Breaking News

Kenapa Cik Nor Jadi Blogger?

Image result for icon blogger

Assalamualaikum..

Terasa rajin la pulak malam ni, cari-cari bahan nak updataes apa tapi tak ada la pulak. Nak review produk barang kat kampung.  Cik Nor pula kat Kuala Lumpur sekarang. Maka terciptalah dia sendiri. Harap ko sudi membacanya.hehe

Pergh..tajuk..bajet blogger retis. Sebenarnya blogger picisan jer. haha. Kenapa Cik Nor jadi blogger? Sebelum ni tak pernah terfikir pun nak jadi blogger. Entah macam mana masa layan twitter tu, ramai la pulak kenal blogger. Singgah blog diaorang. Eh macam best lah pulak blog diaorang. Mula-mula tu acah2 jer nak jadi blogger. Alahmdulillah.. dari acah-acah terus menjadi kenyataan. 

Cik Nor jadi blogger sebab Cik Nor suka menulis. Walaupun penulisan Cik Nor agak teruk jugak la tapi Cik Nor tetap mahu coretkan sesuatu untuk dijadikan kenangan dimasa akan datang.Blog ni dah macam diary online Cik Nor . Semua cerita seharian Cik Nor kumpulkan disini. Tak kisahlah kisah tu best atau tidak yang penting ianya dapat dijadikan kenangan paling bermakna untuk anak-anak Cik Nor (cess kawen pun belum...)

Satu lagi sebabnya, Cik Nor suka berkawan. Tak kira walau dimana berada. Makin ramai kawan makin banyakla idea untuk Cik Nor menulis. Dulu ingat lagi masa mula-mula menulis blog , entry Cik Nor tak pernah ada orang komen. Macam entry syok sendiri jer. Tapi Cik Nor tak kisah, yang penting apa yang Cik Nor nak luahkan sudah diluah. Lega sikit stress bila dapat menulis blog. Hilang semua masalah bila dah mula menulis. Tak caya tanya blogger lain. Nak start bukan main susah, bila dah start tak nak berhentilah pulak.hehe

Korang pulak kenapa jadi blogger erk?jawab secara jujur..:)


12 comments:

  1. saya tak ramai pun follower..ada la juga..saya tulis blog pun sebab berminat nak mengaramg sesuatu untuk dibaca

    ReplyDelete
  2. Saya tak pandai menulis tapi selalu berangan2 nak jadi penulis. Tak layak jadi penulis buku, dpt tulis blog pun cukuplah. Lagi satu sebab bila tulis blog boleh terus publish....blink! Jadi satu entry dalam internet. Best kan...walaupun mcm syok sendiri hihi

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum..hehehe murni pon sama..murni pernah create satu blog masa tahun 2009 tapi kelaut. Pada Januari 2015 Murni start buat blog baru tujuan asalnya untuk Jual Produk Shaklee..Tapi loni bukan saje dapat customer dari blog, banyak juga murni dapat produk review,sertai event dan ada juga review berbayar. Dan yang paling murni seronok dapat kenal ramai rakan2 blogger termasuk yang dah ada nama. Selain dapat banyak info dapat gak eratkan silaturrahim..aduss panjang komen dah macam boleh buat satu entry ni..hehehe

    ReplyDelete
  4. Sebab nak isi masa lapang cik nor...masa tu baru berhenti keja. Masalahnya bila dah berblogging, habis masa kat blog pulak....
    Tp seronok dapat baca cite kengkawan

    ReplyDelete
  5. haha.. betul tu.. bila dah start mcm susah pula nak berhenti.. ada je maw diceritakan.. biasa la tu mula2 tiada org komen lama2 ramai la yg mengomennye tu.. mcm sekrg ni kan.. tahniah.. keep it up..:)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum kak...
    Blog ni macam drug... hahah ada je benda nak membebel dan nak share even bende merapu...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum kak...
    Blog ni macam drug... hahah ada je benda nak membebel dan nak share even bende merapu...

    ReplyDelete
  8. Susah nak berenti kalau dah menulis
    Tapi bila dh stop susah nk start balik
    Apa pun berblog mmg best beekongsi cerita dan masakan dgn kenkawan

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum.
    Kerana minat menulis membuatkan Ros buat blog mula-mula dulu. Iyer kalau tengok balik entry lama Ros, ketawa jer. Hihi

    ReplyDelete
  10. Suka bila berblog ni kan CIkNoor.. ramai kenalan maya di serata Malaysia.. mula2 just suka2 skrg dah jadi side income kan.. alhamdulillah.. :)

    ReplyDelete
  11. Blog menjadi wadah kita bertemu rakan walau tak bersua muka.
    Dpt mencatat banyak cerita yg tak terluah kepada org lain.

    ReplyDelete
  12. SB isi masa lapang jadi blogger, tak tau la pulak makin gian menulis walaupun ilmu memasak SB tak byk mana.. Dari tahun 2011, follower pon ciput ni..hahhaaa!!..

    ReplyDelete