Breaking News

Resepi : Kek Coklat


Assalamualaikum..

Wah, rasa macam dah genap seminggu kot Cik Nor tak updates blog. Malam terasa rindu la pulak. Ahaks..

Oleh kerana dah lama tak kongsi resepi meh sini Cik Nor ajar macam mana nak buat kek coklat kukus/bakar

Bahan-bahan

2 cawan tepung kek
2 cawan serbuk coklat/coklat yang dicairkan
2 cawan minyak jagung
2 cawan susu pekat
1 tin susu cair
6 biji telur
1 sudu kecil soda bikarbonat
Sedikit marjerin

Cara-cara membuatnya:

1. 2 cawan serbuk coklat/coklat yang dicairkan, 2 cawan minyak jagung, 2 cawan susu pekat dan 1 tin susu cair dimasak di atas api yang perlahan sehingga sebati. Bila dah sebati ketepikan dan sejukan.

2. Sementara menunggu adunan no.1 sejuk, pukul telur sehingga kembang. Nak pukul guna tangan pun boleh, nak guna mixer pon boleh.  Setelah telur kembang, masuk kan tepung kek yang dia ayak bersama soda bikarbonat sedikit demi sedikit.

3. Setelah semuanya sebati masukan adunan no.1 yang telah sejuk dan kacau atau mix sehingga sebati. Sapu loyang yang hendak digunakan dengan sedikit marjerin.

4. Panaskan pengukus atau oven. Sedia untuk dikukus atau dibakar. Suhu bakar jangan tanya Cik Nor. Cik Nor main hentam jer janji masak dan tak hangus. Kalau bakar rasanya suhu macam buat kek biasa jer.

Untuk topping:
1. 1cawan serbuk coklat/ coklat yang di cairkan
2. 1 cawan susu pekat.

Kedua-duanya dimasak di atas api yang sederhana sehingga sebati.

Bila  kek yang dikukus atau bakar tadi telah sejuk, letakkan topping mengikut citarasa anda. Hias lah mengikut kretiviti sendiri.


Contoh yang Cik Nor dah siap hias. Cik Nor tambah coklat rice dan cheese. Sedap sangat. Seamat mencuba😊



9 comments:

  1. sedapnya cik nor...terliur pulak

    ReplyDelete
  2. wah, sedapnya nampak kek coklat cik nor ni.. boleh try ni ;)

    ReplyDelete
  3. Amboiiii cik nor kita kalau baking kek coklat kukus tu win sangat gayanya haaaa...siap dressing cheese bagai...cik nor tau tak si juju tu kelaparan tahap nak kekah keyboard dah ni hahahhaha...leh try nanti

    ReplyDelete
  4. Amboi rajinnya cik nor..nmpk sdp sgt tu

    ReplyDelete
  5. Sedapnya kek coklat. Fav Afiq. Boleh cuba nanti resipi ni. Huhu

    ReplyDelete
  6. Nak order kek coklat la raya ni dgn cik noor. boleh ke?
    BTW, teruskan mengomen di blog AK krna 5 pengomen teratas pada 1 Ramadhan bakal menerima kad raya!

    ReplyDelete
  7. sedapnya..pantang nampak coklat ni

    ReplyDelete
  8. xnk buat tp nk yg cik nor buat ;-)

    ReplyDelete