KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Saturday, July 23, 2016

Rezeki Jangan Ditolak


Assalamualaikum...

Dikala hujan renyai-renyai rasa macam nak menulis blog. Maka mencarilah bahan untuk tulis apa. Cari punya cari maka terjumpalah gambar kurma ni. Terbitlah idea nak updates pasal ni.

Mesti korang tertanya-tanya ada apa dengan bekas kurma tu. Ni lah nak cerita. Sebenarnya kurma tu suppliers aircondition bagi kat bos Cik Nor sebelum raya lagi tapi dia biar jer dalam bilik kat pejabat. Aishh..tak boleh jadi ni. Kan lama-lama rosak pulak kurma tu.

Kebetulan lepas raya tu Cik Nor puasa..terdetik pulak nak mintak nak buat buka puasa. Ragu-ragu jugak nak mintak. Cekalkan hati jugak mintak. Alhamdulillah..bos bagi. Cik Nor apa lagi rezeki jangan ditolak. Thank you bos..bagi kurma mahal kat Cik Nor. Hehe

Friday, July 22, 2016

Rezeki Puasa Sunat 6


Assalamualaikum..

Petang-petang Jumaat yang nyaman  terasa macam ada idea nak updates blog. Ceh..ayat kemain lagi Cik Nor. Macam ayat dalam novel la pulak kan. Nak buat macam mana nak jadi penulis novel xdapat. Jadi penulis blog je mampu.hihi

2 minggu lepas Cik Nor join satu GA ni. Sebenarnya dah lama Cik Nor xjoin GA or segmen sejak ada penyakit M. Oleh kerana orang invite tak sampai hati la pulak nak tolak. Maka join la jugak GA oleh Vetovirago. Manakala link penyertaan dia kat SINI. So,untuk memeriahkan GA tu maka Cik Nor join la.

Rezeki Allah tiada siapa yang tahu. Cik Nor pelik dah kenapa ada remind dari penganjur. Cik Nor ni kan jarang sangat tengok result kalau join GA or Segmen. Dah ada remind maka Cik Nor check la. Tak sangka ada rezeki Cik Nor dapat hadiah tempat ke-2. Alhamdulillah. Terima kasih kepada penganjur kerana invite Cik Nor.

Wednesday, July 20, 2016

Giveaway Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart DD Cosmetic Di Mialiana. Com



MINYAK WANGI BRAVEHEART


Braveheart merupakan minyak wangi lelaki khusus untuk memberi motivasi golongan ini supaya berani berhadapan dengan kehidupan, kenyataan dan segala kemungkinan.

Ia tampil menguasai seluruh jiwa pemakainya. Membangkitkan iltizam seorang lelaki  yang sempurna. Haruman penuh imaginasi. Gandingan aroma anggur yang menggiurkan, membawa mesej tersendiri pada diri pemakai. Haruman ini membawa dimensi baru untuk lelaki urban yang masih tersimpan ke jiwa kedesaannya. Ekstrak anggur, musk dan casmerewood memberi percikan nota-nota haruman yang penuh maskulin dan ikonik.

Komposisi segar ini mampu memperkasakan penampilan jejaka yang memakainya. Gabungan ramuan inilah yang diperlukan setiap lelaki hebat dalam misi berinspirasi. Lelaki di sebalik Braveheart berjiwa pelindung, gagah, penuh wibawa dan kekal romantik.



MINYAK WANGI SWEETHEART


Haruman yang telah memukau ribuan pencinta dan pengumpul minyak wangi. Diinspirasikan dengan bau tumbuhan dan boleh dibawa solat.

Sweetheart digambarkan ibarat semanis bayangan wajah, kesempurnaan dan keanggunan. Haruman ini dirumus khas dengan pati segar yang memukau kalbu berunsur haruman terpilih seperti vanilla, rose, buah plum dan mandarin.

Aroma sweetheart menjanjikan kepuasan, keseronokan dan keindahan. Setiap nota haruman ini memberikan keasyikan berbeza. Vanila mengusik peribadi pemakai dengan gaya feminin. Manakala mandarin melayangkan kesegaran, menitip kecergasan. Nota haruman buah plum membangkitkan energi dan kemanisan.

Kelebihan & Keunikan Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart

Minyak wangi keluaran DD Cosmetics diinspirasi dengan bau tumbuhan dan semulajadi serta boleh dibawa solat. Pati minyak wangi Braveheart dan Sweetheart diimport dari Paris. Kemudian, ekstrak haruman ini diformulasikan mengikut kesesuaian dan cita rasa pengguna Malaysia. 

Haruman ini mampu bertahan 12 hingga 24 jam sehari dan bergantung dengan aktiviti yang dilakukan.

Harga mampu milik juga ditawarkan kepada pengguna iaitu hanya RM49.90 sebotol yang berukuran 30 ml manakala untuk Sabah Sarawak hanya RM59.90.

PEMBELIAN SECARA ONLINE VIA STOKIS KERINCHI – KIOSK ONLINE TERMURAH

Kerinchi.com merupakan pemborong, pengedar dan penjual online pelbagai produk kecantikan, kesihatan bagi Putrajaya, Bangi, Sepang, Salak Tinggi, Puchong, Kajang, Seri Kembangan dan seluruh Malaysia.

Antara produk kesihatan dan kecantikan yang dijual di Kerinchi.Com ini ialah D’Herbs, V’Asia, Jamu Ratu Malaya, Tropica Bioherbs, Jamu Jelita, Jamu Ratu Dara, Jamu Mirafica Plus dan DD Cosmetics

Instagram : @KerinchiDotCom
WhatsApp: 018-233 1211


DD Cosmetics sangat mengalu-alukan mereka yang berminat untuk mendaftar menjadi stokis dan ejen. Sebarang pertanyaan mengenai produk boleh hubungi:-

WhatsApp: 019-2018 014





SILA JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT
  1. Umur anda? 36 tahun 
  2. Jantina anda? ( Perempuan)
  3. Saya patut dipilih oleh DD Cosmetics dan seterusnya bersetuju untuk membuat entri review minyak wangi Braveheart / Sweetheart berdasarkan pengalaman saya kerana  suka mengumpul pelbagai jenis minyak wangi tak kira harganya murah atau pun mahal. Saya juga suka mencuba minyak yang baru untuk kelainan baunya.(sila berikan jawapan anda)

Giveaway Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart DD Cosmetics Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 19 hingga 29 Julai 2016 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama DD Cosmetics dalam mencari 15 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

Happy Birthday Althea - #Althea Turns1



Assalamualaikum..
Mesti korang pelik kan hari semua orang dok kecoh-kecoh pasal kotak pink ni kat laman sosial especially IG dan FB. Dari mana dapat kotak pink ni?Ni la Cik Nor nak cerita..tunggu tau cerita Cik Nor tak kira lah panjang ke pendek.haha
Wah tengok kotak tu pun dah teruja. Cantik sangat kan. Sebenarnya kotak-kotak pink ni semuanya dari Althea. Apa itu Althea? Althea ialah gedung shopping online bagi produk-produk dari Korea. Sekali lagi yer..dari Korea a.k.a K-pop.hehe. Jangan korang tak tahu yer..kalau kita order ni produknya akan dihantar terus dari Korea tak ada branches kat Malaysia. Teruju kan dapat parcel dari oversea.
Wah..tak sangka Althea dah setahun rupanya. Diam-diam jer dia beroperasi. Tahu-tahu dah setahun.Memang terbaiklah Althea. Chaiyokk Althea.
Sempena birthday dia yang setahun #turns1Althea mengadakan promosi hebat. Bermacam produk dengan diskaun yang memang tak masuk akal. Murah yang amat. Kalau beli RM150.00 ke atas dapat free shipping. Saper tak nak weh.. Korea tu.
#AltheaTurns1 Instagram Contest 
Got your Althea party kit? Wish us a happy birthday with #altheaturns1 and stand a chance to win amazing prizes such as :
- Macbook Air,
- Ipad Air 2
- iPhone 6S
 - Galaxy S6 Edge
  - Canon EOS M10 Selfie Camera
-Althea credits and beauty hampers from Althea!
- Prizes total worth KRW10,000,000 to be won.
- Contest starts from 20th July - 15th August, 2016.

Jangan lupa join. Hadiah lumayan menanti anda.
 
Birthday Giveaway. Pick 3 Top Sellers for 100% REBATE!
Rebate will be credited into your account.So amazing.
Apa-apa pun Happy Birthday Althea. Semoga terus success dan maju di masa akang datang.

Free Goodies for first 1,500 shoppers
-Full size beauty products. While stocks last. 

Jika korang nak shopping jangan lupa gunakan code : ALTHEATURNS1. Nanti dapat diskaun tau.

Jangan lupa terjah web Althea ni : ALTHEA KOREA

Ini pula cerita di sebalik kotak pink yang diterima seminggu lalu dan tak dibenarkan publish sehingga 20/07/2016 iaitu hari ini..Kenapa tak dibenarkan publish? Ialah kan..nanti tak suprise pulak. Hari kan birthday dia.. ramai-ramai kita wish baru nampak grand sambutannya.hehe. Enam barang yang dapat Cik Nor grab dengan voucher RM150.00 yang dia bagi.

Cik Nor beli lipstik, shampoo, makeup remover, losyen , compact powder dan scrub. Nama-nama dia jangan tanya Cik Nor dah lupa sebab excited sangat dapat produk dari Korea ni. Yang warna hijau kecik tu serum untuk rambut. Dia bagi free jer. Thank you Althea.  

 
Cik Nor tak pandai nak buat video just buat slide macam ni jer. Jangan gelak tau.hehe

#happybirthdayaltheakorea
#turns1

Monday, July 18, 2016

Raya Bersama Family Dari Thailand

Assalamualaikum..

Harap korang jangan marah sebab mood raya Cik Nor masih ada. Maka tak hairanlah entry ni penuh dengan gambar-gambar raya kami. Nak buat macam hobi kami suka bergambar dan selfie tak kira dimana berada.haha. Panjangnya pembuka bicara. Sebelum pembaca ko bosan baik ko straight to the point Cik Nor oii.

Hah..korang jangan ingat kami g beraya di Thailand. Kami dok dirumah jer. Family dari Thailand yang datang beraya ke rumah kami dan siap bermalam lagi. Perghh..meriah rumah Cik Nor malam tu. Family dari Thailand ni sebelah abang ipar. Kiranya yang datang ni anak buah dia la.

Malam first diorang datang, kami disajikan dengan masakan Thailand iaitu somtam dan suki. Somtam mungkin korang selalu dengar. Tapi suki tak pernahkan? Suki ni macam steamboat tu jer tapi dia berkuah dan dihidangkan dengan sos pedas.  Yang mana tak tahan pedas boleh kurangkan pedas. Tapi kalau pedas tak best la pulak makan. Macam pelik kan tetamu datang masak rumah kami. Diorang memang dah plan nak masak kat rumah Cik Nor sebab kat rumah Cik Nor semua kaki makan. Haha



Photoshoot ni kami buat sebelum diaorang bertolak balik pada hari raya ke-4. Bila lagi nak abadikan kenangan macam ni. Raya tahun belum tentu dapat berkumpul macam ni lagi. Kenangan terindah yang tak mungkin dilupakan. Terima kasih kepada semua yang sudi berkunjung ke terantak ayah bonda Cik Nor.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...