KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Friday, May 6, 2016

Roomate Oh Roomate

Gambar hiasan

Assalamualaikum..

Semalam tak entry sebabnya stress sangat kat tempat kerja. Bukan stress kerja banyak tapi stress dengan bos asyik ulang perkara yang sama. Past is past la. Memang salah Cik Nor tak payah la ulang-ulang banyak kali. Stress tau nak buat kerja lain.huhu

Mak aii..panjang pulak mukadimah Cik Nor kali ni. Harap maaf yer..hehe..geram xhabis lagi. Lain tajuk lain ceritanya.haha. Berbalik kepada tajuk tu..begini ceritanya..tersebutlah kisah..eh..eh.. Cik Nor geram sangat dengan roomate baru Cik Nor ni...suka sangat jaga tepi kain orang termasuklah Cik Nor sendiri. Semua benda pasal Cik Nor dia nak ambik tahu. Lepas tu suka sangat sebut-sebut umur Cik Nor depan khalayak ramai. Tahula Cik Nor dah berumur dan tak kawen lagi tapi jangan la jaja sana sini.

Satu lagi pasal pakaian Cik Nor. Macam-macam dia nak komplain. Haishh..Cik Nor xpernah nak complaint pon pasal dia. Boleh tak pagi bila..dia suruh Cik Nor beli baju tidur baru katanya baju tidur Cik Nor dah lama. Lantak arr lama pon bukan koyak dan menampakkan tempat tak sepatutnya. Memang ada koyak tapi kat leher sebab di aadun sebati oleh mesin basuh separa automatik.haha. Then Cik Nor pulak nak menjahitnya balik.

Kalau korang sewa bilik macam Cik Nor..sebilik 2 orang tak payahlah jaga tepi kain orang sangat. Lain orang lain masalahnya. Baju dia lusuh ke, penampilan dia xcantik ke itu hak dia. Bukan urusan kita untuk menjaganya. Jaga diri sendiri itu lebih baik yer.huhu

Thanks yer pada korang yang bagi pendapat pasal yang Cik Nor nak kerja sendiri tu. Maaf yer Cik Nor tak sempat lagi membalasnya.😊

Wednesday, May 4, 2016

Kerja Makan Gaji vs Kerja Sendiri

Gambar hiasan


Assalamualaikum...

Ya Allah...Cik Nor mungkir janji lagi kan? Dulu janji nak updates 1 entry 1 hari. Tapi tengoklah sekarang apa dah jadi, seminggu sekali pun belum ada entry baru.huhu.

Mukadimah tak payah panjang-panjang Cik Nor nanti orang jemu nak baca blog ko. Ada faham? Berbalik kepada tajuk kat atas, sebenarnya Cik Nor dalam dilema ni. Nak kerja sendiri or nak teruskan kerja sekarang ni. Kerja sekarang ni semakin lama semakin mencabar jiwa dan raga. Contohnya semalam kena maki hamun atas kesilapan yang tidak disengajakan tapi marahnya seorang bos macam Cik Nor dah rugikan 2.6b duit syarikat.

Bayangkan bos telefon Cik Nor semata-mata nak marah pasal tu sahaja. Masa tu memang tahan telinga dan tahan mata daripada menangis. Rasanya banyak lagi kot cara lain nak tegur staf yang kadang-kadang alpha dalam bekerja bukan dengan marah mengkhinzir buta. Harap lebih professional jika mahu dihormati oleh staf anda.

Masa kena maki hamun memang nak berhenti kerja tapi bila fikir balik nak buat apa kalau dah tak kerja makan gaji. Rezeki Allah luas yang penting kita rajin berusaha untuk memajukan diri. Nak menjahit tak pandai, nak buat kek atau biskut pandai makan jer. Buat kuih tradisional pandai la jugak sikit-sikit tapi pasaran dia macam mana pulak. Ishh..banyak benda nak kena fikir kalau buat perniagaan sendiri. 

Apa yang menariknya kerja sendiri ni.. tidak terikat dengan waktu pejabat, bebas membuat keputusan sendiri dan yang paling penting tiada arahan dari sesiapa. Kalau kerja kuat lumayan hasilnya. Kalau malas terimalah akibatnya.

Korang boleh tak bagi cadangan nak buat perniagaan apa?hehe


P/s: perniagaan tudung Cik Nor ada lagi tapi tuan dia dah kelaut.hihi? Perniagaan tudung tu Cik Nor tolong kakak jer😊


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...