KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Wednesday, May 18, 2016

Edisi Jalan-Jalan Cari Makan

Assalamualaikum..

Semalam ingat nak updates blog tapi semuanya tak menjadi. Entah apa Cik Nor buat tahu-tahu dah mengantuk. Malas nak membebel panjang-panjang moh la kita berbalik pada tajuk asal.hehe.

Gambar yang kat atas tu kami lepak di Kedai Mee Kampung Pek, Taman Harmoni, Bandar Baru Tanah, Merah.
Yang pulak kami lepak di Kedai Maggi Ketam sebelum traffic light ke Tanah Merah.
Gambar yang first tu Cik Nor lepak kat Kfc Stadium, Kota Bharu. Manakala gambar no. 2 Cik Nor lepak di Restoren Eaddy, Taman Harmoni, Bandar Baru, Tanah Merah.

Yang ni pula Cik Nor lepak di Assam Laksa Kopitiam, sebelah Bank Rakyat betul-betul dalam bandar Kota Bharu.

Hari ni tak boleh tulis panjang-panjang nanti rabu marah..hihi. Edisi sayang nak buang gambar lama😁

Monday, May 16, 2016

Selamat Hari Guru


Assalamualaikum...

Cik Nor kan sokmo ketinggalan keretapi. Orang wish selamat hari guru  siang tadi. Cik Nor malam baru nak buat entry. Haru betul ko ni Cik Nor.hihi

Mengenang kisah- kisah zaman sekolah Cik Nor xde la nakal sangat.hehe.  Bermula di Tabika Kemas Pangkal Jenerih Cik Nor jenis kanak-kanak yang mudah sesuaikan diri dengan keadaan dan tidak banya, kerenah. Masuk ke Sekolah Kebangsaan Pangkal Jenerih perangai tetap sama, maintain cool. Paling tak boleh lupa masuk darjah 1K sampai ke darjah 6 pun 6K. Nak kata bijak tu tak la tapi boleh la..hehe

Bila masuk  Sekolah Menengah Seri Intan perangai yang cool tu dah beruban sikit. Perangai ganas mula menguasai diri. Hihi. Tak de la ganas macam pukul-pukul orang bagai. Cik Nor cuma panjat-panjat pokok, kacau orang balik prep, ponteng pergi surau dan banyak lagi lah kalau nak di ikutkan.hehe.  Walaubagaimana pun perangai Cik Nor agak terkawal lagi la. Berkat kesabaran cikgu-cikgu tempat Cik Nor menimba ilmu akhirnya Cik Nor berjaya menjadi insan yang berguna dan berjaya. Alhamdulillah

Buat semua cikgu yang pernah mengajar Cik Nor tak kira  walau dimana berada. Terima kasih cikgu. Jasa dan pengorbanan kalian akan Cik Nor kenang hingga ke akhir hayat. Moga Cikgu-cikgu semua dibawah lindungan Allah selalu...aamin




Sunday, May 15, 2016

Bila Cik Nor Buat Air Detox



Assalamualaikum..

Rindu Cik Nor tak? Apa? Tak rindu...lari g dapur tutup muka..haha. Memang xde la orang rindu. Tulis macam biskut chipsmore. Sekejap ada, sekejap tak de. 

Dah-dah..tak payah nak merapu panjang sangat Cik Nor nanti tak de orang nak baca pulak. Malam tadi tanyala kawan-kawan kat group macam mna nak buat air detox. Ada kawan bagilah cadangan nak buat jus detox macam kat atas  dan kat bawah tu. Tapi Cik Nor xcukup bahan. Cik Nor hnya ada lemon da epal hijau jer.
Sebenarnya air detox ni bukan untuk Cik Nor tapi untuk kakak Cik Nor sebab dia mengadu sakit kaki. Cik Nor suruh la dia minum air detox mana tahu kot banyak toksin dalam badan dia. Nak tahu macam mana Cik Nor buat?

Cik Nor just potong lemon dan epal hijau kemudian masukkan dalam bekas untuk di isi air masak. Kemudian bekas tersebut Cik Nor masuk kan ke dalam peti. Esok baru boleh minum. Seeloknya minum waktu mna yer? Sebelum makan atau selepas makan? Confius jap😊

Kawan-kawan waktu mana paling sesuai minum air detox ni? Cer komen jap😊

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...