah..

Thursday, November 17, 2016

Jus Qalbi Al-Ehsan | Agen Pelangsing Badan & Penawar Kolestrol


Assalamualaikum...

Kita kadang-kadang tak pernah ambil tahu tahap kolestrol dalam badan kita, tahu-tahu badan terasa sakit. Orang kata kalau ada bintik putih seakan jerawat dibawah mata itu tanda kita ada kolestrol.

2 minggu lepas kaki Cik Nor tiba-tiba terasa kebas. Tak tahu apa puncanya. Mula tu ingat ianya berkaitan saraf tapi lain macam jer. Cik Nor pernah terbaca salah satu tanda-tanda badan kita ada kolestrol ialah tangan atau kaki terasa kebas. Automatik teringat tapak kaki Cik Nor yang kebas tu.



Dok melayan facebook terpandang kawan-kawan blogger post pasal jus qalbi al-ehsan. Bila tengok kegunaan dia untuk apa terus Cik Nor terbuka hati untuk mencuba. 

Jus Qalbi Al-Ehsan di formulasi daripada 5 bahan asli semulajadi terpilih, terbukti berupaya untuk menurukan kandungan kolestrol dalam tubuh badan.

Jus Qalbi Al-Ehsan dihasilkan tanpa bahan pengawet tiruan, mampu membaikpulih dan merangsang sistem peredaran darah serta mengurangi risiko yang berkaitan dengan komplikasi jantung, stroke, sakit dada, darah tinggi dan kebas anggota badan jika diamalkan secara berterusan.

Jus Qalbi Al-Ehsan minuman supplemen yang mampu menjana tenaga tambahan serta kaya dengan Vitamin C yang baik untuk kecantikan kulit serta sistem imunisasi dan sistem penghadaman.


Jus Qalbi Al-Ehsan sedap diminum begitu sahaja serta sangat lazat dan berkhasiat dicampurkan sebagai perisa didalam penyediaan minuman harian seisi keluarga.

Gambat di atas menunjukan hampir suku botol tinggal bila Cik Nor kongsi bersama kakak. Alhamdulillah...setelah 2 minggu mengamalkan jus qalbi kebas ditapak kaki Cik Nor  semakin hilang.

Cara pengambilan :

1 sudu makan sebelum sarapan
1 sudu makan sebelum tidur malam
* GUNAKAN SUDU PLASTIK SAHAJA
*DI syorkan di simpan di dalam petik sejuk setelah dibuka.

5 bahan terpilih yang digunakan: Bawang putih, halia, lemon, cuka epal & madu asli.

Harga mampu milik RM79.00( semenanjung Malaysia)
RM 89.00 ( Sabah & Sarawak)

Dikeluarkan oleh:

Algae Park Sdn Bhd
No.80A, Jalan Renang, 13/26
Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.
No. tel : 03-55114366
No. fak : 03-55111366

Boleh jugak lawati :

Website : algaepark.com.my
Facebook : Jus Qalbi Al-Ehsan
IG : qalbiehsan

Wednesday, November 16, 2016

Wedding Anniversary By Hainom Okje


Assalamualaikum..

First time join GA nak kena karang ayat yang munga-munga sempena enibeseri. hehe

Jangan di tanya bila Cik Nor kenal akak okje ( nama glemer..hihi). Tahu-tahu dah mesra macam dah lama kenal. Eh..ye ke ni kak? Kalau tak pun..akak tipu-tipu la..janji orang percaya.haha

Cik Nor suka sangat singgah blog akak sebab nak tengok gambar happy family akak. Akak jangan marah Cik Nor tau kalau Cik Nor cakap.. Cik Nor baca gitu-gitu jer entry akak. Cik Nor suka tengok gambar..tak mustahil la kalau komen Cik Nor ciput-ciput. haha. Mohon akak tak unfollow selepas baca pengakuan berani larikk ni.😂😂😂.

Tapi kan memang tak dinafikan akak okje memang peminat no. 1 blog Cik Nor ( maaf Cik Nor perasan lebih sikit..hihi). Akak okje memang suka blog Cik Nor, kalau dia komen mesti pukal punya lah. Mula lah Cik Nor gelabah cari entry yang tak komen lagi sebab nak balas akak okje punya. Maaf kalau ada entry yang Cik Nor tak komen yer kak.hehe. Weh panjang benor merapunya Cik Nor ni.. apa-apa pun meh Cik Nor kenalkan siapa akak okje ni. Ni link blog dia : Akak okje


Sempena anniversary ni Cik Nor nak wish semoga keluarga bahagia akak kekal till jannah. Hepi family sokmo. Jangan berhenti blogging nanti Cik Nor rindu celoteh akak. Kalau ada komen yang Cik Nor mengguris hati akak, Cik Nor mintak maaf yer..Semoga kita kekal bersahabat walaupon di alam maya... insyaAllah..aamiin



Tuesday, November 15, 2016

Syahirah Vitalis Eau De Cologne | Haruman Memukau



Assalamualaikum...


Wanita dan wangian memang tak dapat dipisahkan. Asal ada perfume baru mesti nak dicuba. Sekali cuba, terus terpikat. Confirm perfume tu menjadi pilihan hati sampai bila-bila.


Dulu-dulu memang tahu syahirah ni ada pencuci muka dan krim muka. Tu pun tahu sebab mak pengguna tebar produk syahirah. Bila syahirah keluarkan perfume sendiri, Cik Nor tak lepaskan peluang untuk mencuba. Ternyata hasilnya..,memang puashati.



Hadiakan wangian syahirah ni buat yang tersayang. 
Pasti dia senyum sampai ke telinga. Cik Nor ingat nak hadiahkan sebotol kat mak. Harap mak suka la nanti.




Jom Cik Nor perkenalkan koleksi terbaru wangian Syahirah Vitalis Eau De Cologne. Baru-baru ini, Syahirah telah melancarkan koleksi wangian terbarunya di Malaysia – Syahirah Vitalis Eau De Cologne. Haruman yang memiliki keunikan tersendiri ini pasti membuatkan orang di sekeliling menoleh kepada anda, terpana sekaligus mencipta memori manis mengenai anda. Syahirah Vitalis Eau De Cologne merupakan haruman yang menjadikan anda wanita yang memiliki haruman tersendiri dan menyerlah berbanding wanita lain. Syahirah Vitalis Eau De Cologne disempurnakan dengan segala ciri-ciri hebat bagi memenuhi keperibadian wanita yang berkaliber, elegan dan glamor, menepati imejnya. Selepas diperkenalkan di Indonesia, ia telah berjaya menjadi haruman pilihan nombor satu yang mana kesemua haruman terpilih berdasarkan trend terkini daripada wangian berjenama antarabangsa. Sentuhan elegan dan glamornya juga bakal mendominasi pasaran di Malaysia.



Rangkaian Syahirah Vitalis Eau De Cologne mempunyai aroma tersendiri yang akan merangsang aura positif diri anda seperti esen sitrus, ia akan member kesegaran dan kecergasan agar anda sentiasa bersedia untuk menjalani aktiviti-aktiviti harian. Semestinya haruman ini akan membina keyakinan dan menyerlahkan daya penarik diri anda. Erti kata lain, wangian yang tepat menyempurnakan aura dalaman dan karakter seseorang wanita disamping meningkatkan keyakinan mereka untuk berinteraksi dengan orang di sekeliling serta mendorong orang lain untuk lebih mengenali mereka. Kesimpulannya, Syahirah Vitalis Eau De Cologne membantu melancarkan perjalanan kearah kejayaan dan hubungan sesame individu menerusi kuasa harumannya.



Hanya semburkan sedikit haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne pilihan anda daripada botolnya yang elegan bagi meraih keyakinan dan daya penarik untuk kekal menyerlah. Syahirah Vitalis Eau De Cologne juga diperakui Halal oleh Majelis Ulama Indonesia (MUI), menjadikan ia selamat untuk digunakan pengguna beragama Islam. Rangkaian Syahirah Vitalis Eau De Cologne diolah dengan warna-warna berani dan terang bagi membezakannya mengikut karakter tersendiri. Setiap semburan pasti membuatkan anda mampu untuk “serlahkan pesona muraih bintangmu”. Koleksi wangian terbaru ini hadir dalam empat haruman yang tersendiri serta mengikut karakternya iaitu:

 



1.Glam Star
Haruman yang melambangkan nilai glamor, ceria dan pesona yang menyenangkan apabila menjadi tumpuan ramai atau individu yang menghidupkan kerancakan sesebuah parti. Terdiri daripada esen-esen bunga-bungaan dan buah-buahan hijau segar, wangian ini akan menjadikan anda tumpuan ramai dan kelihatan glamor di mana-mana acara social ataupun ke mana sahaja anda melangkah dalam kehidupan seharian.
 



2. Femme Chic
Kombinasi haruman buah-buahan dan bunga-bungaan eksotik meliputi kemanisan nektar, mangga dan strawberi bersama jambangan bunga menawan serta adunan kesturi vanila yang sensual pasti meninggalkan haruman yang berpanjangan. Ia melambangkan nilai elegan, tidak hanya dinilai berdasarkan busana mewah yang disarungkan, malah turut diserlahkan menerusi kecantikan aura dalaman diri anda.



3.Celebrite
Haruman dengan esen bunga-bungaan dan buah-buahan ini akan membuatkan anda menjadi tumpuan orang di sekeliling dengan aromanya yang unik sekaligus membolehkan anda mengejar impian dalam menjadi persona hebat ketika melangkah di karpet merah dan menjadi bintang popular. Karakter anda sebagai wanita popular akan menyerlah dalam setiap semburan, membebaskan sisi dalaman anda sebagai seorang bintang kepada dunia.
 


4. Haute Couture
Percaya pada diri bersandarkan keyakinan tinggi merupakan asas pertama dalam mendepani cabaran harian bagi meraih kejayaan. Kombinasi haruman bunga-bungaan, kayuan dan dedaunan kehijauan di dalam Haute Couture menyerlahkan kesegaran dan kecantikan dalaman yang membantu menggandakan keyakinan diri bagi mencapai kejayaan dalam hidup.

  


Jadi mengapa perlu meninggalkan ‘posyen ajaib’ anda di rumah apabila ia boleh dibawa ke mana sahaja di dalam beg tangan sebagai perangsang keyakinan yang berpanjangan dalam setiap semburan haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne pilihan anda.Malah, ia juga membolehkan anda menikmati hidup sebagai wanita penuh glamor di setiap detik tanpa perlu dibatasihanya untuk acara-acara istimewa.

Syahirah Vitalis Eau De Cologne dijual pada harga RM19.90 untuk botol bersaiz 100ml dan boleh didapati di semua pasar raya besar, pasar raya dan farmasi utama. Dapatkan segera untuk “serlahkan pesonamu, raih bintangmu”.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...