KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Tuesday, October 4, 2016

Hadiahku Terima Rosak Binasa


Assalamualaikum..

Dah 2 hari nak buat entry tapi terperap kat dalam deraf tak tulis apa-apa. Sementara menunggu kawan sampai Cik Nor siapkan dulu entry ni supaya tak menjadi pekasam.hehe

Berbalik kepada gambar di atas, Cik Nor dapat hadiah tu dari blogger Malaysia yang tinggal di Perth, Australia. Siapa yang nak ke Perth bolehla hubungi beliau. Siapa beliau? Siapa lagi kalau bukan Kak Umi. Friendly orangnya. Memang tak rugi kalau kenal dia. Amboi panjang bebenor intro Cik Nor kan.hihi.

Cik Nor dapat hadiah tu sebab join contest share n win. Dimana contest tu mencari penaja untuk menaja makanan untuk pelajar-pelajar upsr di Kedah yang kurang berkemampuan. Memang terbaiklah contest ni. Share sambil beramal.

Sebagai penghargaan K. Umi hadiahkan sebatang dari Australia. Pen tu memang cantik tapi sayang bila sampai ke tangan Cik Nor pen tu pecah berkecai. Nak kata dari jauh, tengok cop kat setem dari Selangor jer.  Yang Cik Nor tak puashati, kerja posman Malaysia. Dah tahu barang tu kecik jangan la ditimbun dengan barang-barang yang berat. Pen tu dah di balut dengan bubble wrap tapi tak selamat jugak. Adoii..macam mana kerja posmen ni..huhu

Sayang punya pasal Cik Nor selotape kan pen tu sebagai kenangan.  Susoh oo nak dapat sobenior dari luar negara.hehe. Apa-apa pun terima kasih K. Umi.

18 comments:

  1. Mestilah sedih kalau dpt souvenir dari kawan gitu jadinya..

    ReplyDelete
  2. Ala, sayang ianya rosak tapi apapun hopefully ikatan ukhuwah takkan goyah.. =) cheer up sis..

    ReplyDelete
  3. sygnye rosak.. tp kenapa tidak hantar dlm kotak kecil? kalo envelope gitu tuk dokumen mmg pecah la kot.. :)

    ReplyDelete
  4. Sayangnya kan dah berkecai. Agaknya dorang timpa sampul ngan barang yang tersangat la berat. Kalau bebaling gitu, takkan teruk rosaknya.

    ReplyDelete
  5. hi ucing singgah sini (>.<) dari segmen mialiana.

    ReplyDelete
  6. Hadiah dah la dari jauh kan,, sayangnya pulak

    ReplyDelete
  7. Ala, sedihnya!!!! Kenapa la buat macam tu... Walaupun kecil tetap kena jaga kualiti.. Alahaiii

    ReplyDelete
  8. Takpe la kak.nak buat camne yang penting persahabatan akk dgn kak umi seperti biasa.

    ReplyDelete
  9. aduh sedihnya terima hadiah dalam keadaan rosak...

    ReplyDelete
  10. nanti Allah ganti dgn yg lebih hebat n berharga...

    ReplyDelete
  11. Alahai kesiannyer..kalau pen kilometrico takpe la..huhuhuhu

    ReplyDelete
  12. Alahai....sayangnya. Nak buek camno!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...