Breaking News

Raya Bersama Family Dari Thailand

Assalamualaikum..

Harap korang jangan marah sebab mood raya Cik Nor masih ada. Maka tak hairanlah entry ni penuh dengan gambar-gambar raya kami. Nak buat macam hobi kami suka bergambar dan selfie tak kira dimana berada.haha. Panjangnya pembuka bicara. Sebelum pembaca ko bosan baik ko straight to the point Cik Nor oii.

Hah..korang jangan ingat kami g beraya di Thailand. Kami dok dirumah jer. Family dari Thailand yang datang beraya ke rumah kami dan siap bermalam lagi. Perghh..meriah rumah Cik Nor malam tu. Family dari Thailand ni sebelah abang ipar. Kiranya yang datang ni anak buah dia la.

Malam first diorang datang, kami disajikan dengan masakan Thailand iaitu somtam dan suki. Somtam mungkin korang selalu dengar. Tapi suki tak pernahkan? Suki ni macam steamboat tu jer tapi dia berkuah dan dihidangkan dengan sos pedas.  Yang mana tak tahan pedas boleh kurangkan pedas. Tapi kalau pedas tak best la pulak makan. Macam pelik kan tetamu datang masak rumah kami. Diorang memang dah plan nak masak kat rumah Cik Nor sebab kat rumah Cik Nor semua kaki makan. Haha



Photoshoot ni kami buat sebelum diaorang bertolak balik pada hari raya ke-4. Bila lagi nak abadikan kenangan macam ni. Raya tahun belum tentu dapat berkumpul macam ni lagi. Kenangan terindah yang tak mungkin dilupakan. Terima kasih kepada semua yang sudi berkunjung ke terantak ayah bonda Cik Nor.


7 comments:

  1. tetamu dtg masak sendiri,
    tuan rumah goyang kaki, hehe

    alah, napa tak tayang suki tu,
    nak jugak kenal rupa parasnya.
    1st time akak dgr suki ni tau

    ReplyDelete
  2. meriahnya kak.nor beraya.. heheheh

    ReplyDelete
  3. bestnya..jalan2 jauh sket :) jem tak cik Nor?

    ReplyDelete
  4. mak aiii mkn somtam best nyerrrrr cik nor....

    ReplyDelete
  5. Murni pon ada saudara dekat thailand..tp x berkesempatan utk ziarah raya ni

    ReplyDelete
  6. Untungnye ada sedara di luar negara.

    ReplyDelete
  7. Somtam sedap.
    aida pernah skali makan kat rantau panjang.

    ReplyDelete