KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Saturday, November 12, 2016

Hujan Oh Hujan

Assalamualaikum..

Minggu ni cuti 3 hari, maka mood menulis blog pun cuti jugak la. Cuti apa sampai 3 hari? 2 hari cuti hujung minggu tambah 1 hari cuti ganti sempena Keputeraan Sultan Kelantan.

2 hari kat kampung, 2 hari jugak lah hujan turun tak berhenti. Mungkin kah musim banjir akan melanda? Banjir biasa boleh diterima lagi. Jangan banjir 2014 datang kembali. Memang memeritkan peristiwa tu.  Walaupon tempat Cik Nor tak teruk tapi tempiasnya hanya Allah yang tahu.

Bayangkan dua-dua jalan keluar tertutup. Bekalan elektrik ditutup selama seminggu. Nak berhubung dengan orang luar pun terbatas kerana tiada bekalan elektrik untuk cas telefon. Cik Nor masih ingat lagi, kami terpaksa ke sekolah kakak untuk mengecas telefon tu pun sekejap takut hujan turun dan menutup laluan untuk kami balik.

Harap-harap tahun ni hujan biasa-biasa sahaja.  Sekarang ni cuma risau kain tak kering sahaja. kalau panas pun sekejap-sekejap jer.

Tempat korang macam mana? Cuaca ok ke?

Monday, November 7, 2016

Kulit Mulus Berseri Dengan Nivea




Assalamualaikum..

Sebut saja jenama Nivea semua orang kenal. Mana tak nya iklan nya setiap masa ada kat tv. Memang terpengaruh untuk mencuba produk tersebut.


Kini Nivea hadir dengan 2 koleksi terbaru nya iaitu relaxing lavender dan glowing rose. Pasti peminat setia Produk Nivea ternanti-nanti apakah keistimewaan koleksi terbaru ini.



Pertama kali mencuba, Cik Nor sudah jatuh hari untuk terus menggunakan Produk Nivea ni. Haruman yang menawan dan meresap ke dalam kulit makin menggoda jiwa untuk menggunakannya.




Kecantikan adalah sesuatu yang subjektif bergantung kepada persepsi budaya masing-masing. Namun, kulit yang sihat dan menerima penjagaan sempurna seringkali mencerminkan kecantikan diri terunggul. 

Semenjak berabad lamanya, kulit yang lembut, licin dan cantik dianggap sebagai tanda kecantikan sejati. Selain itu, untuk mendapatkan kulit yang sempurna bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan usaha serta ritual-ritual kecantikan yang rumit serta menggunakan pelbagai bahan eksotik yang hanya mampu didapati dan dimiliki oleh golongan bangsawan. 

Sebagai contoh, Cleopatra, ratu terakhir kerajaan Mesir Kuno dikatakan bersiram di dalam mandian susu untuk mengekalkan kulit yang lembut, licin dan halus. Beberapa abad kemudian, setelah dunia di ufuk Timur membuka pintu kepada para pedagang dari Barat, golongan wanita di Eropah mula mengamalkan amalan-amalan kecantikan eksotik yang diamalkan oleh wanita di negara-negara yang lain seperti mandian Turki atau Hammam yang amat popular di Maghribi. 

Setelah memasuki alaf baru, golongan wanita kini boleh memanjakan diri mereka dengan perkhidmatan spa pada harga yang berpatutan, ia masih lagi dianggap sebagai satu kemewahan bagi wanita-wanita yang mahukan diri mereka dibelai laksana seorang ratu, dari hujung rambut ke hujung kaki. Terutamanya bagi mereka yang sibuk dengan urusan kehidupan serta berkerjaya.



Namun begitu, dengan NIVEA Skin Delight Body Milk, sebuah produk berinovasi terbaru keluaran NIVEA, memastikan anda menikmati sesi memanjakan diri yang akan menaikkan “mood” anda semasa berada di kamar mandi. Seindah namanya, NIVEA SKIN DELIGHT direka dengan satu tujuan utama – memberilkan kenikmatan buat deria anda dengan sentuhan, penglihatan dan wangian yang membuat anda berasa istimewa semasa anda memanjakan diri.

Ditakrif sebagai rawatan terulung bagi kulit yang kering, minyak badan berfungsi sebagai pembekal keanjalan dan seri kepada permukaan kulit anda bermula dari dalam. Kulit akan menyerap serta menikmati segala kebaikan yang terkandung dalam minyak tanpa berasa melekit, kerana NIVEA Skin Delight mengandungi nutrisi penjagaan terbaik dari minyak badan dalam bentuk “body milk” yang mudah untuk disapukan. 

Seperti minyak badan, susu juga diperkaya dengan manfaat menyubur dan mencerahkan kulit. Sejak berabad lamanya, golongan wanita sering menggunakan susu segar sebagai bahan mandian selain air bagi mengekalkan kecerahan kulit mereka. Ini kerana kandungan asid laktik yang terdapat dalam susu menguraikan protein yang menyatukan sel-sel kulit mati, lantas memberi ruang kepada kulit baru yang lembut serta bertekstur licin dan halus untuk tumbuh. Susu ini juga mengalir lembut di atas kulit apabila ia dioleskan lantas menjadikan kulit anda lembut dan berseri-seri. 

Bagi memberi ketenangan kepada jiwa dan minda setelah seharian bekerja,  “body milk” ini turut diadun bersama haruman semerbak yang diekstrak dari bunga mawar dan juga lavender. 


“Kulit yang lembut, berseri dan mulus adalah idaman setiap wanita,” Kata En. Ng Hock Guan, Pengurus Negara bagi Beiersdorf Malaysia & Singapura. “Walaupun ia masih dianggap sebagai satu keistimewaan atau kemewahan bagi sesetengah daripada mereka, kehadiran NIVEA Skin Delight telah memudahkan golongan wanita untuk menikmati sesi memanjakan diri justeru memberikan mereka tubuh yang cantik dan sihat di samping ketenangan minda.” 

Bunga mawar bukanlah satu bahan asing dalam dunia kosmetik. Penggunaanya amat menyeluruh samada secara sepenuhnya ataupun sebahagian daripada asas campuran dalam produk wangian mahupun manfaat rawatan. Wanita-wanita Yunani kuno dan Rom dikatakan menggunakan kelopak-kelopak segar dari bunga mawar untuk mewangikan air mandian mereka. Pada masa yang sama, minyak pati yang terkandung dalam bunga mawar mampu mengekalkan kelembapan semulajadi pada kulit. 

Selain itu, lavender atau nama saintiifknya Lavandula Angustifolia juga mempunyai reputasi yang mengagumkan dalam dunia aromaterapi. Sejenis tumbuhan herba berbunga dan tergolong dalam keluarga pudina, lavender boleh didapati di setiap pelusuk dunia bermula dari benua Afrika hingga ke kawasan pergunungan di Asia, Terkenal dengan profil wangiannya, lavender telah digunakan secara meluas di kebanyakan negara sebagai bahan untuk menenangkan stress dan kelesuan. Selain itu, ia juga dapat meredakan iritasi serta kekeringan pada kulit.

Mengaplikasikan formula hebat “body milk”, sejenis emulsi berbentuk air di dalam minyak yang telah dipelopori oleh NIVEA di dekad 1980-an, penggabungan ini telah mewujudkan sebuah rawatan badan yang penuh dengan kenikmatan serta mudah untuk dioles pada badan pada bila-bila masa yang anda idamkan.
“Memanjakan tubuh bak seorang ratu itu bukanlah satu keistimewaan –  ia adalah hak bagi setiap wanita untuk dinikmati,En. Ng Hock Guan,Pengurus Negara bagiBeiersdorf Malaysia & Singapura menambah.Sebagai sebuah jenama yang memahami kehendak serta keperluan wanita, kehadiran NIVEA Skin Delight ini pastinya akan memberi manfaat kepada para wanita moden yang mahukan diri mereka dimanja sebaik mungkin sewaktu mereka meluangkan masa untuk diri sendiri.

Mulakan ritual memanja diri NIVEA Skin Delight selepas anda menikmati mandian air panas yang menyegarkan. Oleskan “body milk” yang mewah ini ke seluruh badan anda semasa kulit anda masih lembap dan biarkan minda merasa tenang dengan wangian floral yang mengasyikkan. Oleskan “body milk” ke seluruh tubuh anda dengan lembut dan rasai kelembutan dan kehalusan yang tidak terhingga pada kulit anda. Ini membolehkan anda menikmati rawatan badan yang holistik di mana ia meliputi tubuh serta minda. 

Dengan dua wangian yang lembut untuk dipilih – Glowing Rose yang memberikan kulit anda wangian feminine dan Relaxing Lavender yang menenangkan deria anda – NIVEA Skin Delight terdapat dalam dua saiz dan dijual pada harga pengenalan iaitu RM11.90 (Harga Runcit RM16.50) bagi saiz 250ml dan RM17.50 (Harga Runcit 21.90) untuk saiz 400ml.  

Sunday, November 6, 2016

Apa Orang Cari Di Blog Cik Nor?


Assalamualaikum..

Semalam mood busy  so tak sempatla nak jenguk blog kesayangan hamba ni. hehe. Kesayangan lah sangat. Dah lama kan Cik Nor tak share pasal keyword orang cari apa kat blog Cik Nor.

Orang cari cara pakai shawl Cik Nor terima sebab sebelum ni Cik Nor memang jual shawl.  So, munasabah la orang cari pasal shawl.  Pasal limau purut pun sama. Kebaikan limau purut tu first ranking dalam carian. Memang tak dinafikan lah.

Ole-oleh Sabah tu rasanya ada entry tapi lupa entry mana 1.hehe. Nak buat macam mana entry Cik Nor dah 1k lebih. Boleh budget retis dah ni.haha. Entry jer boleh pageview belum boleh lagi. Jeruk nenas asam boi memang Cik Nor buat sebelum ni. Dah lama entry tu..Cik Nor buat masa jeruk-jeruk asam boi ni panas di viral kan.

Satu keywords yang Cik Nor tak boleh terima resepi sagu remaja. perghh dah macam nasi lemak anak dara la pulak. hehe. Seingat Cik Nor, Cik Nor share resepi kuih sagu je. Remaja tu datang dari mana pulak.  Hakak remaja juga tapi remaja kertu.haha.

Apa-apa pon terima kasih pada pencari keywords kat atas. Kerana korang semua traffic Cik Nor meningkat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...