Breaking News

Safi Shayla Pilihan Wanita Bertudung


Assalamualaikum..

Dulu-dulukan memang susah la nak jumpa syampu yang sesuai.  Setiap bulan mesti asyik tukar-tukar syampu. Selagi tak serasi dengan rambut selagi tu la tukar. Sehinggalah Cik Nor mencuba syampu safi. Alhamdulillah serasi dan sehingga ke hari ini Cik Nor masih lagi menggunakan syampu safi.

Rambut adalah mahkota setiap wanita. Metafora ini seringkali dikiaskan kerana setiap helaian rambut yang menawan mampu memberikan keyakinan pada diri. Rambut yang menawan pastinya lahir dari penjagaan yang rapi tidak kira dalam apa jua keadaan. Bagi individu bertudung, penjagaan mahkota ini sememangnya dititikberat agar keadaan rambut sentiasa sihat dan bermaya.

Melihat kepada keadaan ekonomi yang mencabar, pengguna mula mencari produk yang lebih murah dan menjimatkan, pada masa yang sama memberikan nilai dan kualiti yang tinggi. Kebanyakan pengguna mengurangkan kadar perbelanjaan tetapi masih berusaha untuk barangan berkualiti untuk melengkapi keperluan isi rumah.


Memahani keperluan wanita bertudung moden safi shayla rangkaian jenama syampu khas wanita bertudung  yang dperkaya habbatus sauda memperkenalkan solusi penuh inovasi, safi shayla pek fleksi.

Safi Shayla Pek Fleksi ini di datangkan didalam pek yang amat menarik  perhatian warnanya. Terdapat 8 variasi pek untuk menangani masalah rambut wanita bertudung antara rambut gugur, kelemumur, rambut berminyak dan lain-lain lagi.

Warna dan corak reka bentuk pada setiap variasi syampu Safi Shayla Pek Fleksi dikekalkan sama dengan format asal Safi Shayla pek pam dan botol, agar dapat memberikan kemudahan kepada pengguna untuk mencari produk ini. Pek inovasi bersaiz 480g ini memudahkan pengguna membawa ke mana sahaja. Malah, pek ini juga mesra alam dengan penggunaan plastik 65% lebih kurang.

Produk ini boleh didapati di seluruh malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama pada harga RM14.65. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama Safi, sila layari laman Facebook Safi www.facebook.com/SAFI.MY, laman instagram SAFI@safimalaysia dan saluran Youtube SAFI  di www.youtube.com/safimalaysia

6 comments:

  1. assalamualaikum cik nor...belum cuba lg...mesti bestnya...:)

    ReplyDelete
  2. semua rangkaian safi shayla best..SA guna jugak

    ReplyDelete
  3. Lebih diyakini, suci dan selamat digunakan :)

    ReplyDelete
  4. MMg guna syampu ni pun. Suka bau dia. Wangi!

    ReplyDelete
  5. Laaaa .... Untuk wanita bertudung je.

    ReplyDelete