Breaking News

Nasi Impit Bersama Sambal Kelapa


Assamualaikum..

Minggu lepas balik kampung sebab minggu sebelumnya dah tak balik. Lagipun minggu ni kan cuti 3 hari, apa lagi balik lerr..hehe. Home sweet home.

Entah dari mana datang kerajinan tiba-tiba rajin nak buat nasi impit dan sambal kelapa. Nasi impit tak perlu kot bagi resepi sebabnya nasi impit segera banyak dipasaran.hehe

Meh Cik Nor share resipi sambal kelapa:

Bahan-bahan

1 biji kelapa diparut
4 ekor ikan dibakar ( jenis ikan ikut suka, Cik Nor guna ikan selayang)
4 batang serai di mayang nipis
1 ulas bawang merah di mayang nipis
Garam & gula secukup rasa

Cara-caranya:

1. Goreng kelapa tanpa minyak sehingga hampir garing.
2. Masuk ikan bakar yang telah diasingkan dengan tulang.
3. Kacau sehingga sebati, kemudian masukkan serai dan bawang.
4. Kacau kesemua bahan tersebut sehingga garing.
5. Dah garing bolehlah tumbuk sehingga hancur bahan-bahan yang telah digoreng bersama tadi. Cik Nor malas sikit, sejuk kan sebentar then blend sehingga hancur. 
6. Dah siap semuanya bolehlah ditambah garam dan gula secukup rasa.

Lepas tu bolehlah dihidangkan bersama nasi impit. Yummy😀😀😀

7 comments:

  1. sedap nampak sambal kelapa cik nor..;p

    ReplyDelete
  2. cik nor nak jugakkkkkkkkkkkkkkk x kiraaa kena hntr skrggggggg ;-)

    ReplyDelete
  3. Ohhh mcm serunding nasi kerabu ye cik Nor.... Kalau Johor, serunding kelapa ni tak bubuh ikan. Tapi buh ikan mesti lagi sedapkan Cik Nor.... Nak buat jugaklah nanti Senang je buatnya ek

    ReplyDelete