Breaking News

Bila Cik Nor Belek Keywords

Assalamualaikum..

Hari ni kan macam boring jer kat rumah sewa. Biasa tiap-tiap minggu balik kampung tapi minggu lepas dah cuti 5 hari. Hari rabu balik kerja balik then khamis dah nak balik semula. Arghh..penat nak drive. So, Cik Nor stay jer la sini. 2 hari je pun cuti.hehe

Bangun pagi-pagi pergi Pasar Siti Khadijah bukan g beli barang dapur tapi g cari nasi dan kuih-muih murah je. kihkih. Beli sayurnya sikit jer meronda jer lebih. Punya la susah nak parking, lebih 5x pusing baru dapat. Last round memang dah niat nak dapatkan parking betul-betul depan pasar. Alhamdulillah...Allah makbul niat Cik Nor tu betul-betul dapat parking depan pasar.

Balik tu dah isi perut kenyang-kenyang bermulalah operasi membersih dapur dirumah sewa. Kotor yang amat. Nasib la dapat kerjasama dari penghuni yang lain. Kalau tak...matilanakkkk. Dah siap semua tu...apa lagi zzzz la.haha.

Bangun-bangun tidur sambil makan biskut kering belek la blog.  Tengok la kat statistik..ouchh..kuciwa..pv low la pulak hari. Hari jumaat, orang tak baca blog sangat kot.hehe. G la tengok kat keywords pulak agak-agak orang cari apa kat blog Cik Nor. Yang lain-lain Cik Nor boleh terima sebab ada entry berkaitan tapi ada satu keywords tu memang tak boleh terima. Syampu rambut perisa ros? Ko rasa nak tergelak ke nak menangis?haha? Cik Nor rasa nak kenal jer orang yang cari keywords tu.hihi

Blog korang diaorang cari apa eh?😊

6 comments:

  1. salam cik nor..Tgk cik nor tulis pasar siti khadijah murni rasa tak sabar2 nak blk mggu depan..teringin nak makan bihun celop..ats pasar tu ada kan..dlu makan kat pasar mpkb jaa

    ReplyDelete
  2. tudia.. pakai cari result anak.. hehehe

    ReplyDelete
  3. ooo tu keyword dia ehhh .. nak curi la keyword ni .. hahaha

    ReplyDelete
  4. Syampu rambut perisa ros? nk cari kat kedai mana ada jual hahaha mcm2 ragam laa diorg ni

    ReplyDelete
  5. hari jumaat mmg biasa org tak byk hadap tnet... bykhadap facebook

    ReplyDelete