KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Friday, October 21, 2016

Spray8 Atasi Masalah Kulit


Assalamualaikum

First time dengan produk dari furley bio ni. Mula tu memang blur jugak lah macam macam mana nak guna spray8 ni. Then baca kegunaan dia untuk apa. Oo.. baru tahu kegunaan dia untuk mengatasi masalah kulit.


Kebetulan masa dapat spray8 ni anak buah Cik Nor baru sahaja ke minyak panas. Dia punya gelembung air tu dah macam belon. Cik Nor try la sembur spray8 ni. Alhamdulillah beberapa kali letak tempat yang terkena minyak panas tu.. gelembung air tu beransur kecut dan gambar atas tu yang terkini.


Korang jangan risau spray8 ni selamat kerana ia di buat dari bahan semulajadi. Dia sesuai digunakan untuk luka, calar, melecur, luka diabetik dan lain-lain lagi. Tiada penggunaan steroid dan alkohol dalam spray8 ni.



APA DIA SPRAY8?

Dah cerita panjang - panjang kat atas. Meh Cik Nor perkenalkan apa itu spray8. Spray8 ini adalah penawar kulit secara semulajadi. Untuk kegunaan luaran yang dikeluarkan oleh Furley Bioextracts Sdn Bhd. 

KELEBIHAN SPRAY8 UNTUK LUKA DAN MASALAH KULIT :-

  • Semulajadi dan selamat, sesuai untuk semua peringkat umur
  • Membunuh bakteria dan kuman
  • Luka, calar, melecur, luka diabatek, luka pembedahan dan masalah kulit
  • Tiada steroid dan alkohol.
Produk syarikat ini telah mendapat: -

  • Ada pensijilan HALAL oleh JAKIM
  • Kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  • Kilang mendapat pensijilan HACCP & GMP


KANDUNGAN SPRAY8

Spray8 mengandungi :
  • Air (Aqua)
  • DermaXanTM (Garcinia mangostana L. ekstrak)
  • ekstrak botani (Quercus infectoria
  • Azadirachta indica
  • Dukung anak  
  • Chromolaena odorata)
  • PEG-40 hidrogenasi minyak kastor
  • Vitamin E
  • 2-phenylethanol
  • Caprylyl glycol
  • Wangian yang dibenarkan.

  SPRAY8 SESUAI UNTUK SIAPA?
  • Pesakit luka diabetik
  • Allegy
  • Masalah ekzema
  • Luka pembedahan/Bekas jahitan 
  • Kulit sensitif 
  • Bed Sore (luka akibat lama tidak bergerak) 
  • Nekrosis (sel mati) 
  • Lepuh air panas 
  • Varikos (biasanya di kaki disebabkan salur darah rosak) 
  • Calar 
  • Kulit rapuh (orang tua) 
  • Ruam Lampin 
  • Gatal-gatal kulit 
  • Campak
  • HMFD (Hand, Mount, Foot Disease )


CARA GUNA SPRAY8
1. Tak perlu goncang, tak perlu bilas lepas guna.
2. Semburkan dalam jarah 15cm ke arah tempat yang bermasalah
3. Tak sampai 5 min akan serap dan permukaan terus jadi kering.
4. Gunakan 3kali  sehari secara tetap untuk dapatkan keputusan positif.

Semudah A B C..hehe.


TESTIMONI SPRAY8 - PENGGUNA LAIN 






DI MANA BOLEH DAPATKAN SPRAY8 NI?


HARGA SPRAY8 :-

RM50.00 (botol semburan 100ml)
RM35.00 (botol semburan 50ml)



Untuk pembelian Spray8 boleh terus  Klik SINI
Nah ambik kod diskaun RM10 ni,  Cik Nor belanja korang : FBIO-CRY


Untuk maklumat lanjut, boleh layari :-






Wednesday, October 19, 2016

Awak.....Blog Saya Tak Glemer La

Assalamualaikum

Alahai..sejak dua menjak ni. Ada la pulak yang request nak masuk bloglist Cik Nor. Bukan Cik nor tak nak masukkan tapi blog Cik Nor ni bukan fofular  sangat. Blog Cik Nor ni hidup segan mati tak mahu je.

Kalau nak masuk bloglist Cik Nor memang silap besar la.  Pageview pun lepas-lepas nak makan. Try g tengok pageview orang lain lagi kebabom dari Cik Nor.

Awak g la masuk bloglist orang lain. Cik Nor mintak maaf banyak-banyak yer. Cik Nor buat bloglist tu bersebab bukan saja-saja. Kalau tak memang tak ada bloglist kat blog Cik Nor.

Cik Nor mintak maaf banyak-banyak yer tak boleh terima awak masuk dalam bloglist Cik Nor.

Monday, October 17, 2016

Cik Nor Dah Pasang Coway, Anda Bila Lagi?


Assalamualaikum..

Perghh..tajuk memang tak henggat. Ingat murah ke nak pasang penapis air coway tu? Acah-acah banyak duit Cik Nor ni.haha

Sebenarnya ada cerita disebalik pemasangan penapis air coway ni. Setiap minggu Cik Nor akan ambik air kat mesin penapis air. Botol pulak tak banyak. Haishh susah lah. Takat 5 botol besar tu lama mana sangatla bertahan. Kat rumah Cik Nor tu ramai mana cukup. Cian pulak kat mak Cik Nor nak sejuk air dalam pemanas air 24 jam tu. Paling banyak air boleh sejuk kan satu jag jer. Lepas tu kena masak yang baru pulak. Kan banyak-banyak masak air ada jugak yang meletup pemanas air tu. Nauzubillah.

Aishh..tak boleh jadi ni. Kena cari alternatif..macam mana nak jimat dan selamat. Mesin penapis air tu kadang-kadang takut dia tak servis. Minum air paip jer la kita. Cik Nor pun ada penyakit M. Hehe. Dah lama berangan nak pasang penapis air coway ni tapi survey harga mahal sangat.

Macam orang mengantuk di sorongkan bantal. Kawan Cik Nor tanya nak pasang penapis air coway tak? Harga dia boleh tahan murah jugak. Tak fikir panjang dah Cik Nor terus grab peluang keemasan ni. Bayaran ansuran sebanyak RM95.00 sebulan. Murah ke mahal?




Tengok la tu model penapis air coway Cik Nor. Dia lah orang yang pali exsaited bila Cik Nor pasang penapis air ni. Habis semua orang dia nak cerita. Layan jer la dik. Hihi. Kepada yang berminat nak dapat penapis air coway ni jangan lupa contact Cik Nor.

Sunday, October 16, 2016

Safi Shayla Pilihan Wanita Bertudung


Assalamualaikum..

Dulu-dulukan memang susah la nak jumpa syampu yang sesuai.  Setiap bulan mesti asyik tukar-tukar syampu. Selagi tak serasi dengan rambut selagi tu la tukar. Sehinggalah Cik Nor mencuba syampu safi. Alhamdulillah serasi dan sehingga ke hari ini Cik Nor masih lagi menggunakan syampu safi.

Rambut adalah mahkota setiap wanita. Metafora ini seringkali dikiaskan kerana setiap helaian rambut yang menawan mampu memberikan keyakinan pada diri. Rambut yang menawan pastinya lahir dari penjagaan yang rapi tidak kira dalam apa jua keadaan. Bagi individu bertudung, penjagaan mahkota ini sememangnya dititikberat agar keadaan rambut sentiasa sihat dan bermaya.

Melihat kepada keadaan ekonomi yang mencabar, pengguna mula mencari produk yang lebih murah dan menjimatkan, pada masa yang sama memberikan nilai dan kualiti yang tinggi. Kebanyakan pengguna mengurangkan kadar perbelanjaan tetapi masih berusaha untuk barangan berkualiti untuk melengkapi keperluan isi rumah.


Memahani keperluan wanita bertudung moden safi shayla rangkaian jenama syampu khas wanita bertudung  yang dperkaya habbatus sauda memperkenalkan solusi penuh inovasi, safi shayla pek fleksi.

Safi Shayla Pek Fleksi ini di datangkan didalam pek yang amat menarik  perhatian warnanya. Terdapat 8 variasi pek untuk menangani masalah rambut wanita bertudung antara rambut gugur, kelemumur, rambut berminyak dan lain-lain lagi.

Warna dan corak reka bentuk pada setiap variasi syampu Safi Shayla Pek Fleksi dikekalkan sama dengan format asal Safi Shayla pek pam dan botol, agar dapat memberikan kemudahan kepada pengguna untuk mencari produk ini. Pek inovasi bersaiz 480g ini memudahkan pengguna membawa ke mana sahaja. Malah, pek ini juga mesra alam dengan penggunaan plastik 65% lebih kurang.

Produk ini boleh didapati di seluruh malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama pada harga RM14.65. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama Safi, sila layari laman Facebook Safi www.facebook.com/SAFI.MY, laman instagram SAFI@safimalaysia dan saluran Youtube SAFI  di www.youtube.com/safimalaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...