KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Saturday, October 29, 2016

Apa Kelebihan 3D Gold Stemcell Serum Dari My Beauty Herbs???



Assalamualaikum..

Dah tua-tua macam ni baru tahu apa itu serum. Alahai Cik Nor ni. Nasib la tak terlambat lagi. Tak nipu yer ni first time Cik Nor guna serum. Sebelum ni memang dengar tapi tak tahu serum tu macam mana. Jakun kan Cik Nor..😂

Meh Cik nor share pengalaman  menggunakan 3D Gold Stdmcell Serum by Beauty Herbs. Tengok gambar sebelum dah selepas menggunakannya, parut hitam dah semakin pudar dan jeragat memang hilang terus la. Owh.. teruja sangat menggunakan serum ni. Masa mula-mula pakai ada jugak jerawat kecil-kecil naik tapi tu sementara je sebab selepas itu jerawat tu dah mulai kecut dan akhirnya terkulai layu.

Perhh..paling Cik Nor suka bila kulit muka nampak flawless sangat walaupun tanpa sebarang make up.  Bila kulit dah flawless automatik kulit muka sekata. I like u.😊. Serum ini jugak dapat mengecilkan liang pori. Tak de la pori kulit terbuka macam pintu gua lagi.


Apabila kita membeli serum ini, treatment cream ini disertakan bersama. Combination serum dengan treament cream ni mampu melembapkan dan menganjalkan kulit muka. Ia juga dapat mengawal minyak dimuka yang boleh dibuat minyak untuk memasak 😀.

Apa yang penting kulit muka dah makin cerah dan kulit muka makin anjal tidak lagi menggelebar.  Kita juga dah boleh say good bye to panda eyes. Selain itu juga serum ini juga dapat melindungi kulit kita dari sinaran uv. So good.

Garis halus bawah mata dan kedutan muka sudah berkurangan dan hampir hilang. Tak percaya? Tengok gambar di bawah ini.


Apakah kelebihan 3D Gold Stemcell Serum yang menjadikan ia sangat bagus?

3D Gold Stemcell Serum adalah serum wajah yang membantu anda mendapatkan kesan-kesan berikut :

  • Sebagai agen pelembapan yang semulajadi
  • Melindungi stemcell kulit
  • Berfungsi sebagai anti penuaan
  • Membantu pertumbuhan sel-sel kulit baru
  • Meningkatkan keanjalan dan kerapatan kulit
  • Rejuvinasi kulit secara dalaman
  • Membantu kulit menghasilkan kolagen sendiri
  • Pembekal anti-oksida yang tinggi kepada kulit
  • Menjadikan kulit lebih awet muda, licin, anjal dan berseri
  • Menyerap ke dalam lapisan dermis dan merangsang kolagen untuk kulit lebih anjal dan halus
  • Bertindak merangsang sistesis kolagen selain mengunci lembapan pada lapisan kulit. Hasilnya kulit akan menjadi lebih anjal, cerah dan muda remaja.
  • Memberikan kesan anti penuaan yang optimum dan menakjubkan

Cara penggunaan 3D Gold Stemcell Serum

Cara penggunaan 3D Gold Stemcell Serum adalah seperti di bawah :
1. Tekan 1 atau 2 kali serum pada tapak tangan dan ratakan ke wajah, bawah mata, leher dan mata sebelum
 tidur dan waktu pagi selepas mencuci muka. Pakai 2 kali sehari untuk kesan maksimum bagi jangka masa 
panjang.
2. Pastikan anda membersihkan wajah sebelum menggunakan serum.
3. Krim rawatan dipakai pada waktu malam selepas mencuci muka. Jangan dicampurkan dengan produk
 lain.
4. Untuk kesan maksimum, minum minima 8 gelas air kosong.





Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs : Review Produk dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh My Beauty Herbs. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.



Wednesday, October 26, 2016

Hari Yang Sepi

Assalamualaikum..

Tajuk entry kemain lagi Cik Nor ni. Sebenarnya dia tak idea tu yang tulis macam tu. 2 3  hari menghilang tanpa entry tiba-tiba hari ni muncul dengan entry entah apa-apa..haha

Cik Nor hilang bukan pergi mana pun. Ada jer tengah tepu idea. Tu la kan banyak sangat ambik job review. Kan dah padan muka. Ada 3 job sedang menanti untuk di review. Tiba-tiba tadi terima whatsapp dari pr...Cik Normi, saya dah pos 2 produk untuk di review.. rasa nak terduduk sekejap. Siap jawab..naper dah pos..ingat nak lewat-lewat sikit. Nasib la pr tu bagi jawapan yang melegakan hati. Saya pos tu sebab takut tercicir...Cik Normi boleh buat review hujung bulan 11 dan hujung 12. Alhamdulillah..

Cik Nor bukan nak riak yer, sejujurnya memang susah sangat nak buat job review ni. Tambah-tambah yang berbayar. Kalau yang just bagi barang boleh consider lagi entry nya. Ya ampun..Cik Nor dah tepu idea sekarang ni..huhu

Dikesempatan ini Cik Nor nak promote blog kawan Cik Nor ni. Blog dia dah lama wujud tapi tiba-tiba mengilang. 2 3 hari ni tiba-tiba dia muncul kembali. Hehe. Cik Nor rindu tau kat Liza Izara. Kalau yang ada blog sejak tahun 2010 confirm kenal dia. Hehe. Mana yang tak kenal lagi tu boleh klik link yang Cik Nor bagi tu. Dia tengah buat contest come back tu. Jom la join ramai.

Tadi macam tak ada idea. Eh..panjangla pulak menulis. Hihi. Stop dulu yer.

Monday, October 24, 2016

10,000 Kerja Kosong Yang Harus Anda Mohon


Assalamualaikum...



Sekarang musim universiti convocation, mesti ramai graduan mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan mereka. Tak kurang juga yang dah lama graduate tapi masih mencari pekerjaan yang lebih baik. Tak kisah lah di mana ada jawatan kosong di situ lah mereka akan isi. Janji mereka akan mendapat pekerjaan yang setaraf dengan kelulusan mereka dan menjamin masa depan yang cerah.

Kalau ikutkan hati, Cik Nor sendiri pun tak puashati lagi dengan kerja sekarang tapi malas nak apply dah sebab Cik Nor nak bagi peluang kat adik-adik yang baru graduate merasai pengalaman alam pekerjaan. Orang baru graduate mesti berkobar-kobar nak bekerja kan? Meh sini isi kerja kosong -jawatan kosong kerajaanjawatan kosong maybankjawatan kosong kastamjawatan kosong jpjjawatan kosong kemas


Sesungguhnya kerajaan dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia sentiasa berusaha memastikan para graduan mendapat pekerjaan selepas mereka tamat belajar. Dengan adanya peluang pekerjaan seperti ini pengangguran dikalangam graduan dapat dikurangkan. Apa yang penting jangan memilih kerja. Grab sahaja apa kerja yang ada didepan mata asalkan ianya tidak melanggar undang-undang negara.

Kerja di sektor awam atau swasta lebing kurang sahaja. Kalau di sektor awam ada pencen bila dah bersara nanti. Manakala disektor swasta ada simpanan KWSP.  Semuanya kepentingan untuk hari tua nanti. Walaupun ada kelebihannya tersendiri  simpanan sendiri harus di utamakan. Kerjalah disektor mana sekali pun apa yang penting kita hendaklah sentiasa berusaha untuk memajukan diri demi agama, bangsa dan negara.




Sunday, October 23, 2016

Feel Fresh With Lemuel Beauty


Hai all...Still looking for easy make up removal. Let's introduce you all with Lemuel Beauty..:)

What is Lemuel Beauty?

Lemuel Beauty - All in one cleasing tissue.

An all natural cleasing tissue that is soft & moist.
  • Individually packed for Hygiene
  • Moisturizes & Nourishes
  • Patented Natural Subnstance
  • Natural Fabric (tissue)
  • Contains Rooibos Essense
Rooibos or commonly known as" Red Bush" in South Africa, is also known as Aspalathus Linearis scientifically. The name comes from the plant's linear growing structure and needle-like leaves. It is grown in the Cederberg, a small mountainous area in the region of the Western Cape province.

As a fresh leaf, Rooibos has a high content of ascorbic acid or vitamin C. Rooibos contains polyphenols, including flavanes, flavanones, dihydrochalcones, aspalathin and nothofagin. The processed leaves and stems contain benzoic and cinnamic acids.

Benefit Of Rooibos
  • Anti-ageing
  • Prevents skin disorders
  • Reduces bacterial infections
  • Promote healthy skin
  • Boosts immune system
  • Improves blood circulation
You Don't need...

Eye make-up remover, oil cleanser, facial cleanser, face wash, toner, essence, moisrurizer and eye cream for your daily rountine. You only NEED Lemuel Beauty All in On Cleansing Tissue.

It's all natural ingredients are all you need for your busy days. Because it natural, you will never need to worry if you have sensitive, dry or oily skin. It works on all skin types.


How to USE Lemuel Beauty All in one Cleasing Tissue

1. Remove tissues from the packaging (2 pieces)
2. Maximize the 1st tissue that has grove lines and wipe away all your make up. No force is needeed when wiping. Go gentle on your skin.
* You can take a shower. If you are too tired, just rinse your face with water towel dry and move to the next step.

3. Maximize the 2nd tissue by wiping it over your face again and letting it dry naturally. You are now ready for bed.

For more information, please visit  Lemuel Beauty

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...