Breaking News

D'Amara Chicken Chop-Food Review

Assalamualaikum..

Mesti korang pelik kan nak baca blog Cik Nor tapi tak der perkataan. Tajuk bukan main lagi Food Review. Tapi ada gambar sahaja. haha. Begini ceritanya..Cik nor dah schedule siap-siap bila nak publish. Ingat malam tadi nak tulis entry nya tapi Cik Nor lemau sangat-sangat , orang g masjid belum balik lagi Cik Nor dah bantai tidur. Itulah sebabnya entry Cik Nor ada gambar sahaja.

  Gambar yang atas tu Grill Chicken Chop. Sangat-sangat mabeles wa cakap lu. Daging ayam yang di grill sempurna dan sangat juicy di tambah pula dengan sos lada hitam yang sangat-sangat sedap. Terasa nak tambah 1 lagi.hehe. Tengok gambar pon memang menyelerakan.


Kami order air carrot susu, epal susu dan untuk Cik Nor Laici Kang. Ermm..sangat puashati dengan air yang disediakan. Tak manis sangat..sedang-sedang sahaja. 

Ni model nasi ayam a.k.a adik Cik Nor. Dia order nasi nasi ayam jer. Katanya nasi ayam tu sedap sangat.Kalau tak sedap xkan habis licin kot..hehe
 
Yang pula adik angkat Cik Nor merangkap driver Cik Nor kalau Cik Nor nak kemana-mana malas nak drive. Dia pun sama taste dengan adik Cik Nor..Order nasi ayam.

Kat mana D'amara chicken chop ni? Kedainya terletak sebelah kiri selepas traffic light Peringat menghala ke Machang. Senang sangat nak kenal kedai dia kerana kedainya berwarna kuning.. Sesiapa yang berada di Kelantan boleh lah cuba chicken chop dan menu-menu lain. Semuanya sedap-sedap belaka.

Total damage untuk semua dalam gambar tu:
1. Grill Chicken Chop
2. Nasi Ayam x 2
3. Laici Kang
4. Carrot Susu
5. Epal Susu
 Semuanya RM 28.00 sahaja

Murah ke mahal?

3 comments:

  1. Semalam mak baru buat nasi ayam Cik Nor....Lama tak makan western weyh!

    ReplyDelete
  2. murah nau2 tu cik norrr mn laa nk dpt kt sini rege gituu

    ReplyDelete
  3. rm28 utk semua tu? murah sangat sangat. air tu pun nampak sedap sangat

    ReplyDelete