KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Saturday, July 30, 2016

Cabaran Raja Kuah Knorr Kini Bermula

Pernah dengar produk Knorr tak? Apa tak pernah? Nampak nau menipunya kan.hehe. Sejarah Knorr ni bermula pada tahun 1838 oleh pengasaskan Carl Heirich Knorr dan berkembang sehingga ke abad 21 dengan pelbagai produk seperti stok ayam, knorr pasti sedap dan pelbagai lagi. Knorr adalah salah satu jenama makanan terbesar di dunia dijual di lebih daripada 87 buah negara di seluruh dunia.

Semalam 29/07/2016( Jumaat) telah berlangsungnya Cabaran Raja Kuah Knorr peringkat Zon Timur (iaitu peringkat ke 3) yang berlansung di Nirwana Maju, Kubang Kerian, Kelantan. 2 peringkat sebelum ini telah berlangsung di Shah Alam, Selangor pada 17 April 2016 dan di Johor Bharu, Johor pada 15 Mei 2016. Setiap peringkat untuk Cabaran Raja Kuah Knorr akan mempunyai 10 orang peserta. Hanya juara setiap peringkat akan mara ke peringkat seterusnya iaitu peringkat akhir yang akan berlangsung di Klang, Selangor pada tarikh yang akan ditentukan kelak.
Di peringkat Zon Timur ini 10 orang peserta telah mengambil bahagian. Jangan kata orang pantai timur sahja boleh menyertai peringkat zon timur ini , seluruh Malaysia pun boleh menyertainya kerana ianya mengikut kesesuaian masa peserta. Senarai peserta peringkat ini, tempat asal dan menu masakan mereka adalah seperti berikut :
1. Suzaini Sulaiman (Selangor) - Patin Salai Masak Lemak Variasi Knorr
2. Taibee Hamdan ( Sarawak) - Lagenda Kari Ayam
3. Hajijah Bakir ( Sarawak) - Udang Kicap H & H
4. Noraziah Salleh ( Kuala Lumpur) - Ikan Masak Lemak Kedondong
5. Mohd Sharifuddin Saleh ( Melaka)- Daging Gunting Kari Beriani Citarasa Knorr
6. Rabiah Sulaiman ( Selangor) - Masak Lemak Ayam Cendawan Knorr
7. Mohd Hilmi Mohd Alias Ahmad ( Kedah) - Masak Lemak Ayam Salai bersama Pucuk Ubi ala Knorr
8. Salina Ismail ( Terengganu) - Ketam Merah Kari
9. Mohd Hanif Othman (Selangor) - Masak Lemak Wangi
10. Nazura Zainal Abidin (Selangor) - Satey Gulung Knorr Berkuah Kari Knorr

Pemenang dipilih berdasarkan kriteria permarkahan seperti berikut : 
1. 60% - juri
2. 30% - persembahan
3. 10% - kebersihan.
Alah...macam korang tengok pertandingan memasak kat televisyen tu lerr. Hehe
Mereka semua di adili oleh Chef Selebriti, Chef Mohd Johari Idrus, Chef Professional UFS Mohd Hadzrin Mohd Din dan Blogger Kelantan, Puan Ruzita Idias Ismail.
Tujuan Cabaran Raja Kuah Knorr di adakan buat pertama kalinya di Malaysia ialah untuk memperkenalkan produk Knorr tanpa MSG dan menjimatkan kos pengguna. Ianya juga di anjurkan untuk mencari juara di kalangan peniaga gerai kaki lima dan juga para suri rumah. 

Juara untuk peringkat ke 3 di menangi oleh Mohd Hilmi Mohd Alias Ahmad yang membawa pulang wang tunai bernilai RM 5,000.00, barangan dapur komersial bernilai RM1,000.00 dan hamper penaja bernilai RM500.00. Manakala tempat ke 2 pula dimenangi oleh Mohd Sharifuddin Saleh yang membawa pulang wang tunai bernilai RM 2,500.00, barangan dapur komersial bernilai RM1,000.00 dan hamper dari pihak penaja bernilai RM500.00. Tempat ke 3 pula di menangi oleh Salina Ismail yang membawa pulang wang tunai RM1,000.00, barangan dapur komersial bernilai RM1,000.00 dan hamper dari pihak penaja bernilai RM500.00

Untuk hadiah saguhati pula peserta mendapat barangan dapur komersial bernilai RM400.00 dan hamper dari pihak penaja bernilai RM300.00

Cabaran Raja Kuah Knorr ini di taja bersama oleh peralatan dapur komersial Butterfly, jenama santan dan kicap Harmuni.

Buat rakan-rakan blogger terima kasih kerana sudi bekerjasama dengan Cik Nor.😊



Corat-coret sekitar majlis.  


Buat peserta peringkat ke 4 di Alor Star, Kedah( 3 September 2016) selamat berjaya. Jumpa di peringkat akhir nanti yer.

Thursday, July 28, 2016

Open Review


Assalamualaikum

Tengok tajuk bukan bahasa inggeris. Bila baca isinya bahasa melayu daa. 

Berbalik kepada tajuk di atas, sebenarnya dah lama Cik Nor nak buka offer untuk review tapi la kan traffic tak power sangat. Sekarang traffic alhamdulillah sudah ada peningkatan dari sebelum ini.

Untuk permulaan ini Cik Nor nak cuba-cuba dulu. Jika ada yang sudi yang nak buat review kat blg Cik Nor. Tak kisah lah blog review, produk review dan sebagainya. Harga jangan bimbang boleh dirunding sehingga puas hati.

Sekiranya berminat bolehlah email ke : nieza80my@gmail.com

Monday, July 25, 2016

Hari Jumaat | Pasar Tani

 Assalamualaikum...

Hujan-hujan macam ni idea macam tepu jap. Tak tahu nak updates apa. Cari punya cari, korek punya korek jumpa la gambar yang Cik Nor ambik masa g pasar tani tempoh hari. Adalah juga idea nak updates apa kat blog. Kalau ikutkan mata memang nak tidur dah tapi sebab nak maintain kan pageview blog Cik  Nor korbankan ngantuk itu. Cewaah.. kemain lagi kan Cik Nor.

 Mesti korang tertanya-tanya apasalah Cik Nor ni, orang pergi pasar tani beli sayur. Dia beli binatang peliharaan la pulak. Hihi. Sebenarnya macam ni, adik Cik Nor ada bela itik serati secara kecik-kecilan maka kalau nak cari anak itik serati kenalah datang pasar tani. Kat sini biasanya ada satu tempat yang jual bermacam-macam binatang peliharaan. 


Maka tiap-tiap minggu juga lah Cik Nor pergi pasar tani untuk mencari anak itik serati. Cik Nor bukan g sorang tapu dengan mak Cik Nor. Cik Nor bukan kenal pon mana itik serati mana pula itik biasa. Kalau orang itu pun Cik Nor percaya.hehe.  Mak Cik Nor la yang uruskan semuanya, Cik Nor jadi driver jer.hehe



 Hasil tangkapan Cik Nor sementara menunggu mak berurus niaga. Tangkap gambar pon main hentam jer. Janji ada gambar jer labu. Bukan nak review ke apa. Just nak cerita dalam blog jer.hehe. 

Korang g pasar tani beli apa yer?

Sunday, July 24, 2016

Kad Raya 2016


Assalamualaikum..

Raya kan sebulan so, kalau Cik Nor updates pasal raya-raya boleh lagi kan? Tak de orang marah kan? Marah ler marah ini blog aku yang punya. Suka hati aku ler nak tulis pasal apa.haha

Tahun ni tak banyak Cik Nor dapat kad raya daripada blogger. Alhamdulillah.. ada juga yang masih sudi menghantar kad raya untuk Cik Nor. Kad raya pertama diterima dari Blogger Shida Ridzuan. Kad raya ni diterima sebelum hari raya. Terima kasih Shida sebab selalu ingat dan hantar kad raya untuk Cik Nor.

Kad raya yang ke -2 dan ke -3 diterima dari Abe Kie. Kad raya sempena pengomen tegar di blog beliau. Thank yer Abe Kie. Kad yang terakhir dari Kak Fuza. Kad suprise dari akak. Tak sangka akak masih simpan alamat saya. Apapun Cik Nor doakan moga akan sekeluarga chat walafiat selalu. Aamiin. Maaf akak Cik Nor baru tahu kenapa akak menghilang. Thanks for your kad raya. 

Terima kasih kepada ketiga-tiga blogger.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...