KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Saturday, April 23, 2016

Sweet Moment








Assalamualaikum..

Tajuk kemain lagi kan Cik Nor. Orang ingat sweet moment dengan boyfriend ke hape, skali sweet moment dengan anak buah dan cucu jer.

Gambar ni dah lama menjadi pekasam kat dalam tab Cik Nor. Nak buang sayang, so abadi kan lah kat blog ni la. Harap korang semua xmuntah hijau tengok gambar wefie kami2 semua. Hehe

Kalau xsilap ini gambar raya haji tahun lepas punya gambar.kikih.  Harap korang semua xsimpan gambar macam Cik Nor. Apa aktiviti korang semua dihujung minggu. Cik Nor macam biasa la jadi suri rumah tangga sepenuh masa.haha. Masa untuk berbakti kepada kedua orang tua.hehe

Idea dah xde. Stop dulu lah yer😊


Wednesday, April 20, 2016

Goyang Kaki Dapat Duit???


Assalamualaikum..

Tengok tajuk macam,.. wah teruja nya nak tahu. Goyang kaki jer boleh dapat duit. Amboi senang nya korang fikir.hihi

Ni goyang buka sebarang goyang tau. Ini juga buka goyang gerudi Inul...haha. Ni kalau goyang sepasang dapat RM30.00++. Cik Nor mampu tengok jer. Nak belajar ..minat non hadoo ko. Kat umah mak beli jahit jenama apple harga ribu riban. Cik Nor tengok jer. nak menjahit minat nak brapo hadoo..

Korang semua minat apa erk? 

Sunday, April 17, 2016

Apa Itu Hepatitis B???

http://penyakithepatitisb.com/wp-content/uploads/2012/09/Cara-Penularan-Hepatitis-B.jpg 

Assalamualaikum..

Janji tinggal janji dah Cik Nor ni. Kata nak updates blog sekali sehari. Tapi tengoklah...seminggu sekali baru ada entry baru. Maaf yer semua. Cik Nor akan cuba buat yang terbaik untuk korang semua yer. InsyaAllah...

Korang ingat tak entry INI. Alaa..entry yang Cik Nor hilang ic sekejap tu.hihi. Dalam entry tu Cik Nor ada cerita yang Cik Nor g klinik untuk ambik result blood test. Untuk apa blood test tu? Cik Nor sebenarnya nak check penyakit hepatitis B. Ini kerana salah seorang housemate Cik Nor pembawa penyakit tersebut. Tanya kawan-kawan yang kerja nurse macam mana penyakit tersebut boleh merebak, salah satu caranya melalui air liur. Tapi cara jangkitan yang paling susah nak berjangkit. Tapi untuk langkah berjaga-jaga apa salahnya kita g check kan? Alhamdulillah..result dah dapat..Cik Nor bebas dari penyakit Hep B or C.

Untuk info korang semua, meh sini Cik Nor share apa itu Hep B, cara ia berjangkit dan cara merawatnya.

 Hepatitis B merupakan sejenis penyakit kelamin. Virus hepatitis B (HBV) mengakibatkan keradangan hati yang teruk dan sangat mudah berjangkit. Kuman berjangkit melalui sentuhan dengan darah atau cecair badan yang tercemar. Hepatitis B merujuk kepada keradangan pada hati dan disebabkan oleh virus Hepatitis B (HBV), ahli dalam keluarga virus Hepadna dan merupakan salah satu dari beratus spesies virus yang tidak berkait yang menyebabkan hepatitis disebabkan virus. Ia pada asalnya digelar "hepatitis serum" dan merupakan wabak semasa di sebahagian Asia dan Afrika Hepatitis B diakui sebagai tempatan di China dan pelbagai kawasan di Asia Peratusan penduduk dunia masa kini yang dijangkiti virusini adalah 3 hingga 6%, tetapi sehingga satu pertiga telah terdedah kepadanya. Simptom penyakit akut (teruk dan berpanjangan) termasuk keradangan hati, muntah, demam kuning, dan jarang, kematian. Hepatitis B kronik mampu mengakibatkan cirrhosis hati yang mungkin membawa kepada barah hati, penyakit membawa maut yang sukar dirawat melalui khemotherapi masa kini.
 

Bagaimana Hepatitis B merebak?

Virus Hepatitis B berjangkit melalui sentuhan dengan darah atau cecair badan yang tercemar. Ia adalah 100 kali lebih mudah dijangkiti daripada HIV. Penyakit boleh dikesan melalui ujian fungsi hati. Dalam kes-kes yang teruk, pesakit berhadapan dengan maut akibat kerosakan hati di mana sebahagian atau keseluruhan hati musnah. Penyakit hati yang kronik boleh membawa kepada cirrhosis dan barah hati, salah satu jenis barah yang paling kerap dihidapi di dunia.
Hepatitis ini merebak melalui jangkitan samada secara;
  • Virus ini dapat masuk ke dalam badan melalui salur darah jika pesakit menerima darah tercemar.
  • Boleh merebak melalui jangkitan seks kerana ia boleh hadir dalam air mani.
  • Merebak daripada si ibu kepada anak yang dikandungnya kerana virus ini melalui dinding uri.

Tanda-tanda jangkitan

Antara tanda-tanda atau keluhan mangsa adalah mual, muntah, cirit-birit, hilang selera makan, sakit kepala, kelemahan dan tidak suka pada asap rokok.
Kesan selepas satu atau dua minggu menyebabkan:
  • mangsa kelihatan kekuningan
  • kencing gelap
  • najis keputihan
  • hati membengkak

Jenis ujian yang boleh dilakukan

  • Ujian darah : HBsAg, HBeAg,HBsAb
  • Ujian lain-lain : Ujian fungsi hati, ujian najis dan uri dan lain-lain

Rawatannya

Masih kontroversi dari segi keberkesanannya. Namun beberapa pilihan seperti:
  1. Steroid : (prednisolone)
  2. Azathioprine
  3. Interferon

Langkah pencegahan

Secara pasif

  1. Jangan tercucuk jarum yang tidak selamat
  2. Jangan lakukan seks dengan pembawa virus Hepatitis B
  3. Beri ubat kepada anak di dalam kandungan ibu yang mengidap hepatitis B itu dan melahirkan anak secara pembedahan

Secara aktif

Pelalian boleh didapati di klinik kerajaan dan swasta pada kadar bayaran yang murah
  1. 3 kali suntikan, selamat secara umumnya
  2. dapatkan booster selepas 5 tahun
Sumber : SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...