KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Friday, June 10, 2016

Marrighori Cafe -Food Review



Assalamualaikum..

Alahai..tadi dah tulis satu entry. Nie nak draft yang baru pulak. Punyalah lama nak fikir. Susahnya idea nak datang. Macam mana sesetengah blogger boleh tulis 2 3 entry sehari. Cik Nor habis jalan, habis makan baru boleh tulis entry ni.haha

Apa pun  Cik Nor nak mintak maaf sebab publish gambar makanan di bulan puasa ni. Bukan apa memory phone hampir full so kena buang mana yang dah lama. Oleh kerana gambar ni berharga bagi Cik Nor maka Cik Nor abadikan kat sini.

Gambar sebelum puasa lagi tapi tak berkesempatan nak buat entry.   Masa kejadian ni Cik Nor makan di Marrighori Cafe yang beroperasi di Berek 12, Kota Bharu.  Cafe ini berhampiran dengan Restoren Cina Muslim Shahril Low dan berhadapan dengan Kedai Moksu Nab Nasi Air.

Makanan kat sini semuanya ala western. Peminat western boleh la datang sini. Semuanya sedap-sebab belaka. Malam tu Cik Nor cuba chicken chop  nama lain dia Cik Nor tak ingat.hihi. Tengok pada cara hidangan memang sangat menarik. Tapi bila dah rasa..isi ayam tu macam berbau sikit. May be masa Cik Nor makan tu jer kot berbau.  Tapi yang paling Cik Nor suka air coklat dia. Betul- betul kaw. Sangat mebeles wa cakap lu.hehe

Harga korang jangan tanya sebab orang lain bayar. Cik Nor tolong makan sahaja. Harap maklum.hehe

Wednesday, June 8, 2016

Salam Ramadan




Assalamualaikum..

Alhamdulillah...hari masuk ke-2 umat islam seluruh dunia berpuasa. Tapi hari baru Cik Nor bersempatan untuk mengucapkan selamat menyambut bulan ramadan yang mulia.

Nak buat macam mana, sehari sebelum puasa Cik Nor dan keluarga dapat buat kenduri menyambut ramadan. Letihnya memang tak terkata. Memang rushing sangat sebab malamnya nak pergi terawih pulak. 

Kemas-kemas apa yang patut jer. Balik hujung minggu ni pulak sambung kemasa peralatan yang digunakan semasa kenduri. Kalau rajin la.hehe

Apa-apa pun selamat menyambut ramadan. Semoga puasa tahun ini sentiasa dirahmati dan diredhai Allah..aamiin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...