KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Saturday, April 9, 2016

Dendam Terbalas

Gambar hiasan

Assalamualaikum

Cewah, tajuk kebabom. Isi kandungan pun harap-harap kebabom jugak la. hehe. Gambar kucing kat atas tu tiada kaitan dengan cerita Cik Nor sekejap lagi. Just hiasan.

Korang ingat tak entry Ini? Ala yang pasal  Cik Nor panas hati dengan tuan rumah sebab dia buang barang- barang  Cik Nor dalam peti tu. Yang Cik Nor nak cerita ni balasan akibat perbuatan dia tu.

Rabu malam khamis kot kejadian berlaku. Salah seorang housemate Cik Nor tertinggal kunci kat dalam bilik dia dah bagitahu tuan rumah tentang hal tersebut. Untuk pemgetahuan korang housemate Cik Nor yang ni macam tomboy sikit.  Kami pun xkawan sangat so dia pun xmintak tolong sangat dengan kami.

Nak dijadikan cerita, dia pandai-pandai jer g panjat siling rumah konon-konon nak masuk ikut lubang yang ada kat bilik. Tapi hampa tiada satu lubang yang boleh dimasuki. Akibat kepandaian yang tak berapa nak pandai tu, pecah siling rumah sewa. Satu kerugian untuk tuan rumah.

Oleh kerana percubaan tersebut tidak berjaya, satu percubaan yang tak berapa nak pandai dia buat lagi iaitu mengetuk tombol pintu bilik sampai rosak. Hurm..kerugian kedua tuan rumah. 

Moral of the story...tuan rumah jangan suka membuat harta penyewa rumah macam harta sendiri. Tengok apa yang berlaku, orang buat harta kita macam harta sendiri. 

Untuk renungan bersama.


Tuesday, April 5, 2016

Nilai Persahabatan

Gambar Hiasan


Assalamualaikum.

Alahai..punyalah payah nak updates blog sekarang ni. Jeles pulak tengok orang updates blog. Asal pegang tab jer ada je halangan yang ada. Kejap orang panggil, kejap nak g tandas, kejap line tenet slow..adeii macam-macamkan. Alasan jer tu sebenarnya.haha

Dah lerr merapu Cik Nor. Lain tajuk ko tulis lain pulak isi kadungan yang ko cerita. Bagi korang apa yang korang faham tentang persahabatan? Tak kiralah di mana korang berada sekarang. Di rumah, tempat ker or some one else yang boleh korang jalinkan persahabatan. Macam Cik Nor ada dua situasi. Satu ditempat kerja dan satu lagi dirumah sewa.

Kalau di tempat kerja Cik Nor ada seorang staf yang baik dan rapat dengan Cik Nor. Tapi kadang-kadang Cik Nor ada jugaklah rasa tak puashati dengan beliau. Contohnya ketika Cik Nor ajak dia keluar makan. Ada je alasan dia bagi seandainya dia tak mahu temankan Cik Nor keluar makan. Sedangkan Cik Nor sanggup tolak tepi bekal Cik Nor bawa semata-mata tidak mahu kecik kan hati beliau ketika beliau mengajak Cik Nor keluar. Tapi bila time Cik Nor ajak beliau banyak pulak alasan dia bagi. Kalau korang kat tempat Cik Nor apa perasaan korang?

Situasi kedua di rumah sewa Cik Nor. Sama juga kesnya. Merangkap roomate Cik Nor. Time dia demam tak boleh nak bangun, kita bukan main lagi tolong beli makanan. Time dia lapar kita dah kenyang tapi teman jugak dia g beli makanan. Tapi bila kita ajak dia g kedai runcit ..haram nak teman. Cik Nor bukan saja-saja nak ajak teman tapi waktu tu dah malam. Takut jugak jalan sorang-sorang kat tempat gelap. Tapi orang dah xnak teman kita pasrah jer la. Kuatkan hati pergi sorang-sorang dan yakin Allah sentiasa bersama kita.

Cik Nor ni jenis tak suka  luka kan hati kawan kalau bersahabat. Tapi kalau macam ni lah kawan rasanya baik long ranger kan?hehe. Macam lari tajuk jer..layan kan je la.

Kawan korang macam kawan Cik Nor jugak ke?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...