KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Monday, August 1, 2016

Produk Althea | Althea Turns 1

Assalamualaikum..

Dah lama nak tulis pasal produk yang Cik Nor beli kat Althea ni tapi tak berkesempatan. Malam ni paksa juga tangan ni untuk menulis dan otak ini untuk mengeluarkan idea. Kalau ada ayat yang merapu harap maklum.hehe


Hello peach-hand& nail cream with 12 types natural plant extracts

Hambik ko panjangnya nama losyen ni. Memang berbaloilah dengan nama panjang dia tu. Cik Nor suka bau dia. Bau buah peach yang soft. Losyen sangat effektif sebab senang menyerap dalam kulit. Tiubnya kecil dan mudah dibawa kemana-mana.


Inila kesemua barang yang Cik Nor shopping hasil dari voucher yang diberikan. Berbaloikan. Jimat duit nak beli barang makeup.kihkih.

Witch's pouch radiant tint-lipstik

Nie pula lipstik ala-ala k-pop gitu. Kalau pakai dia rasa nak telan jer lipstik tu sebab dia rasa macam buah. Yang paling warna dia tahan lama even selepas mandi warna dia masih berkekalan. Macam bibir artis k-pop tu.


Witch's pouch two way cake

Yang ini pula bedak compact dia. Sekali pakai terus jatuh hati. Kalau tak percaya jangan lupa cuba sendiri yer.😊


It's my- lip& eye remover

Wah, Cik Nor tak lupa nak beli penanggal makeup. Biasalah kan walaupon Cik Nor tak nakeup tebal bedak dan lipstik tetap jugak tepek kat muka. Kadang-kadang kita cuci menggunakan foam pencuci muka belum tentu semuanya tanggal. Solution gunalah makeup remover


                  Innisfree - jeju volcanic pore scrub foam

Perghh.. ni paling best guna. Skrub muka dari lumpur gunung berapi. Cara pakai dia mudah sahaja. Picit sikit kat tangan then gosok sehingga dia hampir kering. Kemudian cuci muka menggunakan air suam. Hasilnya memang menakjubkan. Kulit tegang menawan.


Innisfree- green tea mint fresh shampoo

Last sekali syampoo. Campuran green tea dengan mint memang superb. Bau dia memang lain macam sikit tapi hasil mengagumkan. Kepala terasa sejuk dan terasa lembut dan terurus. Memang puashati menggunakannya.

Cantik tak teknik mengambil gambar cara Cik Nor? Kihkih

6 comments:

  1. Ramai blogger dok review produk ni...

    ReplyDelete
  2. MMg terbaeklah cara ambi gambo..... tepi bunga bungaan lagi hihi

    ReplyDelete
  3. berseri2 cik nor kita lps gn produk ni ;-)

    ReplyDelete
  4. Hye, Mira here from Althea. We would like to thank you in joining in our Birthday Party Celebration. We hope you had fun shopping :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye mira..thank you very much because invite me to joining your Birthday Party Celebration. I like it ..:)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...