Breaking News

Hujan Oh Hujan

Assalamualaikum..

Minggu ni cuti 3 hari, maka mood menulis blog pun cuti jugak la. Cuti apa sampai 3 hari? 2 hari cuti hujung minggu tambah 1 hari cuti ganti sempena Keputeraan Sultan Kelantan.

2 hari kat kampung, 2 hari jugak lah hujan turun tak berhenti. Mungkin kah musim banjir akan melanda? Banjir biasa boleh diterima lagi. Jangan banjir 2014 datang kembali. Memang memeritkan peristiwa tu.  Walaupon tempat Cik Nor tak teruk tapi tempiasnya hanya Allah yang tahu.

Bayangkan dua-dua jalan keluar tertutup. Bekalan elektrik ditutup selama seminggu. Nak berhubung dengan orang luar pun terbatas kerana tiada bekalan elektrik untuk cas telefon. Cik Nor masih ingat lagi, kami terpaksa ke sekolah kakak untuk mengecas telefon tu pun sekejap takut hujan turun dan menutup laluan untuk kami balik.

Harap-harap tahun ni hujan biasa-biasa sahaja.  Sekarang ni cuma risau kain tak kering sahaja. kalau panas pun sekejap-sekejap jer.

Tempat korang macam mana? Cuaca ok ke?

7 comments:

  1. Hujan skjp2 je cik nor..tu pn blah ptg...seksa nk blk keje..jammedddd

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dh mula hujan.
    Kt sini dh lama kemarau (kurang Hujan).
    Barulah tanaman2 dan rumput di padang ragut menghijau.

    ReplyDelete
  3. dekat kl pun hujan je..alhamdulillah..sejuk sikit

    ReplyDelete
  4. Hujan jugak Cik Nor.....ptg mesti hujan lebat....
    Ohhh banjir besar yg sampai bumbung sekolah tu tahun 2014 ek..... dah tak ingat mak....

    ReplyDelete
  5. di perak ni...hujan jugak..tapi berselang hari...

    ReplyDelete
  6. Msa kt ipoh hritu ptng2 je hujan. Di gemas mndung je. Smlm gerimis. Hrini cerah tp x brpa pnas.

    ReplyDelete