KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Wednesday, May 25, 2016

Ko Geli, Aku Terima Padah

Gambar hiasan

Assalamualaikum...

Pergh...tajuk bukan main. Nak cari seo ke? Tidak macam tu. Tapi memang cerita ni pun ada kaitan dengan tajuk tu. Tajuk macam pelik tapi ceritanya tak pelik ataupun kelucahan melampau.haha

Minggu ni Cik Nor datang umah sewa pagi isnin. Macam biasalah mood mengantuk terbawa-bawa ke tempat kerja. Cik Nor kalau mengantuk sakit boleh jadi sakit kepala. Nak di jadikan cerita malam tu. Lepas magrib Cik Nor dah tidur sekejap nak hilangkan sakit kepala tapi tak hilang juga sakitnya.

Dengan kepala yang berdenyut paksa juga diri untuk bangun solat isyak dan gosok baju. Dah siap semua tu Cik Nor telan ubat dan letak kain basah kat dahi. Memang itulah caranya Cik Nor nak cepat hilangkan sakit kepala. Roomate Cik Nor tak balik lagi masa tu.

Nak di jadikan cerita, tengah syok- syok tidur terdengar orang panggil nama Cik Nor. Mula tu buat xtahu jer. Makin lama makin dekat dengan telinga. Masa memang dah stress sangat. Kita baru nak lelap dia dah kejutkan. Nak tahu sebab apa dia kejutkan Cik Nor? Sebabnya ada seekor lipas atas katil dia. Roomate Cik Nor ni memang geli dengan lipas. Lagi tak bangun selagi tu panggil Cik Nor. Dengan rasa geram dan nak marah...Cik Nor bangun dan ketuk lipas tu sampai mati. Sapu keluar bilik dan biarkan roomate bersihkan tempat lipas tu mati. Roomate membebel apa ntah...Cik Nor buat pekak sebab dah bengang dengan dia. Masa tu kepala masih berdenyut lagi.huhu

Apa korang rasa bila berada disituasi Cik Nor tu?

Monday, May 23, 2016

Festival Makanan Halal


Assalamualaikum...
Semalam lagi dok dalam deraf gambar-gambar ni. Nak buat macam mana cik empunya blog hilang idea nak taip apa maka perapkan dulu ia menjadi pekasam.hihi.

Festival ni dah lama tamat tapi Cik Nor nak up jugak kat blog sebagai kenangan. Kalau xsilap Cik Nor festival ni berlangsung hujung bulan lepas iaitu selama seminggu. Ianya mengggabungkan makanan dari Malaysia, Thailand dan juga Indonesia.

Gambar kat atas tu saja jer sebenarnya. Biasa korang jumpa silverman tapi Cik Nor jumpa redman.hehe.


Churros ni sedap sangat. RM4.00 jer satu bekas yang dia tengah isi tu. Banyak sangat sampai kena sambung makan pagi esoknya. Rasa dia memang ummphh. Rugi la sape tak beluli churros ni.hihi. Dia dihidangkan bersama 4 pilihan perisa iaitu coklat, vanilla, susu dan pandan. Cik Nor peminat no.1 coklat.hehe


Yang pula lampu tidur. Sambil tunggu roomate pilih Cik Nor apa lagi ambila peluang snap gambar.hihi. My roomate beli yang sederhana besar...harga rm40.00. Murah ke mahal erk? Dia ambik warna coklat. Bila masa dia guna tak tahulah. Sepanjang tidur dengan Cik Nor xpernah guna lagi sebabnya Cik Nor tak boleh tidur dalam cahaya.hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...