KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Thursday, September 29, 2016

Krisis Air Memang Menyiksakan

Sumber gambar dari pakcik google


Assalamualaikum...

Ingat malam tadi nak updates blog tapi banyak hal punya pasal terpaksa jugak sekang mata jap untuk menulis entry tak seberapa ni. Jeling pageview nampak dah turun.hehe

Berbalik kepada tajuk, Cik Nor ingatkan negeri luar jer ada krisis air. Rupanya Kelantan pun sama. Sekejap ada sekejap tak ada. Kalau ada, airnya hanya Allah yang tahu. Airnya kuning macam air sungai. Macam air teh yang belum dimasukan susu begitulah ibaratnya.

Pagi semalam punya cerita, bangun solat subuh tiba-tiba air slow dan terus tiada. Turun bawah ambik wuduk, kemudian turun balik nak masak bekal. Rilek jer masak bagi orang lain mandi dulu. Sampai turn Cik Nor air tangki habis. Adoii..lama gak fikir..sekali baru teringat paip air kat luar rumah. Pergi buka ada  air walaupun perlahan. Awal-awal lagi dah mention officemate takut lambat masuk pejabat sebab nak tunggu air penuh 1 baldi lama jugak. Nak g mandi kat pejabat kunci pejabat kat orang lain. Bertabahlah menunggu air penuh 2 baldi.

Saat beginilah baru Cik Nor tahu perasaan orang yang tempatnya selalu tiada air. Memang amat menyiksakan. Nasib rumah 1 tingkat, kalau dok flat memang menangis la. Oleh yang demikian jimat lah air selagi boleh. Pesan khidmat masyarakat ini khas dari Cik Nor untuk pembaca blog tersayang­čśŐ.

Monday, September 26, 2016

Rezeki Tak Diduga


Assalamualaikum..

Hoho...2 hari sekali baru nampak entry baru kat blog Cik Nor. Ada orang perasan ke Cik Nor updates blog ke tak?hehe. Blogger picisan macam Cik Nor mana orang ambik tahu pun. Kan..kan..kan?

Dah-dah Cik Nor tak payah merapu panjang-panjang. Go straight to the point. Berbalik kepada gambar di atas. Cik Nor bukan nak menunjuk yang Cik Nor beli perfume De'xandra tapi Cik Nor dapat hadiah. Hadiah? Ya hadiah dari blogger Eraz buat contest share and win kat facebook. Cik Nor apa lagi kerja senang. Join jer la. 

Oopss..lupa nak bagitahu yang Eraz ni pengedar perfume De'xandra di Kota Bharu, Kelantan.  Kepada yang berminat mendapatkan perfume De' xandra ni boleh la klik link yang Cik Nor bagi kat atas tu. Tolong promote sikit.hihi.

Tunggu jugak pengumumanya pemenang tapi macam hampa. Malas nak berharap takut kecewa. Hehe. Tiba-tiba terima facebook masseger, tahniah anda salah seorang pemenang contest share n win De'xandra perfume. Masa tu perasaan tak terkata happy nya. Minggu lepas Eraz datang hantar hadiah kat pejabat Cik Nor. Cik Nor dapat haruman Britney Spears Fantasy. Sempat Cik Nor beli yang botol kecil haruman Gucci Floral. Bau nya kekal sepanjang hari. Harga murah tapi perfume bertaraf antarabangsa.

Apa-apa pun, terima kasih yer Eraz. Lain kali nak join lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...