KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Wednesday, June 15, 2016

Orang Lain Makan Kami Skodeng

Assalamualaikum..

Mesti ada yang pelik kan, malam tadi entry ni dah publish tapi bila tengok hari ni xde pulak entry tu.hehe. Ada masalah teknikal sikit malam tadi sebenarnya.

Tajuk kemain lagi kan. Nak bikin gempaklah tu kan.haha. Abaikan gambar kat tu...orang giler gadjet. Sokmo sibuk walaupun masa nak makan.

Ini pun sama. Dua beranak yang sama-sama giler gadjet.haha. Sampai orang candid pun xsedar.

Mamat ni macam biasa suka ambik gambar candid lepas tu share kat group wasup. Hampess..haha

Oppss...maaf ada juga gambar makanan dalam entry ni. Apa tu? Sotong goreng celup tepung. Maaf la gambar xclear. Ambik gambar tab jer.hehe

Ini pula ikan bakar berempah. Sangat-sangat mabeles. Di cicah pula dengan sambal kicap yang pedas. Habis sekor tu memang ular sawa la jadinya.haha

Hah...pada muka. Asyik ambik gambar orang jer. Sekali dia kena juga😂

Hurmm..inilah padahnya kalau bawa majlis daerah keluar makan. Sapu bersih. Kenapa orang panggil Cik Nor majlis daerah? Sebabnya Cik Nor tukang prabih makanan. Kalau ada makanan yang tak habis maka semua akan Cik Nor habiskan.hihi

Gambar ni Cik Nor dah ready tapi pula xready. Bertabah lah long muka awak  tak ready.haha. Abaikan muka Cik Nor yang dah makin bulat.

Hah...kat sini bermula cerita berkaitan tajuk di atas. Korang nampak kan wanita bertudung hitam tu? Sori gambar kecik sebab takut dia perasaan yang kami skodeng dia. Cik Nor ambik gambar ni buat-buat ambik gambar adik angkat Cik Nor. Cik Nor and the gang macam confius sikit sebab tengok diaorang mesra semacam. Jarang jumpa suami isteri g makan tempat macam ni tak bawak anak-anak kan. Cik Nor rasa diorang ni ada scandal jer sebab kakak tengok diaorang datang naik kereta yang berasingan. Kalau Cik Nor ada husband xde nyer yang keluar naik kereta berasingan..haha

Gambar last ni...yang lelaki tu macam perasan kami dok ambik-ambik gambar dia.haha.  Tengok muka tak puas hati dah tu. Kalau kami terus kan ambik gambar confirm kena sound dengan lelaki tu.haha. Takut lerr tu kami viralkan dia dengan skandal dia lerr tu.haha

Itu lah kisahnya kejadian sehari sebelum puasa.😂

Oochid Bistro - Food Review

Mee Goreng Mamak
 
Assalamuaikum..

Nampaknya puasa tahun ni penuh gambar makanan di entry Cik Nor. Sebelum tiada gambar makanan kalau bulan puasa. Nak buat macam mana nak kosong kan gallery untuk gambar raya pulak.hehe. Melampau lah tu kan. Sebenar banyak gambar g makan tempat-tempat best tapi tak sempat review. Jangan salah sangka yer. Review ni sendiri yer tiada bayaran. Kot-kot la ada yang kata review berbayar ke macam ni? Ohh..tidak ni review dari Cik Nor sendiri yer.

Cik Nor g makan  kat Oochid Bistro ni sebelum puasa lagi. Masa g window shopping kat Aeon Mall Kota Bharu. Cess.. macam banyak duit kan selalu g situ. Window shopping boleh la. Nak shopping memang tak mampu la hakak..hehe. Penat window shopping baru teringat nak makan. Masa tu dah pukul 9.30mlm kot. Baru terhegeh-hegeh nak cari tempat makan. Last-last pilih bistro ni. Malam tu Cik Nor makan mee goreng mamak dan air soya cincau. Mee goreng mamak dia sedap cuma tak pedas la. Kalau pedas memang terangkat la.hehe  
 Air Soya Cincau

Air soya cincau dia sedap sangat. Tak manis sangat. Sedang-sedang sahaja orang kata. Yang penting cincau dia banyak tau..hehe. Harga dia tak mahal dan tak murah standard kopitiam la. hehe. Kalau tak salah mee goreng mamak tu harga dia RM7.98 dan air soya cincau tu RM4.98. Murah ke mahal korang kata?
 

Sempat ambik gambar tisu sebagai bukti Cik Nor dah pernah makan kat sini. Oochird Bistro ni menunya lebih kepada western. Tapi kalau nak makan makanan tempatan pun ada jugak. Makanan western dia best sebab ada pilihan nak grill or goreng. My housemate ramai yang pilih grill sebab dia banyak minya dan baik untuk kesihatan. Kepada yang ke Aeon Mall Kota Bharu dan tak tahu nak makan kat mana. Singgah la sini..memang tak mengecewakan. 

Monday, June 13, 2016

D'Amara Chicken Chop-Food Review

Assalamualaikum..

Mesti korang pelik kan nak baca blog Cik Nor tapi tak der perkataan. Tajuk bukan main lagi Food Review. Tapi ada gambar sahaja. haha. Begini ceritanya..Cik nor dah schedule siap-siap bila nak publish. Ingat malam tadi nak tulis entry nya tapi Cik Nor lemau sangat-sangat , orang g masjid belum balik lagi Cik Nor dah bantai tidur. Itulah sebabnya entry Cik Nor ada gambar sahaja.

  Gambar yang atas tu Grill Chicken Chop. Sangat-sangat mabeles wa cakap lu. Daging ayam yang di grill sempurna dan sangat juicy di tambah pula dengan sos lada hitam yang sangat-sangat sedap. Terasa nak tambah 1 lagi.hehe. Tengok gambar pon memang menyelerakan.


Kami order air carrot susu, epal susu dan untuk Cik Nor Laici Kang. Ermm..sangat puashati dengan air yang disediakan. Tak manis sangat..sedang-sedang sahaja. 

Ni model nasi ayam a.k.a adik Cik Nor. Dia order nasi nasi ayam jer. Katanya nasi ayam tu sedap sangat.Kalau tak sedap xkan habis licin kot..hehe
 
Yang pula adik angkat Cik Nor merangkap driver Cik Nor kalau Cik Nor nak kemana-mana malas nak drive. Dia pun sama taste dengan adik Cik Nor..Order nasi ayam.

Kat mana D'amara chicken chop ni? Kedainya terletak sebelah kiri selepas traffic light Peringat menghala ke Machang. Senang sangat nak kenal kedai dia kerana kedainya berwarna kuning.. Sesiapa yang berada di Kelantan boleh lah cuba chicken chop dan menu-menu lain. Semuanya sedap-sedap belaka.

Total damage untuk semua dalam gambar tu:
1. Grill Chicken Chop
2. Nasi Ayam x 2
3. Laici Kang
4. Carrot Susu
5. Epal Susu
 Semuanya RM 28.00 sahaja

Murah ke mahal?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...