Breaking News

Sumber Ayu | Pilihan Wanita Masakini


Assalamualaikum..

Ingat lagi masa dulu-dulu perempuan kalau dah akil baligh memang kena jaga betul-betul kawasan intim. Tapi dulu tak ada lagi pembersih khusus untuk kawasan tersebut. Orang dulu-dulu buat secara tradisional iaitu mencuci kawasan tersebut dengan air rebusan daun sireh. Tapi cara tu rumit dan sukar untuk simpan lama.

Cik Nor dulu pun guna cara tu jugak tapi tak bertahan la akibat penyakit 'm'.hehe. Akhirnya Cik Nor temui pembersih khusus wanita iaitu Sumber Ayu.  Kalau ikutkan dah lebih sepuluh tahun Cik Nor gunakan produk ni tanpa berpaling ke arah jenama lain. Memang tidak diragui lagi keberkesanannya.


Kepada yang belum tahu lagi apa itu kawasan intim. Meh sini Cik Nor ceritakan. Sebahagian  erti menjadi "dewasa" adalah mampu mengetahui dan memahami keadaan serta keperluan tubuh badan. Kebersihan tubuh badan amat penting terutamanya pada kawasan intim.

Bahagian intim wanita merupakan tempat tinggal jutaan flora dan bakteria yang membolehkan kita menjalani kehidupan seharian tanpa sebarang gangguan dan perasaan tidak selesa pada kawasan tersebut. Bakteria yang membentuk sebuah ekosistem semulajadi ini memberikan keseimbangan tahap ph serta melindungi kawasan tersebut daripada sebarang jangkitan dan ancaman bendasing. Bertentangan dengan kepercayaan unum, membersih kawasan intim dengan menggunakan sabun dan air akan mengganggu keseimbangan semulajadi, lantas mendedahkan anda kepada risiko jangkitan.


Lengkap rutin penjagaan peribadi anda dengan pembersih kewanitaan daun sireh Sumber Ayu, diformulasi dengan bahan semulajadi agar kawasan intim wanita sentiasadalam keadaan sihat dan bersih serta bebas dari bakteria jahat, kegatalan dan juga bau yang kurang menyenangkan.

Pembersih wanita daun sireh Sumber Ayu ini juga di perakui Halal oleh JAKIM bagi manfaat para pengguna 

Pembersih kewanitaan daun sireh Sumber Ayu merupakan produk ideal bagi semua wanita di setiap peringkat umur dan hadir dalam rangkaian 6 wangiam yang menarik dan pelbagai.

  • Pembersih wanita daun sireh Sumber Ayu Orkid - Haruman segar dari kuntuman orkid, memberikan wangian ringan dan rasa bersih yang kekal sepanjang hari. Amat sesuai buat wanita ayu yang sentiasa mengekalkan keanggunan dalam pelbagai cara.

  • Pembersih wanita daun sirih Sumber Ayu Mawar - Wangian mawar mekar manis memberikan aroma yang menenangkan dan rasa bersih sepanjang hari. Pilihan bagi mereka yang berjiwa romantis.

  • Pembersih wanita daun sirih Sumber Ayu Floral - Kombinasi percikan aroma pelbagai bunga memberikan rasa segar sepanjang waktu. Ciptaan ideal bagi wanita yang sentiasa ceria dan bersahaja.

  • Pembersih wanita daun sirih Sumber Ayu Musk - Aroma semula jadi kasturi yang ringan menyuntik kesegaran optimum agar kekal sepanjang hari. Varian ini sesuai dengan wanita yang sentiasa kehadapan dan meminati haruman patchouli yang terkenal dengan nuansa anggun.

  • Pembersih wanita daun sirih Sumber Ayu Gambir - Bauan herba yang harum serta memberikan kesegaran  semula jadi. Pilihan terbaik buat wanita klasik yang sofisikated dan menghargai sentuhan alam di dalam kehidupan.

  • Pembersih wanita daun sirih Sumber Ayu Fruity - Aroma manis buah -buahan tropika mampu memberikan anda rasa bersih dan segar sepanjang hari. Pilihan terbaik bagi si gadis yang ceria., lincah dan sentiasa bersedia dan yakin  di dalam apa jua keadaan.

Rangkaian pembersih kewanitaan daun sirih  Sumber Ayu boleh didapati pada harga RM 3.60 (90ml) dan RM5.80 (200ml) . Rangkaian penjagaan kebersihan berkualiti Sumber Ayu ini dibawakan kepada anda oleh Wipro Unza. Produk Sumber Ayu kini terdapat di semua pasaraya utama dan farmasi.

6 comments:

  1. wahhh .. menarik review cik nor .. =))

    ReplyDelete

  2. Semua wanita patut cuba dan guna sumber ayu ni. Terbaiklah..

    ReplyDelete
  3. sy pernah pakai juga brand ni. tapi disebabkan kaler botol yang sy biasa pakai tak ada, beralih ke jenama lain. tapi since pregnant ni, dah stop dulu pakai apa2 pembersih. risau ada effect. tapi, seeloknya mana-mana wanita kena pakai ni. biar bersih dan wangi sikit bahagian intim tu.

    ReplyDelete
  4. Pun tak suka guna..... guna air paip jer haha

    ReplyDelete