Breaking News

Bukan Sekadar Blogger #kbba


Assalamualaikum..

Minggu lepas bersama dengan 1 Julai 2016 (Jumaat) Cik Nor telah menyertai penyerahan sumbangan barang keperluan harian untuk menyambut Aidilfitri kepada 3rd  Force Kelantan untuk disumbangkan kepada keluarga miskin yang terpilih. Majlis ini telah berlangsung dengan jayanya di Klinik Primer Cherang, Kota Bharu, Kelantan. 

Idea untuk memberi sumbangan ini tercetus dari dari founder Kelab Blogger Ben Ashaari iaitu Abg Ben dimana beliau membuat kutipan derma dikalangan ahli kelab dan rakan-rakan terdekat. Alhamdulillah..walaupun jangka masa yang singkat kutipannya amat memberangsangkan. Tahniah di ucapkan kepada ahli kelab KBBA.



Semasa penyerahan sumbangan tersebut KBBA diwakili oleh Wan zul a.k.a ayah ji, Eraz dan Cik Nor sendiri. Manakala 3rd force pula diwakili oleh founder nya sendiri iaitu YM Raja Shamrin Raja Hussin. Alhamdulillah majlis ini berjalan lancar.

Banyak pengalaman berharga yang dikongsi oleh Raja Shamrin semasa majls tersebut. Dulu masa kita kecil kita ingat susah sangat sebab g sekolah rendah bawa duit rm0.20 sehari. Bila masuk sekolah menengah bawa rm0.50. Masa tu terasa miskin sangat padahal tahun 80an dan 90an nilai sen amat tinggi. Dengan rm0.50 kita dapat beli sepinggan nasi dan segelas air.

Bila dengar pengalaman abg raja...baru kita tahu kita ni sebenarnya bukan miskin. Ada lagi orang yang lebih daif dari kita. Oleh yang demikian kita harus bersyukur dengan rezeki yang kita perolehi. Disamping itu juga sama-samalah kita bantu orang-orang yang memerlukan  agar hidup kita lebih diberkati. InsyaAllah.

3 comments:

  1. alhamdulillah . membantu mereka yg memerlukan bantuan itu tanggungjawab kita . semoga usaha itu berterusan di masa akan datang .

    ReplyDelete
  2. seronok dapat mebantu mereka.. memang kbba best.. bukan sekdar blogger

    ReplyDelete