KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Thursday, August 4, 2016

Katanya Nak Buat Kek Hokaido


Assalamualaikum..

Malam tadi ingat nak updates blog. Tapi asyik menyembang dekat whatsapp hilang idea nak tulis apa.hihi. Nak upload gambar lain yang ditekan gambar lain. Terus down nak upload.😣

Tajuk ntah apa-apa kan Cik Nor ni. Alah..tak ada idea la pagi-pagi ni. Korang layan jer.biasa lah blog merapu. Hehe. 2 minggu lepas kakak whatsapp suruh beli kan tepung gandum paling halus a.k.a tepung superfine. Katanya nak buat kek hokaido. Maka bila kawan-kawan ajak keluar makan kat KB Mall Cik Nor ambil kesempatan untuk cari sekali tepung superfine tu. Alhamdulillah...rezeki..ada jual kat pasaraya dalam KB Mall tu.

Yang jadi persoalanya sekarang, dah jadi ke ke hakaido tu. Jawapan tidak. Kenapa? Minggu lepas Cik Nor tak balik sebab ada event petang Jumaat. Maka jadilah kek hokaido dalam bilik Cik Nor. 2 minggu dok terperap dalam bilik sewa Cik Nor ni. Minggu ni baru nak balik kampung. Tunggu yer keputusannya.kihkih

Entry yang Cik Nor tulis pasal kek hokaido ada di Sini

Monday, August 1, 2016

Produk Althea | Althea Turns 1

Assalamualaikum..

Dah lama nak tulis pasal produk yang Cik Nor beli kat Althea ni tapi tak berkesempatan. Malam ni paksa juga tangan ni untuk menulis dan otak ini untuk mengeluarkan idea. Kalau ada ayat yang merapu harap maklum.hehe


Hello peach-hand& nail cream with 12 types natural plant extracts

Hambik ko panjangnya nama losyen ni. Memang berbaloilah dengan nama panjang dia tu. Cik Nor suka bau dia. Bau buah peach yang soft. Losyen sangat effektif sebab senang menyerap dalam kulit. Tiubnya kecil dan mudah dibawa kemana-mana.


Inila kesemua barang yang Cik Nor shopping hasil dari voucher yang diberikan. Berbaloikan. Jimat duit nak beli barang makeup.kihkih.

Witch's pouch radiant tint-lipstik

Nie pula lipstik ala-ala k-pop gitu. Kalau pakai dia rasa nak telan jer lipstik tu sebab dia rasa macam buah. Yang paling warna dia tahan lama even selepas mandi warna dia masih berkekalan. Macam bibir artis k-pop tu.


Witch's pouch two way cake

Yang ini pula bedak compact dia. Sekali pakai terus jatuh hati. Kalau tak percaya jangan lupa cuba sendiri yer.😊


It's my- lip& eye remover

Wah, Cik Nor tak lupa nak beli penanggal makeup. Biasalah kan walaupon Cik Nor tak nakeup tebal bedak dan lipstik tetap jugak tepek kat muka. Kadang-kadang kita cuci menggunakan foam pencuci muka belum tentu semuanya tanggal. Solution gunalah makeup remover


                  Innisfree - jeju volcanic pore scrub foam

Perghh.. ni paling best guna. Skrub muka dari lumpur gunung berapi. Cara pakai dia mudah sahaja. Picit sikit kat tangan then gosok sehingga dia hampir kering. Kemudian cuci muka menggunakan air suam. Hasilnya memang menakjubkan. Kulit tegang menawan.


Innisfree- green tea mint fresh shampoo

Last sekali syampoo. Campuran green tea dengan mint memang superb. Bau dia memang lain macam sikit tapi hasil mengagumkan. Kepala terasa sejuk dan terasa lembut dan terurus. Memang puashati menggunakannya.

Cantik tak teknik mengambil gambar cara Cik Nor? Kihkih

Sunday, July 31, 2016

Kebun Bunga Mak

Kebun| bunga

Assalamualaikum..

Malam ni hati nak menulis tapi otak blur nak tulis apa. Belek2 gallery jumpa gambar bunga yang mak tanam. Sebut mak..alahai..rindunya kat mak. Minggu lepas xbalik sebab ada event. InsyaAllah minggu balik.

Hamboi panjang pulak celoteh ko Cik Nor. Lain gambar ko bagi lain cerita yang ko tulis.huhu. Mak Cik Nor memang rajin tanam pokok bunga. Setiap minggu kalau pergi pasar tani ada jer pokok bunga yang dia beli. Kalau harapkan Cik Nor tanam rumput dengan lalang boleh la. Haha

Gambar ni dia yang suruh ambik dan hantar kat adik Cik Nor yang perempuan...dia suruh tunjuk bunga yan tengah kembang tu. Korang ingat tak tempat yang Cik Nor photoshoot raya tu. Ini link dia SINI. Yang bunga-bunga banyak tu kebun mak la. Korang tanya mana kebun bunga Cik Nor kat mana? Yang korang nampak rumput  panjang beserta lalang itulah kebun bunga Cik Nor. Kihkih

Korang suka tanam bunga apa yer? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...