KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Thursday, July 14, 2016

Rebut Duit Raya RM50.00 By Cik Akak


Syarat-syarat untuk join
  1. Anda mestilah seorang blogger Malaysia.
  2. Follow blog cik akak.
  3. Tempek banner di atas dalam entri anda.
  4. Letak tajuk "Rebut Duit Raya RM50.00 By Cik Akak
  5. Backlink entri anda di kotak komen entri ini
Giveaway tamat : 25.07.2016 jam 7.00 pagi
Pemenang akan diumum pada 25.07.2016 jam 8.00 pagi
Jom join.. Gud Luck all..:)



Wednesday, July 13, 2016

Photoshoot Raya

Assalamualaikum..

Tajuk entri tak henggat. Dah macam retis ko. Siap ada photoshoot bagai kekonon. Padahal ke laut ko jah.haha. Ini lah kerja kami berdua bila tiada tetamu datang dipetang raya pertama. Idea adik lah ni...ajak Cik Nor bergambar. Cik Nor apa lagi macam orang mengantuk disorongkan bantal la. On jer la.

Nak bergambar jauh-jauh takut ada tetamu datang. Pilihan lokasi terakhir kami ialah depan kebun bunga mak dan jalan raya sebelah rumah. Haha. Kebun bunga depan rumah manakala jalan raya sebelah rumah. See, kalau ada tetamu datang kami boleh tahu. Possing pon kaku macam tunggul kayu ada hati nak buat photoshoot.๐Ÿ˜‚

Ada cerita lawak disebalik photoshoot kami tu. Yang kami shoot kat jalan raya tu la. Asal ada motor lalu mencicit kami ke tepi. Pelik orang pandang kami. Pakai lawa-lawa dok tepi jalan. Kami ignore kan aje. Janji kami dapat shoot yang kami nak. Perhgg.. macam shooting filem la pulak.haha. Berangan nak jadi macam retis xsalah kan. Apa citer raya korang. Meh la share๐Ÿ˜Š


Monday, July 11, 2016

Selamat Bertunang - Hanif & Farhana

Assalamualaikum..

Entry pekasam dah ni. Nak buat macam mana Cik blog cuti time puasa. Maka terperaplah dalam tab.hihi. Majlis berlangsung sebelum puasa. Kalau tak silap 2/6/2016 (hari khamis). Cik Nor tahu last minute. Ingat tak join majlis ni tapi ingatkan dia adik angkat tak lah menghampakan dia.

Mula-mula memang niat tak nak pergi takut bos tak bagi halfday sebab dah banyak kali ambik halfday. So, cakapla kat adik angkat yang Cik Nor tak dapat join majlis dia. Last minute mohon halfday dari bos, alhamdulillah bos bagi kebenaran. Cik Nor balik senyap-senyap tak bagitahu pun dia.

Masa dia whatsapp pagi tu bila Cik Nor cakap xdapat cuti..dia dah lain macam. Cik Nor biarkan jer..malas nak layan.haha

Masa  rombongan dah nak bertolak dia tengok muka Cik Nor ada sekali... nampak ceria muka dia. Masa makan tu sempat lagi dia marah Cik Nor sebab tipu dia. Cik Nor cakap bukan tipu tapi dapat halfday last minute.

Alhamdulillah majlis berjalan lancar walaupun majlis di buat secara sederhana dengan dihadiri oleh sanak saudara sahaja. Yang mana adik angkat Cik Nor? Yang lelaki tu lerr.hehe. Apa-apa pun tahniah Abdul Hanif & Farhana. Jangan bertunang lama-lama banyak dugaan. Cepatla buat majlis.. tak sabar nak makan nasi minyak ni๐Ÿ˜Š 

Bukan Sekadar Blogger #kbba


Assalamualaikum..

Minggu lepas bersama dengan 1 Julai 2016 (Jumaat) Cik Nor telah menyertai penyerahan sumbangan barang keperluan harian untuk menyambut Aidilfitri kepada 3rd  Force Kelantan untuk disumbangkan kepada keluarga miskin yang terpilih. Majlis ini telah berlangsung dengan jayanya di Klinik Primer Cherang, Kota Bharu, Kelantan. 

Idea untuk memberi sumbangan ini tercetus dari dari founder Kelab Blogger Ben Ashaari iaitu Abg Ben dimana beliau membuat kutipan derma dikalangan ahli kelab dan rakan-rakan terdekat. Alhamdulillah..walaupun jangka masa yang singkat kutipannya amat memberangsangkan. Tahniah di ucapkan kepada ahli kelab KBBA.



Semasa penyerahan sumbangan tersebut KBBA diwakili oleh Wan zul a.k.a ayah ji, Eraz dan Cik Nor sendiri. Manakala 3rd force pula diwakili oleh founder nya sendiri iaitu YM Raja Shamrin Raja Hussin. Alhamdulillah majlis ini berjalan lancar.

Banyak pengalaman berharga yang dikongsi oleh Raja Shamrin semasa majls tersebut. Dulu masa kita kecil kita ingat susah sangat sebab g sekolah rendah bawa duit rm0.20 sehari. Bila masuk sekolah menengah bawa rm0.50. Masa tu terasa miskin sangat padahal tahun 80an dan 90an nilai sen amat tinggi. Dengan rm0.50 kita dapat beli sepinggan nasi dan segelas air.

Bila dengar pengalaman abg raja...baru kita tahu kita ni sebenarnya bukan miskin. Ada lagi orang yang lebih daif dari kita. Oleh yang demikian kita harus bersyukur dengan rezeki yang kita perolehi. Disamping itu juga sama-samalah kita bantu orang-orang yang memerlukan  agar hidup kita lebih diberkati. InsyaAllah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...