KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Saturday, October 15, 2016

Susah Juga Jadi Blogger

Assalamualaikum..

Malam Cik Nor menulis entry tanpa gambar. Biasalah kan blogger tak fofular, tak ada gambar pun tak apa. Hehe. Padahal tak tahu nak letak gambar apa😁

Sejak menjadi blogger ni macam-macam dugaan melanda Cik Nor dan blog. Masa mula-mula jadi blogger blog hampir tutup akibat kurang arif  dalam bidang edit blog. Alhamdulillah..ramai blogger yang sudi membantu tanpa ada cas tersembunyi. Hehe. Kalau sekarang sukar dah rasanya sebab masing-masing jadikan edit blog sebagai sumber pendapat. Andainya blog Cik Nor bermasalah..kemungkinan blog Cik Nor akan berkubur buat selama-lamanya.

Nak kata Cik Nor ni fofular tak adalah sangat. Tapi rezeki untuk buat review adalah yang datang. Yang menjadi masalahnya, kenapa ada yang dengki dengan Cik Nor. Macam tak puashati pun ada bila Cik Nor dapat job review. Cik Nor usaha sendiri tak ada nak lobi-lobi dengan sesiapa pon. Kadang-kadang Cik Nor tinggalkan link di facebook. Kadang-kadang tu pr sendiri email cari Cik Nor nak suruh review.  Rezeki blog masing-masing tak payah la nk pertikai. Rajin usaha dapatla rezeki lebih. Kalau mengharap rezeki datang bergolek memang tak lah kan?

So jangalah jeles or dengki bila Cik Nor dapat job. Nak job..usaha lebih sikit. Itu je pesanan Cik Nor. Aku punya blog, aku punya facebook, aku punya instagram, aku punya twitter suka hati aku lah nak buat apa!!!.

Kalau Cik Nor berhenti jadi blogger ok tak?😢



Monday, October 10, 2016

Bila Cik Nor Merantau


Assalamualaikum..

Wee..sehari sekali belum tentu Cik Nor updates blog. Idea belum mari plus penyakit 'm' datang. Hihi. Tak adalah. Sebenarnya Cik Nor busy sikit semenjak 2 menjak ni tapi kerja tak jalan juga bila sakit kepala menghantui.huhu.

Amboi panjang betul permulaannya Cik Nor. Sebenarnya minggu lepas Cik Nor ke Kuala Lumpur atas urusan kerja. Perginya hampir seminggu jer. Hehe. Tapi masalahnya Cik Nor sukar sikit untuk makan. Bukan nya tempat Cik Nor stay tu xde jual makanan tapi semuanya gerai makan mamak. Cik Nor kureng sikit kalau makan kat kedai mamak. Tak tahu la kenapa. Hehe.

Kat Kuala Lumpur ni bersepah kedai mamak, nak cari kedai makan orang melayu memang sukar sikit. Kalau ada pun kedai keluar jauh sikit la. Alternatif  terbaik kalau tak jumpa makanan yang di idamkan , fast food la jawapanya. Walaupun fast food tidak baik untuk kesihatan tapi itu sahaja pilihan yang Cik Nor ada. Mesti korang tertanya-tanya kat mana Cik Nor stay semasa di Kuala Lumpur. Cik Nor stay di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Tu yang macam susah nak cari makanan yang diidamkan.

Korang pula macam mana?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...