KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Saturday, July 30, 2016

Cabaran Raja Kuah Knorr Kini Bermula

Pernah dengar produk Knorr tak? Apa tak pernah? Nampak nau menipunya kan.hehe. Sejarah Knorr ni bermula pada tahun 1838 oleh pengasaskan Carl Heirich Knorr dan berkembang sehingga ke abad 21 dengan pelbagai produk seperti stok ayam, knorr pasti sedap dan pelbagai lagi. Knorr adalah salah satu jenama makanan terbesar di dunia dijual di lebih daripada 87 buah negara di seluruh dunia.

Semalam 29/07/2016( Jumaat) telah berlangsungnya Cabaran Raja Kuah Knorr peringkat Zon Timur (iaitu peringkat ke 3) yang berlansung di Nirwana Maju, Kubang Kerian, Kelantan. 2 peringkat sebelum ini telah berlangsung di Shah Alam, Selangor pada 17 April 2016 dan di Johor Bharu, Johor pada 15 Mei 2016. Setiap peringkat untuk Cabaran Raja Kuah Knorr akan mempunyai 10 orang peserta. Hanya juara setiap peringkat akan mara ke peringkat seterusnya iaitu peringkat akhir yang akan berlangsung di Klang, Selangor pada tarikh yang akan ditentukan kelak.
Di peringkat Zon Timur ini 10 orang peserta telah mengambil bahagian. Jangan kata orang pantai timur sahja boleh menyertai peringkat zon timur ini , seluruh Malaysia pun boleh menyertainya kerana ianya mengikut kesesuaian masa peserta. Senarai peserta peringkat ini, tempat asal dan menu masakan mereka adalah seperti berikut :
1. Suzaini Sulaiman (Selangor) - Patin Salai Masak Lemak Variasi Knorr
2. Taibee Hamdan ( Sarawak) - Lagenda Kari Ayam
3. Hajijah Bakir ( Sarawak) - Udang Kicap H & H
4. Noraziah Salleh ( Kuala Lumpur) - Ikan Masak Lemak Kedondong
5. Mohd Sharifuddin Saleh ( Melaka)- Daging Gunting Kari Beriani Citarasa Knorr
6. Rabiah Sulaiman ( Selangor) - Masak Lemak Ayam Cendawan Knorr
7. Mohd Hilmi Mohd Alias Ahmad ( Kedah) - Masak Lemak Ayam Salai bersama Pucuk Ubi ala Knorr
8. Salina Ismail ( Terengganu) - Ketam Merah Kari
9. Mohd Hanif Othman (Selangor) - Masak Lemak Wangi
10. Nazura Zainal Abidin (Selangor) - Satey Gulung Knorr Berkuah Kari Knorr

Pemenang dipilih berdasarkan kriteria permarkahan seperti berikut : 
1. 60% - juri
2. 30% - persembahan
3. 10% - kebersihan.
Alah...macam korang tengok pertandingan memasak kat televisyen tu lerr. Hehe
Mereka semua di adili oleh Chef Selebriti, Chef Mohd Johari Idrus, Chef Professional UFS Mohd Hadzrin Mohd Din dan Blogger Kelantan, Puan Ruzita Idias Ismail.
Tujuan Cabaran Raja Kuah Knorr di adakan buat pertama kalinya di Malaysia ialah untuk memperkenalkan produk Knorr tanpa MSG dan menjimatkan kos pengguna. Ianya juga di anjurkan untuk mencari juara di kalangan peniaga gerai kaki lima dan juga para suri rumah. 

Juara untuk peringkat ke 3 di menangi oleh Mohd Hilmi Mohd Alias Ahmad yang membawa pulang wang tunai bernilai RM 5,000.00, barangan dapur komersial bernilai RM1,000.00 dan hamper penaja bernilai RM500.00. Manakala tempat ke 2 pula dimenangi oleh Mohd Sharifuddin Saleh yang membawa pulang wang tunai bernilai RM 2,500.00, barangan dapur komersial bernilai RM1,000.00 dan hamper dari pihak penaja bernilai RM500.00. Tempat ke 3 pula di menangi oleh Salina Ismail yang membawa pulang wang tunai RM1,000.00, barangan dapur komersial bernilai RM1,000.00 dan hamper dari pihak penaja bernilai RM500.00

Untuk hadiah saguhati pula peserta mendapat barangan dapur komersial bernilai RM400.00 dan hamper dari pihak penaja bernilai RM300.00

Cabaran Raja Kuah Knorr ini di taja bersama oleh peralatan dapur komersial Butterfly, jenama santan dan kicap Harmuni.

Buat rakan-rakan blogger terima kasih kerana sudi bekerjasama dengan Cik Nor.😊



Corat-coret sekitar majlis.  


Buat peserta peringkat ke 4 di Alor Star, Kedah( 3 September 2016) selamat berjaya. Jumpa di peringkat akhir nanti yer.

6 comments:

  1. Best kan kak nor semalam, dpt selfie ngan chef papa joe hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..mmg sporting habis la papa joe..senang ajk selpie😊

      Delete
    2. seronok nyer ciknor.
      dpt jumpa papa joe.
      i like papa joe :)

      Delete
  2. Tahniah kepaya berjaya....bersedia utk ke peringkat seterusnya....Nape CIk Nor tak masuk?

    ReplyDelete
  3. wahhh cik nor da mcm wartawan da ni... ;-)

    ReplyDelete
  4. best kan dapat merasa masakan para peserta..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...