Breaking News

Bila Cik Nor Merantau


Assalamualaikum..

Wee..sehari sekali belum tentu Cik Nor updates blog. Idea belum mari plus penyakit 'm' datang. Hihi. Tak adalah. Sebenarnya Cik Nor busy sikit semenjak 2 menjak ni tapi kerja tak jalan juga bila sakit kepala menghantui.huhu.

Amboi panjang betul permulaannya Cik Nor. Sebenarnya minggu lepas Cik Nor ke Kuala Lumpur atas urusan kerja. Perginya hampir seminggu jer. Hehe. Tapi masalahnya Cik Nor sukar sikit untuk makan. Bukan nya tempat Cik Nor stay tu xde jual makanan tapi semuanya gerai makan mamak. Cik Nor kureng sikit kalau makan kat kedai mamak. Tak tahu la kenapa. Hehe.

Kat Kuala Lumpur ni bersepah kedai mamak, nak cari kedai makan orang melayu memang sukar sikit. Kalau ada pun kedai keluar jauh sikit la. Alternatif  terbaik kalau tak jumpa makanan yang di idamkan , fast food la jawapanya. Walaupun fast food tidak baik untuk kesihatan tapi itu sahaja pilihan yang Cik Nor ada. Mesti korang tertanya-tanya kat mana Cik Nor stay semasa di Kuala Lumpur. Cik Nor stay di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Tu yang macam susah nak cari makanan yang diidamkan.

Korang pula macam mana?

9 comments:

  1. A ah betol tu cik nor.. Kat KL tu kedai mamak bersepah.. Satu lagi kedai warga asing banyak.. kedai melayu lahai leh la kire brp je dok ada..

    ReplyDelete
  2. Cik Nor tak roger ada kat KL..kalau tak boleh dtg makan kat rumah ke :)

    ReplyDelete
  3. x suka sgt nasi kandar sbb kolestrol tinggi..

    ReplyDelete
  4. kedai mamak ni ada mahal sikit harganya =)

    ReplyDelete
  5. Brickfield ke Cik Nor?
    Emmm....hakak pun nama jer duk KL tp gi KL pun jarang.

    ReplyDelete
  6. Brickfield ke Cik Nor?
    Emmm....hakak pun nama jer duk KL tp gi KL pun jarang.

    ReplyDelete
  7. sama ngan akak..dan bertahun merantau...kena la pandai bawak diri kan

    ReplyDelete