KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Friday, November 4, 2016

Enchanteur Paris | Rahsia Kulit Cantik & Memukau Pandangan




Assalamualaikum.

Ya ampun, kenapa Cik Nor tetiba rajin hari ni. Sampai 2 entry satu hari. Mood sudah mari..apa lagi moh la kita cerita pasal enchanteur ni. 

Sebut jer nama enchanteur semua orang tahu. Tak tahu macam mana setiap masa keluar kat tv. Duta-duta dia pulak artis terkenal. Antara yang Cik Nor ingat Siti Saleha, Sazzy Falak dan suami.


Dia punya packaging semakin menarik sekarang ni. Sekali pandang pun dah terpukau.


Enchanteur kini hadir dengan 3 variasi wangian yang mampu memukau para peminat setianya. Jom kita kenali enchanteur dengan lebih dekat lagi.

Sebagai sebuah jenama yang terkenal dengan rangkaian wangian mewah inspirasi Perancis, rangkaian produk penjagaan peribadi ENCHANTEUR PARIS juga turut diperkaya dengan seleksi wangian mewah bagi memberikan setiap wanita kesegaran tubuh badan menyeluruh sepanjang hari. Keadaan cuaca negara yang panas serta gaya hidup yang sibuk membuatkan wanita memakai losyen atau serum bagi melindungi dan memelihara kulit mereka setiap hari. Untuk keyakinan diri tambahan, rangkaian deodoran ENCHANTEUR PARIS akan menyerlahkan lagi pesona diri anda.

Ketika menikmati wangian memukau dari rangkaian EDT, losyen atau serum badan, deodoran bebola serta semburan pewangi badan, seorang wanita akan bersedia sepenuhnya untuk mengubah harinya yang biasa agar dipenuhi dengan detik istimewa yang tiada penghujungnya dengan ENCHANTEUR PARIS.

Rangkaian wangian penjagaan badan ENCHANTEUR PARIS boleh didadapti di dalam 3 variasi wangian yang memukau iaitu:




ENCHANTEUR PARIS Mon Amie

Rangkaian ENCHANTEUR PARIS Mon Amie diinspirasikan dari keceriaan saat -saat indah persahabatan. Wangian yang menceriakan hari anda ini paling sesuai untuk bersantai dengan kawan - kawan. Wangian Mon Amie yang ringan dan menyegarkan diadun indah untuk memadankan ia dengan Losyen Wangian Formulasi Ringan & Segar (Light & Fresh Parfum Lotion) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie. ENCHANTEUR PARIS Mon Amie turut menawarkan Serum Wangian Lembapan Berganda (Double Moisture Parfum Serum), diperkaya dengan Ultra Hyaluronic & Minyak Zaitun, kombinasi yang sesuai untuk memberikan manfaat hidrasi kulit serta merta yang intensif dan sepanjang hari di samping berbau harum dengan wangian ceria Mon Amie. Serlahkan lagi wangian ceria dan memikat tersebut dengan rangkaian Deodoran Wangian Anti - Peluh Mencerah & Menyegar (Whitening & Refreshing Parfum Anti-perspirant Deodorant) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie atau Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie untuk memastikan kesegaran sepanjang hari.




ENCHANTEUR PARIS Belle Amour

Rangkaian ENCAHNTEUR PARIS Belle Amour menggambarkan bibit cinta dan putik asmara yang berkembang mekar. Ia adalah wangian untuk menjadikan anda yang paling si dia sayang. Pencerahan kulit kini lebih indah dengan Losyen Wangian Pencerah ENCHANTEUR PARIS Belle Amour 3 kali ganda pencerahan (Triple Whitening Parfum Lotion) yang memberikan manfaat pencerahan kulit dengan segera dan berseri untuk jangka masa panjang, dari 3 agen pencerahan - ekstrak Likoris, ekstrak Sakura dan Vitamin B3. Mempertingkatkan pencerahan tona kulit bawah lengan anda dengan Deodoran Wangian Anti Peluh Pencerahan Ekstra (Extra Whitening Parfum Anti-perspirant Deodorant) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour dan kekalkan haruman menusuk kalbu yang berpanjangan dengan Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour.



ENCHANTEUR PARIS Adore

Rangkaian ENCHANTEUR PARIS Adore adalah kombinasi wangian bunga - bungaan dan buah - buahan yang membangkitkan keajaiban nostalgia indah berkekalan setiap hari dengan wangian yang kekal berpanjangan. Dalam mengecapi keyakinan, memiliki kulit yang sihat yang merupakan benteng pertahanan pertama kita dari kuman, sinar UV dan pencemaran adalah perkara utama yang amat penting. Losyen Wangian Badan ENCHANTEUR PARIS dengan Perlindungan Anti Bakteria (Antibacterial Care Parfum Lotion) memastikan kulit sentiasa dilindungi daripada pelbagai bakteria merbahaya sambil menjadikan kulit kekal wangi dengan wangian Adore yang tidak dapat dilupakan. Deodoran Wangian Anti Peluh Mencerah & Menyenangkan (Whitening & Soothing Parfum Anti-perspirant Deododrant) ENCHANTEUR PARIS Adore pula seterusnya memelihara bawah lengan dengnan memberikan kelegaan melindungi kulit dan terasa segar. Manakala Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Adore pula memberikan semerbak haruman memukau yang menyegarkan.

Rangkaian Serum dan Losyen ENCHANTEUR PARIS boleh didapati didalam bentuk tiub 85ml dan 100ml yang mudah dibawa bersama ketika menikmati aktiviti luar untuk melindungi kulit di samping mengekalkan penampilan yang mempesona dan sentiasa berbau harum dengan wangian memukau. Rangkaian produk jenis tiub dijual dengan harga RM 7.90 / RM 7.50 (85ml / 100 ml) manakala bagi jenis botol ia dijual pada harga RM18.00 / RM16.95 (275ml / 300ml). Deodoran Wangian Anti - Peluh ENCHANTEUR PARIS dijual pada harga RM8.70 untuk 50ml sebotol. Semburan Pewangi Deodoran ENCHANTEUR PARIS dijual pada harga RM10.10 untuk 100ml sebotol. Rangkaian produk penjagaan peribadi ENCHANTEUR PARIS ini boleh didapati di semua rangkaian pasar raya / pasar raya besar dan farmasi.

Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR sila layari www.ENCHANTEUR.com.my atau lawati laman Facebook rasmi ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY


❤❤❤ENCHANTEUR adalah rangkaian wangian dan produk penjagaan badan berasaskan wangian berkualiti, mengikut peredaran masa yang berinspirasikan keunggulan haruman Perancis.❤❤❤

❤❤❤Wangian ENCHANTEUR direka dengan unik untuk menghidupkan detik - detik romantis harian di setiap perjalanan percintaan menakjubkan seseorang wanita.❤❤❤

Semoga dengan perkongsian ini dapat menarik korang semua untuk mencuba 3 variasi wangian terbaru dari Enchanteur.





Semak Keputusan Peperiksaan Anak-Anak Secara Dalam Talian

Assalamualaikum..

Bila dah akhir-akhir tahun macam ni banyak peperiksaan penting berlangsung. Antaranya UPSR, PT3 dan SPM. Memang dah menjadi kebiasaan bila keputusan peperiksaan di umumkan ibu bapa sudah semestinya akan ke sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan anak-anak dan berjumpa guru kelas anak-anak.




Tapi itu dulu, sekarang tidak lagi dengan adanya SAPS. Apa itu SAPS? SAPS ialah sistem semakan keputusan peperiksaan online yang disediakan oleh kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM). Ianya bagus dan berguna kerana ibu bapa tidak perlu lagi ke sekolah untuk menyemak keputusan Peperiksaan anak-anak dengan cepat dan tidak perlu lagi berjumpa dengan guru kelas anak-anak.  Keputusan peperiksaan apa yang boleh disemak secara online? Antaranya UPSR, PT3 dan SPM.

SAPS Ibu Bapa  boleh disemak dihalama  ini kerana ianya lebih laju.  Semakan analisis peperiksaan sekolah untuk ibu bapa yang mahu memeriksa keputusan peperiksaan anak-anak mestilah menggunakan website ini kerana ianya lebih mudah di akses. Keputusanya cepat dan menjimatkan masa.  Sistem ini amat berguna kepada ibu bapa yang bekerjaya dan tidak masa untuk ke sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan anak-anak. Kita seharusnya berterima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia kerana menyediakan sistem yang mudah dan berguna kepada ibu bapa, murid-murid dan guru-guru.

Cara mudah dan cepat untuk menyemak SAPS Semakan Ibu Bapa.

Ibu bapa boleh mengikuti langkah-langkah berikut dengan mudah:

Untuk lebih mudah dan cepat, anda boleh ikuti langkah-langkah mudah yang berikut:

1. Klik pautan ini untuk terus akses sistem SAPS Semakan Ibu Bapa bagi tujuan semakan keputusan peperiksaan anak anda --> http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php .

2. Kemudian anda hanya perlu masukkan no sijil lahir (bagi anak yang sekolah rendah) atau kad pengenalan (untuk anak sekolah menengah). Pastikan anda memeriksa bahawa detail yang diisi itu adalah betul.

3. Kemudian ambil pilihan yang anda ingin semak sama ada untuk keputusan untuk sekolah rendah atau keputusan untuk sekolah menengah (jika sekolah rendah, guna surat beranak, jika sekolah menengah gunalah kad pengenalan).

4. Kemudian pilih tahun peperiksaan yang anda mahu semak. Ibu bapa juga boleh menyemak keputusan tahun-tahun sebelumnya juga untuk membuat analisis dan semakan anda.




SAPS NKRA-Semakan Ibu Bapa ialah satu sistem untuk menyimpa data pelajar yang di asakan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Seri Muhiddin Yassin sewaktu beliau menjadi atimbalan Perdana Menteri Malaysia.

Sistem SAPS NKRA telah dicipta bagi meluaskan akses kepada mutu pendidikan yang lebih baik dan bersistematik.

SAPS adalah singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan  Sekolah. Manalaha NKRA adalah singkatan kepada maksud National Key Result Areas (Bidang Keberhasilan Utama Negara). SAPS NKRA dicipta bagi digunakan oleh para ibu bapa, guru-guru dan juga setiausaha peperiksaan (SUP).

Ibu bapa boleh menyemak keputusan peperiksaan anak-anak di pautan : SAPS Ibu Bapa -Semak Keputusan Peperiksaan (disini). Memang agak menjimatkan masa dan cepat tapi walau apa pun keputusan peperiksaan anak-anak ibu bapa jangan cepat membuat keputusan. Jika keputusannya akan merundum jangan marah dan cuba berbincang terlebih dahulu. Cari jalan penyelesaian agar segala masalah dapat dirungkai. Anak-anak tidak tertekan dan kembali bersemangat untuk terus maju didalam peperiksaan.



SAPS Ibu Bapa Semakan Keputusan Peperiksaan NKRA adalah satu Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang telah diperkenalkan dan dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia

Kemudahan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini turut dapat dimanfaatkan oleh ibu bapa atau penjaga dimana boleh memantau perkembangan prestasi belajar selain dapat muat-turun (download) slip keputusan peperiksaan anak atau jagaan mereka melalui Aplikasi Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) berkenaan

Cik Nor harap dengan perkongsian ini dapatlah ibu bapa menjimatkan masa untuk menyemak keputusan peperiksaan anak-anak mereka. Teknologi dihujung jari katakan.

Wednesday, November 2, 2016

Berkelah Sempena Cuti Deepavali


Assalamualaikum..

Malam ni nak cerita pasal empunya blog lah pulak. Cian korang datang blog Cik Nor asyik review produk jer. Confirm bosan kan? Cuti sempena deepavali baru korang pergi mana? Cik Nor pergi berkelah kat Tok Bali jer. Tak jauh. Hehe

Hari Jumaat tu dah g...ingat nak g kat Pesta Pantai Tok Bali tapi hampa. Jem teruk sampai tak bergerak kat jambatan Tok Bali. Rosak program.hehe. Gambar atas tu berlatarbelakang jambatan Tok Bali.


Gambar makanan tak sempat ambik. Gambar gedik kami banyak.hehe

Harap korang tak muntah hijo tengak gambar-gambar selfie kami.


Sebenarnya adik Cik Nor jakun sebab first time jumpa batang selfie. Haha. Kutuk pun xper sebab dia tak ada blog.hihi


Habis style  kami possing. Selagi xfull memory telefon selagi tu kami akan selfie๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚



Possing entah apa-apa. Korang layankan aje.hihi



Tu sorang budak pelik. Ada ke patut datang pantai siap bawa selimut. Buat malu kaum jer..haha


Last gambar yer. Sebelum korang muntah.haha. 

Berkelah tu tak lah sangat, just g makan tengahari tepi pantai je. Hari tu kami bawak nasi, lauk biasa-biasa jer, kuih muih, bihun goreng dan paling best g bakar jagung kat sana. Makan panas-panas tepi pantai manyak syokk oo.hehe.

Sambil-sambil tu kami sempat berniaga jagung rebus. Tapi sayang rezeki tak banyak sebab orang ingat kami just berkelah bukannya berniaga. Tak pe lah lain kali Cik Nor cuba berniaga lagi.

Tuesday, November 1, 2016

Minyak Herba Asma Mujarab Sesuai Untuk Seisi Keluarga

Assalamualaikum..

Sejak dah berumur ni macam-macam penyakit singgah. Baru-baru ni Cik Nor di serang batuk yang berpanjangan. Runsing jugak takut kena penyakit tibi. Dah 2 3 kali 3 klinik masih juga tak hilang batuknya. Dalam kekalutan mencari penawar batuk ni Minyak Herba Asma datang membantu. 



Alhamdulilah berkat disiplin Cik Nor menyapu minyak ni sebelum tidur dan selepas mandi. Batuk yang berpanjangan tu dah beransur hilang. Nyaman je bila sapu kat dada dan belakang. Bau dia soft tidak seperti minyak yang lain.


Sekarang sebelum tidur Cik Nor sapu kat sendi-sendi kaki pulak. Sebelum ni kaki Cik Nor selalu krem kerana berdiri terlalu lama atau berjalan tanpa henti. Moga kaki Cik Nor tak krem lagi bila selalu sapu ubat ni. InsyaAllah

Kandungan Minyak Herba Asma Mujarab Homemade Original 

Minyak Herba Asma Mujarab Homemade Original terdiri daripada ramuan terpilih antaranya :
- Minyak Zaiton
- Minyak kelapa Dara
- Minyak Habbatus Sauda 
- Ramuan herba herba terpilih

Cara Penggunaan Minyak Herba Asma Mujarab Homemade Original 

Cara penggunaan Minyak Herba Asma Mujarab adalah seperti berikut :
- Batuk dan lelah 
: Sapu di tapak kaki,labu,betis,bawah pelipat,dada depan belakang menyeluruh,leher dan tengkuk serta bawah dagu.
- Selsema
: Sapu sedikit di dalam hidung,atas hidung hingga ke ubun ubun
- Demam
: Sapu seperti batuk tetapi turut sapu di dahi
- Sakit gigi
: Sapu pada gigi yang sakit dan juga pipi
- Kembung perut dan sembelit 
: Sapu di perut,pinggang serta tapak kaki dan labu betis
- Luka pembedahan
: Lap.kering bahagian luka dan sapu minyak di atasnya.
- Sengatan berbisa,benjol,lebam dan sakit urat 
: Sapu di tempat sepatutnya...
- Migrain:
: Sapu keliling dahi, tengkuk dan leher. 
- Bisul
: Sapu pada tempat bisul
- Sakit pinggang dan lenguh lenguh 
: Sapu ditempat yang lenguh dan sakit..
- Cirit birit
: Sapu di bahagian bawah perut.
- Senggugut
: Sapu ketika datang haid dan ketika sakit di bahagian bawah perut.


Sebelum membeli Minyak Herba Asma Mujarab ini pasti kan yang ori.  Sila baca arahan dibawah untuk pastikan anda tidak ditipu penjual.


Penjual Minyak Asma ini telah menipu ramai pelanggan dengan mengatakan Minyak Herba Asma Mujarab ini telah menukar label. Padahal kami tidak pernah menukar label baru seperti ini sama sekali. Jangan mudah tertipu dengan tektik jahat mereka untuk mencari duit secara haram disisi agama islam.
Mereka juga akan menggunakan tektik jahat dengan mempromosikan GAMBAR-GAMBAR Minyak Herba Asma Mujarab Original yang mempunyai Hologram QR Code di belakang botol di Facebook atau media-media sosial yang lain. Kemudian mereka menghantar produk Minyak Asmak ini pada pelanggan yang telah membuat pembayaran.
Setelah pelanggan bertanya kenapa dalam gambar lain, barang yang di order lain. Mereka akan menjawab dengan jawapan bohong iaitu “Kami Sudah Tukar Label”. Sila berwaspada!
Bagi pelanggan-pelanggan yang sudah tertipu, Mereka juga tidak akan pulangkan duit pelanggan setelah didesak beberapa kali. Mereka akan block whatsapp kalian sehingga kalian berasa tertekan.


Juga salah satu produk tiruan yang cuba mengambil kesempatan di atas minyak herba asma yang asli. Kami tidak pernah keluarkan versi “PATI HERBA ASMA”. Sila berhati-hati.
Pada peringkat awal, 200 ribu hologram berjaya ditampal di botol Minyak Herba Asma Mujarab yang original. Dan telah habis dipasarkan dalam masa satu bulan.
Tapi anda masih perlu berhati-hati, kerana tidak mutashil mereka yang tidak bertanggungjawab ini akan membuat hologram seakan-akan sama seperti ini juga. Dari peringkat ke peringkat mereka cuba meniru Produk Minyak Herba Asma Mujarab.
Mereka akan menggunakan ayat yang sama ketika membuat promosi, Produk mereka lebih baik dari yang asli, juga telah di R&D, GMP, dan KKM. Sedangkan sehingga sekarang mereka masih tidak mampu membuktikan produk tiruan mereka mempunyai R&D, GMP, dan KKM. Melainkan hanya dengan mempamerkan lesen Minyak Herba Asma Mujarab SDN. BHD. yang baru sebulan dua mereka daftarkan.

Anda boleh Scan QR Code ini dengan menggunakan Smartphone dan setiap produk yang di scan akan mempunyai nombor siri berbeza di dalam sistem website kami.
Hologram beserta sistem QR Code ini sudah dilekatkan dan sudah dipasarkan dari peringkat ke peringkat. Pastikan yang Original baru beli.

Pembuat produk Minyak Herba Asma palsu juga berani menggunakan Meditag KKM palsu semata-mata untuk mengaburi mata pelanggan.






Untuk mendapatkan kepastian boleh hubungi HQ bahagian pemasaran 013 480 6787 (En. Hafis) Bahagian Pemasaran & (Puan Nurul) : 017 6239935  Produk Owner 

JADI, BELI DENGAN YAKIN DI SINI KERANA KAMI MERUPAKAN PENGEDAR ASAL DARI PAK CIK INI.
Harga sebotol RM39 sebotol. Hanya tambah RM10 untuk penghantaran.
RINGKASAN
  • Jika ada yang mendakwa Minyak Herba Asma Mujarab ini di bawah keluaran syarikat SDN. BHD. Maka ianya adalah produk tiruan & bukan dari ramuan rahsia tradisional Pakcik!
  • Gunakan tanpa was-was , kandungan bahan-bahan yang halal dan selamat digunakan untuk semua peringkat usia.
  • Setiap botol produk yang Original mempunyai Hologram, QR Code & Nombor siri. Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya anda mendapat produk yang tidak asli.

Untuk keterangan lanjut boleh rujuk :

URL : herbaasma.com
Facebook : Penawar Semput Lelah Dan Asma
Youtube :



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...