KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Wednesday, June 1, 2016

Telefon Pintar Mampu Milik, ZTE Blade v7 Lite

Assalamualaikum...


Siapa masih lagi tercari-cari lagi telefon pintar mampu milik? Mana ada telefon pintar murah zaman sekarang. Sekurang-kurangnya kena ada RM1k baru boleh milikinya. Jangan kata begitu. Jom Cik Nor kenalkan telefon pintar tersebut.



ZTE jenama telefon yang telah lama bertapak dalam dunia teknologi. Sekarang ZTE makin kukuh dan tersohor dengan keluaran terkini telefon pintarnya iaitu ZTE Blade v7 Lite. Hadir dengan skrin 5 inci...wow memang terbaik. Senang untuk dimasukan dalam kocek seluar jeans.hehe. Sistem operasi yang terkini iaitu Android Mashmallow 6.0. Erm.. terkini dan canggih.



ZTE Blade v7 Lite mempunyai sistem sekuriti  finger print yang mampu membuka kunci dalam masa 0.03 saat. Ini yang semua orang mahukan. Sistem sekuriti yang selamat dan cepat. Lebih-lebih lagi kepada yang ada anak yang masih kecil. Hadir dengan skrin paparan setebal 7.9mm.



Jangan tak tahu sekuriti finger print ni bukan sahaja ada kat bahagian hadapan kat bahagian belakang pun ada yer. Hati-hati kepada pencuri telefon. Anda boleh curi jer, buka memang tak dapat la dengan adanya sekuriti ini.


Pergh...tengok gambar dia memang terbaik. Jelas dan terang macam menggunakan kamera biasa yang canggih. Memang tak rugi beli telefon kerana telefon ini mempunyai kamera hadapan 13 mp dan kamera belakang 8 mp. Telefon Cik Nor 8 mp je rasanya depan dan belakang. Hehe


Kepada kaki-kaki selfie memang sesuai la beli telefon ni. Kenapa Cik Nor cakap sesuai? Korang kena tahu telefon ni kamera dia depan belakang ada flash. Wah macam teruja jer nak beli.  Cik Nor kalau nak selfie mesti kena cari tempat terang, kalau tak gambar jadi gelap sebab kamera depan tak ada flash. Sob..sob


Tidak di lupa kepada kaki-kaki games, memang layanlah sebab memory dalam dia pun dah 16 gb ditambah pula dengan micro sd 32 gb. Memang tak hang la kalau layan games lama-lama. Satu lagi korang jangan tak tahu dia boleh guna 2 sim tau. Satu xde line ada satu lagi boleh cover.hehe


Agak-agak tak puas hati dengan penerangan Cik Nor, ni Cik Nor printscreen spesifikasi terperinci tentang telefon pintar ZTE Blade v7 Lite. Bila tengok spec ni makin teruja lah korang nak beli yer. Cik Nor dengar sekarang telefon ni ada potongan. Harga asal RM699.00 diturunkan kepada RM499.00. Wow...memang betul-betul mampu milik ni. Rugi kalau xdapatkannya.  Nak tahu lebih lanjut boleh klik SINI

P/s: Awak bila nak hadiahkan telefon ni kat saya?hehe

This post is an entry for the InvolveAsia x Lazada MY blogger contest. ZTE Blade V7 Lite and Lazada voucher sponsored by Lazada Malaysia and shopcoupons.

Tuesday, May 31, 2016

Bila Kami Berjimba






Assalamualaikum..

Malam ni ingat malas nak menulis tapi gambar banyak la pulak kat dalam telefon yang nak kena delete. Tak delete memory low la pulak. Terpaksalah jugak kerah idea untuk menulis.hehe. Jangan perasan penulis novel la Cik Nor oii..

Macam pelik jer tajuk entry kali ni. Berjimba tu maksudnya keluar lepak. Kawan-kawan masa kat Uitm suka guna perkataan ni. Nak-nak lagi yang berasal dari Melaka. Tu bukan perkataan pelik atau lucah yer.huhu

Kejadian ni berlaku minggu lepas dan tak di rancang. Tiba-tiba jer housemate ajak keluar. Ingatkan diaorang nak keluar makan-makan jer rupa diorang nak pergi window shopping kat Aeon Mall. Adess..Cik Nor bawak wallet n tab jer. Orang lain semua bergaya bawak handbag. Cik Nor selamba jer macam nak g makan. Tapi memang nak g makan pun tapi sebelum tu cuci mata dulu. Satu apa pun tak beli. Memang betul-betul cuci mata la.haha

Kat mana kami makan? Tunggu entry akan datang. Hehe. Korang tengoklah orang tua berjimba xsedar diri.haha. Ada hati nak melepak ngan orang-orang muda. Pergi dah lewat maka lewat lah jugak makannya.hehe

Mesti korang tertanya-tanya housemate Cik Nor tu semua sebaya ke? Jawapannya tidak..Cik Nor paling tua kat situ. Yang lain-lain tu adik-adik Cik Nor. Hehe. Ada yang berkenan ker? Ada lagi yang solo tu.haha

Monday, May 30, 2016

Aeon Mall, Kota Bharu


Assalamualaikum..

Sekarang ni ambik mood malam nak tulis blog. Tengahari idea tarak mari. Dia pergi jalan-jalan makan angin.haha

Sajer jer sebenarnya nak tepek gambar g Aeon Mall. Nak buang sayang abadikanlah kat blog. Harap korang tak menyampahlah yer.hihi. Mesti dalam hati korang cakap, Cik Nor g Aeon Mall pun nak tulis dalam blog jugak ke? Korang tak perlah Aeon Mall dah lama ada, kat Kelantan ni baru ada. Jakun lagi orang-orang Kelantan ni.haha

Gambar atas tu first Cik Nor mula sampai Aeon Mall rasanya hari ke 3 pembukaan. Kalau ikutkan Cik Nor memang malas nak pergi tapi anak buah mendesak terpaksalah g jugak. Sampai lebih kurang pukul 11 pagi. Masa tu dah full parking. Terpaksalah park kat roof top. Apa yang kelakar, masa nak balik apabila cari kereta tak jumpa.haha. Bukan hilang tapi lupa park kat area mana. Roof top tu luas dan parking pulak penuh. Last sekali tinggal anak buah jap kat tengah dan redup...Cik Nor g cari sorang. Ni lah padahnya. Masuk ikut pintu lain keluar pintu lain.haha

Yang ni second time g, penuh kete myvi Cik Nor. Macam rombongan Cik Kiah pulak.haha. Cik Nor g cuci mata jer. Nak shopping tak mampu semua barang brand. Haha. Cik Nor hanya mampu shopping kat bahagian barangan dapur sahaja.

Adik Cik Nor tu berlagak dengan barang orang lain jer.haha. Dia nak shopping tak mampu, kerja pun belum lagi.haha. Kalau nak g shopping mall macam ni pasti poket tebal lah yer. Kalau nak window shopping macam Cik Nor poket nipis pun ok..hihiar

Sunday, May 29, 2016

Resepi : Kek Coklat


Assalamualaikum..

Wah, rasa macam dah genap seminggu kot Cik Nor tak updates blog. Malam terasa rindu la pulak. Ahaks..

Oleh kerana dah lama tak kongsi resepi meh sini Cik Nor ajar macam mana nak buat kek coklat kukus/bakar

Bahan-bahan

2 cawan tepung kek
2 cawan serbuk coklat/coklat yang dicairkan
2 cawan minyak jagung
2 cawan susu pekat
1 tin susu cair
6 biji telur
1 sudu kecil soda bikarbonat
Sedikit marjerin

Cara-cara membuatnya:

1. 2 cawan serbuk coklat/coklat yang dicairkan, 2 cawan minyak jagung, 2 cawan susu pekat dan 1 tin susu cair dimasak di atas api yang perlahan sehingga sebati. Bila dah sebati ketepikan dan sejukan.

2. Sementara menunggu adunan no.1 sejuk, pukul telur sehingga kembang. Nak pukul guna tangan pun boleh, nak guna mixer pon boleh.  Setelah telur kembang, masuk kan tepung kek yang dia ayak bersama soda bikarbonat sedikit demi sedikit.

3. Setelah semuanya sebati masukan adunan no.1 yang telah sejuk dan kacau atau mix sehingga sebati. Sapu loyang yang hendak digunakan dengan sedikit marjerin.

4. Panaskan pengukus atau oven. Sedia untuk dikukus atau dibakar. Suhu bakar jangan tanya Cik Nor. Cik Nor main hentam jer janji masak dan tak hangus. Kalau bakar rasanya suhu macam buat kek biasa jer.

Untuk topping:
1. 1cawan serbuk coklat/ coklat yang di cairkan
2. 1 cawan susu pekat.

Kedua-duanya dimasak di atas api yang sederhana sehingga sebati.

Bila  kek yang dikukus atau bakar tadi telah sejuk, letakkan topping mengikut citarasa anda. Hias lah mengikut kretiviti sendiri.


Contoh yang Cik Nor dah siap hias. Cik Nor tambah coklat rice dan cheese. Sedap sangat. Seamat mencubašŸ˜Š



Adakah Anda Tidak Pasti Kerjaya Apakah Yg Sesuai Dengan Kehendak & Personaliti Anda??

Ataupun anda merasakan bahawa pekerjaan yang anda lakukan tidak serasi dengan anda dan kerjaya tersebut sebenarnya bukan yang anda impi-impikan 

Jika anda berada dalam dilema untuk memilih, UJIAN APTITUD mungkin boleh memberikan jawapan kepada soalan-soalan yang sedang anda cari selama ini.

UJIAN APTITUD bertujuan untuk memberikan panduan kepada sesiapa sahaja yang ingin berjaya dalam karier masing-masing. UJIAN APTITUD dapat membantu anda menilai kebolehan diri anda dan seterusnya mentafsir bidang yang sesuai dengan kebolehan dan tahap pemikiran anda.

Tidak kira apa jua sebab anda mencuba UJIAN APTITUD, ujian ini akan membantu anda membuat keputusan yang lebih baik tentang masa depan karier anda dan seterusnya hala tuju hidup anda!

Sekarang ini, kita banyak mendengar cerita tentang kebanyakan remaja atau graduan yang bekerja tetapi apabila ditanya tentang pilihan mereka, mereka hanya menjawab, "Saya hanya mendapat kerja ni. Jadi, saya kerja saja dulu, lebih baik daripada tidak dapat bekerja langsung…". Fenomena ini agak menyedihkan. Sekiranya anda tidak melakukan pekerjaan yang anda minati, anda tidak mungkin berpeluang untuk mengeksploitasikan kebolehan anda. Hal ini juga satu ‘pembaziran’ sumber manusia dan boleh mengakibatkan rasa kekosongan dan kekecewaan pada diri anda.

Kebanyakan individu akan cenderung untuk memilih pekerjaan yang menawarkan gaji yang tinggi atau bekerja di syarikat yang lebih stabil sebagai pengisian untuk jangka masa pendek. Namun, yang membimbangkan kesannya untuk jangka masa yang panjang. Bayangkan anda terpaksa melakukan kerja yang tidak anda sukai untuk bertahun-tahun lamanya!

Terdapat dua perkara penting yang harus anda ketahui sebelum anda memilih sesuatu kerjaya.

1. Anda harus mengenali diri anda sendiri.
2. Anda harus mengetahui peluang yang ada untuk anda di luar sana.
Kerjaya yang sesuai untuk orang lain mungkin tidak sesuai dengan diri anda. Jadi, inilah masa untuk anda membuat keputusan dengan menilai diri anda sendiri daripada segi kebolehan dan keinginan anda.
UJIAN APTITUD dapat membantu anda merancang kerjaya anda secara teratur. Semua ujian yang disediakan dapat memberikan panduan berkaitan kerjaya yang sesuai untuk anda, iaitu:
1. Mampu menyerlahkan kebolehana dan kekuatan diri anda
2. Sesuai dengan perlakuan dan cara hidup anda (personaliti)
3. Apa yang dapat merangsang pemikiran dan minat anda (motivasi)


Aspek Kebolehan
Perkara yang perlu dikenal pasti adalah mengenali diri anda yang sebenar. Anda perlu mengetahui kebolehan anda dan perkara yang dapat dilakukan untuk menggunakan kebolehan anda secara maksimum.
Sekiranya anda sedang melakukan pekerjaan yang tidak anda minati, kebolehan sebenar anda tidak dapat digunakan dengan sebaik mungkin. Hal ini mungkin menghalang majikan anda untuk mendapat gambaran yang sebenar tentang prestasi kerja anda.
Oleh itu, untuk mengenal pasti kekuatan diri anda, anda harus menjalani Ujian Kebolehan. Ujian Kebolehan ini bertujuan untuk mengenal pasti kebolehan yang tidak semestinya lahir daripada pembelajaran dan pengetahuan. Ujian yang diberi akan menguji tahap anda memahami dan menyelesaikan sesuatu perkara atau masalah dalam tugasan seharian.
Fail pdf Ujian Kebolehan boleh dimuat turun di Ruangan Muat Turun. Sila klik di sini.

Aspek Personaliti
Fitrah perlakuan manusia ialah kemampuan untuk menyesuaikan diri dalam apa-apa jua keadaan (fleksibel). Atas alasan inilah kebanyakan orang dapat melakukan kerja yang tidak disukai oleh mereka selama bertahun-tahun lamanya.
Majoriti majikan sekarang amat menitikberatkan kesesuaian peribadi pekerja dengan tugasan yang akan dilakukan. Oleh itu, banyak syarikat memerlukan anda untuk membuat ujian penilaian dahulu sebelum memulakan temu duga kerana perkara ini sediki sebanyak dapat memberikan gambaran yang sebenar tentang diri anda sama ada terdapat kesesuaian atau tidak dengan jawatan yang ditawarkan.
Jika seseorang pekerja itu tidak berminat akan kerja yang dilakukan, secara tidak langsung, produktiviti syarikat akan terjejas. Oleh itu, keserasian personaliti seseorang pekerja dan tugas amat penting.
Ujian Personaliti akan menganalisa pemikiran, perasaan dan perlakuan anda. Dengan itu, anda harus menjawab semua soalan dengan jujur dan fikiran yang terbuka untuk mendapatkan takrifan yang tepat tentang personaliti anda.
Ujian Personaliti adalah berbeza dengan Ujian Kebolehan kerana tiada jawapan yang betul atau salah. Apapun jawapan yang anda berikan adalah datang dari dalam diri anda sendiri. Takrifan daripada keputusan ujian akan memberi anda panduan tentang kerjaya yang sesuai dengan diri anda.
Fail pdf Ujian Personaliti boleh dimuat turun di Ruangan Muat Turun. Sila klik di sini.

Aspek Motivasi
Jika anda bertanya kepada seseorang tentang perkara yang mereka minati, mereka mungkin dapat memberikan jawapan kepada anda tanpa berfikir panjang. Hakikatnya perkara itu tidak semudah yang difikirkan. Kebanyakan orang tidak pasti apa yang dapat dilakukan oleh mereka dan peluang yang ada untuk mereka. Sesetengah individu mengimpikan satu perkara yang tidak mungkin dicapai. Jadi, untuk memastikan anda mencapai impian anda, anda perlu membuat Ujian Motivasi.
Ujian Motivasi akan membantu anda mengenal pasti silap anda dalam memilih cita-cita. Kebanyakan remaja mendapat motivasi daripada orang di sekeliling, mentor dan keluarga sendiri. Sebagai contoh, jika ditanya soalan yang berkaitan cita-cita kepada remaja yang ayahnya seorang doktor yang berjaya, besar kemungkinan jawapannya adalah untuk menjadi seorang doktor. Persoalannya, adakah kerja sebagai doktor itu sesuai dengan kebolehan dan personalitinya?
Tidak kurang juga, ada yang berpendapat bahawa jika diberikan peluang, mereka dapat membuat keputusan yang lebih baik daripada seseorang ahli politik, dapat menyanyi lebih baik daripada penyanyi terkenal dan sebagainya. Namun, perkara yang paling utama sekarang adalah untuk mengetahui minat anda dan mengenal pasti sama ada minat itu dapat memberi anda kepuasan untuk jangka masa yang panjang.
Ujian Motivasi adalah mudah. Anda hanya perlu memilih jenis pekerjaan yang anda suka lakukan daripada dua pilihan. Anda juga harus membayangkan pekerjaan itu dan bertanya pada diri anda sendiri sama ada tugasan yang perlu dilakukan bersesuaian dengan jiwa anda.
Jika semua aspek tentang perkara ini digabungkan, ini dapat memberikan gambaran tentang sejauh mana anda akan berjaya dalam sesuatu bidang sekiranya anda berusaha dengan gigih.
Fail pdf Ujian Motivasi boleh dimuat turun di Ruangan Muat Turun. Sila klik di sini.

Adakah wujud faktor-faktor yang tidak dapat diukur?
Jawapannya, ya. Pertama, ada beberapa jenis pekerjaan yang memerlukan ciri-ciri fizikal yang mungkin tiada dalam diri anda. Kedua, halangan daripada segi kelayakan akademik. Jika minat anda menjurus kepada bidang perubatan, tetapi anda tidak mempunyai kelayakan akademik untuk menjadi seorang doktor ataupun jururawat, sudah tentu amat sukar untuk merealisasikan impian anda.
Jadi, UJIAN APTITUD hanyalah sebagai panduan untuk anda mengenal pasti kebolehan anda untuk disesuaikan dengan kerjaya yang anda minati. Ujian ini juga dapat membantu anda membuat keputusan sama ada kerjaya anda sekarang sesuai atau tidak dengan diri anda.
Terdapat tiga set ujian, iaitu:
Ujian Kebolehan – Ujian 1 hingga Ujian 7
Ujian Personaliti – Bahagian 1 dan 2
Ujian Motivasi – Bahagian 1
Anda harus menjawab kesemua soalan yang dikemukakan untuk mendapat penilaian yang sebenar tentang kebolehan, personaliti dan motivasi yang anda miliki. Selamat mencuba!

Artikel di atas dipetik daripada buku Ujian Aptitud: Tentukan Kerjaya Anda. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh didapati dengan menghubungi Cik Nor di talian 03-9019 5303 atau melayari web kami diwww.books.perintis.com.my.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...