Breaking News

Selamat Bertunang - Hanif & Farhana

Assalamualaikum..

Entry pekasam dah ni. Nak buat macam mana Cik blog cuti time puasa. Maka terperaplah dalam tab.hihi. Majlis berlangsung sebelum puasa. Kalau tak silap 2/6/2016 (hari khamis). Cik Nor tahu last minute. Ingat tak join majlis ni tapi ingatkan dia adik angkat tak lah menghampakan dia.

Mula-mula memang niat tak nak pergi takut bos tak bagi halfday sebab dah banyak kali ambik halfday. So, cakapla kat adik angkat yang Cik Nor tak dapat join majlis dia. Last minute mohon halfday dari bos, alhamdulillah bos bagi kebenaran. Cik Nor balik senyap-senyap tak bagitahu pun dia.

Masa dia whatsapp pagi tu bila Cik Nor cakap xdapat cuti..dia dah lain macam. Cik Nor biarkan jer..malas nak layan.haha

Masa  rombongan dah nak bertolak dia tengok muka Cik Nor ada sekali... nampak ceria muka dia. Masa makan tu sempat lagi dia marah Cik Nor sebab tipu dia. Cik Nor cakap bukan tipu tapi dapat halfday last minute.

Alhamdulillah majlis berjalan lancar walaupun majlis di buat secara sederhana dengan dihadiri oleh sanak saudara sahaja. Yang mana adik angkat Cik Nor? Yang lelaki tu lerr.hehe. Apa-apa pun tahniah Abdul Hanif & Farhana. Jangan bertunang lama-lama banyak dugaan. Cepatla buat majlis.. tak sabar nak makan nasi minyak ni😊 

3 comments: