KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Friday, August 26, 2016

Blogger Jangan | Diva




Assalamualaikum..

Wah..belek-belek blog rupanya dah bnyak hari tak updates blog. Nak buat macam mana Cik blog busy dengan kerja hakiki. Terpaksa la utamakan kerja hakiki kerana itu punya rezeki Cik Nor.

Duni blogging ni banyak cabarannya. Kalau tak kuat mental boleh tutup blog. Betul tak? Dulu ingat la masa mula-mula jadi blogger memang dah nk give up sebab bila buat entry baru tiada siapa yang sudi singgah. Biasalah kan blogger baru apa lah sangat. Tiada apa yang boleh di banggakan. Tapi sekarang ni alhamdulillah blog Cik Nor mula dikenali ramai walaupun blog Cik Nor masih di peringkat picisan.

Apa yang Cik Nor perhatikan sekarang ramai blogger yang ber ' lagak diva. Kita ni hari- hari la dok singgah blog dia komen. Dia 1 pun xpernah nak komen blog kita. Bukan nak mengharap balasan tapi kemesraan dikalangan blogger tu penting. Kadang -kadang blogger ni boleh jadi kawan. Ada ketika nya boleh jadi lawan. 

Cik Nor xnak lah jadi diva. Cik Nor nak jalinkan persaudaraan mesra dikalangan blogger.  Kalau kita berlagak susah kita nak mintak tolong. Kekadang dalam dunia blogger xsemua kita boleh buat sendiri. Betul tak?

Ini bukan nak mengata sesiapa tapi ini sekadar luahan dari apa yang Cik Nor perhatikan sejak menjadi blogger. Mesra dengan sesiapa sahaja itu penting jika mahu menjadi blogger yang di kenali ramai. 

Sekian bebelan untuk hari ini.😀

Monday, August 22, 2016

Warning!!!


Assalamualaikum..

Fikir punya fikir nak updates apa mlm ni. Sekali terfikir pasal satu perkara ni. Dah lama sangat Cik Nor perhati tapi malas nak luahkan. Malam macam ada masa sikit nak membebel. 

Perkara apa? Pasal followers baru ni hah. Cik Nor nak marah ke nak gelak pun tak tahu la. Dia follow blog Cik Nor then dia nak suruh Cik Nor follow balik blog dia. Apa yang Cik Nor hangin bila cari link blog dia xde pulak. Habis nak follow balik macam mana? Tell me how??? Tengok kan Cik Nor dah speaking London.

Meh sini Cik Nor nak habaq kat orang yang baru follow blog Cik Nor.. Cik Nor dah sedia kotak komen bawah setiap entry dan chatbox. Apa salahnya kalau korang rajin-rajinkan tangan sikit untuk tulis link korang yang betul supaya senang Cik Nor follow balik blog korang.

Ni tidak...mudah betul meroyan nak unfollow Cik Nor. Tahulah sekarang dah ada butang unfollow. Jangan cakap hakak xpayung yer! Satu lagi jangan cakap Cik Nor sombong eh xnak follow blog orang lain. Silap anda jugak xbagi link blog yang betul.

Sekian untuk kali ini. Ini bukan nak marah cuma peringatan mesra dari empunya Cik Nor Blog.



Sunday, August 21, 2016

Dato' Lee Chong Wei | Kalah Di Olimpik Tapi Menang Di Hati Rakyat Malaysia

Gambar  dari pakcik google

Assalamualaikum..

Perghh.. malam tadi pergi je mana-mana kedai atau rumah semua tonton siaran langsung perlawanan badminton akhir di antara Dato' Lee Chong Wei vs Cheng Long. Betul tak? Korang salah seorang kan?hehe

Cik Nor tak tengok sebab keluar pergi Wakaf Che Yeh. Nak kena tukar baju tidur yang Cik Nor beli malam semalam. Sebab apa tukar? Tunggu entrynya yer.hihi

Balik rumah perlawanan dah tamat dan keputusanya Malaysia mendapat tempat kedua. Cik Nor tak kecewa malah berbangga dengan LCW. Dia dah berusaha bersungguh-sunggu bermain untuk mendapatkan pingat emas namun sudah tersurat pingat perak digenggaman.

Apa-apa pun tahniah LCW. Kami rakyat Malaysia bangga dengan kamu. Tidak pernah kenal erti putus asa. Kepada yang kutuk-kutuk kekalahan LCW apa kata korang pulak yang g main badminton ganti LCW. Cik Nor nak tengok korang boleh tak sampai ke tahap LWC.

Itu jer nak merapu hari ni. hehe. Sekali lagi tahniah Dato' LCW dan seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa setia menyokong sukan badminton dan Dato' LCW.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...