KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Saturday, August 13, 2016

Jangan Pandang Sinis


Assalamualaikum..

Asal hari minggu jer kalau singgah blog Cik Nor confirm tak ada entry baru. Biasalah kan cik empunya blog liat sikit nak updates blog kalau dah balik kampung.hihi

Gambar kat atas tu tak ada kaitan dengan apa yang Cik Nor nak ceritakan ni. Saja je nak meriahkan enry je. Jangan terkejut pulak.hihi. Semalam Cik Nor pergi la Secret Recepi nak beli ke harijadi untuk anak buah. Mavam biasalah pakaian Cik Nor, jeans buruk, tshirt, cardigan, tudung sarung dan selipar jepun. Tengah tunggu kek siap deko Cik Nor duduk la kat meja lepak-lepak. Ada sorang pakcik tu pandang sinis jugak la kat Cik nor. Pandang Cik Nor macam something wrong jer. Cik Nor buat tak tahu jer. Dalam hati Cik Nor, ingat orang tak mampu ke nak beli sebiji kek SR. Tahula pakaian dia high class. Tapi janganlah pandamg Cik Nor macam tak ada duit. Dah siap kek deko, Cik Nor bayar untuk sebiji kek chocolate indulgence dan 1 slice kek red velvet. Tercegang jugak dia tengok Cik Nor beli kek banyak. Dia beli slice jer. Huhu.

Cik Nor pun pernah juga pandang sinis kat seorang apek ni. Dia masuk bank dengan bau getah sekerapnya. Ingatkan apek ni tak berduit. Tapi...hambik ko sekali simpan rm5k ko. Cik Nor pakai lawa-lawa n wangi-wangi simpan seratus jer.haha.  Itulah orang kata.. dont judge a book by it cover. Betul tak korang semua?

Wednesday, August 10, 2016

Hasil Dari 'Event'


Assalamualaikum...

Susah bebenor nak updates blog sekarang. Asal naik taip entry mesti ada yang menghalang.hihi. Ada ler..penyakit 'm'. Penyakit ni memang tiada ubatnya. Malam ada sikit rajin maka menulis lah Cik Nor.kihkih.

Harap maaf ler gambar tu tak rotate. Saja nak suruh kepala korang teleng jap.hihi. Huh jahatkan Cik Nor ni. Berbalik kepada gambar di atas, barang- barang tu Cik Nor dapat masa g event tempoh hari. Event mana satu? Event yang Ni. Baca tau. Eh Cik Nor ni paksa orang baca pulak. Sukahati orang la nak baca ke tak.hihi.

Masa bawa balik barang-barang tu, roomate macam jeles la jugak sebab Cik Nor selalu bawa balik barangan free. Cik Nor macam biasa la cakap...rezeki terima jer la.hehe. Cik Nor masak xguna pun barang-barang kat atas tu. Last sekali bawak balik kat mak suruh dia guna. Cik Nor masak jugak tapi guna bahan-bahan biasa jer.  Gamak kalau Cik Nor guna bahan kat atas tu untuk masak, tamat tempoh pun belum tentu habis lagi.hihi

Ok lah idea dah habis. Stop dulu lah yer😊

Monday, August 8, 2016

Hadiah Open House 2016


Assalamualaikum..

Tengok tajuk mesti orang ingat Cik Nor dapat hadiah masa g open house. Huh..silap tu. Saperla nak bagi hadiah. Dah bagi makan free nak bagi hadiah pulak. Xde makna nya.haha

Begini ceritanya. Minggu lepas, last minute punya planning. Walaupun bulan  syawal dah berakhir kami adik beradik tetap sepakat nak buat jugak open house. Kakak Cik Nor as a leader in this open house. Waktu-waktu kritikal begini ada pula tragedi yang menimpa. Kakak ipar dia kena serangan strok sehingga menyebabkan koma. Pada mulanya doktor menyarankan agar dia dibedah untuk membuang darah beku dikepala. Namun keadaan nya yang tidak stabil menyebab doktor membatalkan saranan tersebut kerana peratus untuk hidup hanya 10%. Petang Jumaat beliau dibawa pulang ke rumah. Setelah 2 hari bertarung untuk hidup akhirnya pukul 5pagi hari sabtu beliau menghembuskan nafasnya terakhir. Takziah..al- fatihah

Berbalik kepada cerita Cik Nor pasal open house. Oleh kerana kakak sibuk uruskan kakak ipar dia, maka malam jumaat tu Cik Nor la yang ambik alih tugas dia. Hambik ko..pukul 4pg baru tidur. Esok nya pagi2 lagi dah bangun coz majlis bermula selepas solat jumaat. Non-stop buat kerja sambil berdiri..ke hulur ke hilir maka terimalah padahnya. Kaki dah krem, nak tidur malam pun xlena coz kaki berdenyut dah macam dah bengkak.

Esoknya pula...kakak terpaksa bertolak awal pagi ke Thailand kerana kakak iparnya akan dikebumikan disana. Maka keseorangan Cik Nor mengemas sampai siap coz esoknya Cik Nor dah kerja. Adik Cik Nor pulak awal-awal lagi dah balik. Adoii. Akibatnya pagi ahad tu Cik Nor rasa tak larat dan tak boleh g kerja. Menyerahlah Cik Nor ke klinik yang berhampiran dan dapatlah hadiah yang kat atas tu.hehe



Sunday, August 7, 2016

Hasil Kolaborasi


Assalamualaikum..

Alahai..ingat nak maintain menulis blog satu hari satu entry. Tapi kecundang jua bila balik kampung. Dengan line nya slow macam siput tambah pula idea non hadoo. Terperap jugaklah gambar-gambar dalam gallery.huhu

Kolaborasi dengan siapa Cik Nor? Dah macam penyanyi la pulak kan.hihi. Cik Nor kolaborasi dengan PR News. Di mana dia menggunakan blog Cik Nor untuk memaparkan berita terkini didalam dan diluar negara. Di samping itu juga dia mempromosi blog Cik Nor diseluruh negara. Lebih kurang macam exchange link jugalah.

Hasil yang begitu mengujakan. Pageview blog Cik Nor naik mendadak. Kalau dulu nak capai 100 pageview setiap hari memang payah. Sekarang walaupon tak updates entry setiap pageview tetap tinggi dan kadang-kadang tu hampir mencecah 1k.  Begitu menakjubkan hasil kolaborasi ini. Tak siap berkolaborasi dengan PR News.

Korang kalau nak pasang jugak iklan ni bolehlah letak email address dan link blog dalam kotak komen dibawah ini. Kat mana Cik Nor letak iklan tu? Di bawah bloglist dengan tajuk news.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...