KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Wednesday, May 4, 2016

Kerja Makan Gaji vs Kerja Sendiri

Gambar hiasan


Assalamualaikum...

Ya Allah...Cik Nor mungkir janji lagi kan? Dulu janji nak updates 1 entry 1 hari. Tapi tengoklah sekarang apa dah jadi, seminggu sekali pun belum ada entry baru.huhu.

Mukadimah tak payah panjang-panjang Cik Nor nanti orang jemu nak baca blog ko. Ada faham? Berbalik kepada tajuk kat atas, sebenarnya Cik Nor dalam dilema ni. Nak kerja sendiri or nak teruskan kerja sekarang ni. Kerja sekarang ni semakin lama semakin mencabar jiwa dan raga. Contohnya semalam kena maki hamun atas kesilapan yang tidak disengajakan tapi marahnya seorang bos macam Cik Nor dah rugikan 2.6b duit syarikat.

Bayangkan bos telefon Cik Nor semata-mata nak marah pasal tu sahaja. Masa tu memang tahan telinga dan tahan mata daripada menangis. Rasanya banyak lagi kot cara lain nak tegur staf yang kadang-kadang alpha dalam bekerja bukan dengan marah mengkhinzir buta. Harap lebih professional jika mahu dihormati oleh staf anda.

Masa kena maki hamun memang nak berhenti kerja tapi bila fikir balik nak buat apa kalau dah tak kerja makan gaji. Rezeki Allah luas yang penting kita rajin berusaha untuk memajukan diri. Nak menjahit tak pandai, nak buat kek atau biskut pandai makan jer. Buat kuih tradisional pandai la jugak sikit-sikit tapi pasaran dia macam mana pulak. Ishh..banyak benda nak kena fikir kalau buat perniagaan sendiri. 

Apa yang menariknya kerja sendiri ni.. tidak terikat dengan waktu pejabat, bebas membuat keputusan sendiri dan yang paling penting tiada arahan dari sesiapa. Kalau kerja kuat lumayan hasilnya. Kalau malas terimalah akibatnya.

Korang boleh tak bagi cadangan nak buat perniagaan apa?hehe


P/s: perniagaan tudung Cik Nor ada lagi tapi tuan dia dah kelaut.hihi? Perniagaan tudung tu Cik Nor tolong kakak jer😊


14 comments:

  1. Huhu..sama feeling cik nor..saya ada jugak kadang terpikir nak benti keja sebab menyampah dengan perangai bos yang kadang tak appreciate apa kita buat..tapi sebab keja gomen je..ku hadap jugak..dalam pikiran selalu berimaginasi bukak bisnes apa2..

    ReplyDelete
  2. kalau bebetul cik nor ada bisnes, cth nyer tudung tu kan, pada pndpt aida perluaskan. sebab cik nor da ada pelanggan. da ada platform. mula kan dari sekarang.
    tu kena perkuatkan sebelum resign :)

    ReplyDelete
  3. eh lupa nak komen.
    keje sendiri lebih baik dari makan gaji.
    but kena strong la bisnes kita tu.

    ReplyDelete
  4. Mana tahan kalau bos perangai sebegitu kn..tahan jiwa raga, bisniss ni luas, byk bnda blh buat

    ReplyDelete
  5. Good Luck on any decision u make..

    ReplyDelete
  6. Banyakkan bersabar. Mungkin kerja freelancer online sesuai untuk NN..kerja dari rumah asalkan ada sambungan internet yang stabil. Banyak peluang yang ada jika NN ada nak boleh cari kat google US version.

    ReplyDelete
  7. Gitulah dugaan bekerja Cik Nor....kena sabar banyak banyak. Biasalah time kena marah mmg terus rasa nak berhenti. Tapi masalahnya kita reti ke nak berbisness? Tulah pasal dari dulu satu habuk bisnes pun mak tak de haha.... nak buat cake, kuih bukannya reti.... setakat makan sendiri pun tak tentu hihi

    ReplyDelete
  8. Saya buat keputusan untuk bekerja sendiri sejak tahun 2012.. Memang mula2 agak susah nak adapt & nak brandingkan diri.. Tapi kena yakin & kena kental jiwa sikitla.. Banyak cabang bisnes kalau sis nak cuba.. Mcm saya, saya bermula dengan bisnes dropship.. Mcm2 saya jual.. Untung mmg tak banyak buat dropship ni tapi lama2 kalau kita kumpul In Shaa Allah mendatngkan pulangan yang baik.. Tapi paling menarik hati & mudah utk saya ialah bisnes saya sekarang.. Bisnes dari rumah je, buat secara online.. Alhamdulillah, banyak kelapangan waktu bila bekerja sendiri.. Kalau betul minat berbisnes boleh contact saya.. Saya cuba bantu.. ^_^
    019.532.7438

    ReplyDelete
  9. kak alycia skrg masih bekerja. tapi pernah jugak buat bisnes online sambil2 sblm pregnenkan Zhafran dulu. mmg pulangan lumayan kalau bisnes ni..

    ReplyDelete
  10. bila bekerja sendiri memang lagi penat tapi memang puas hati. insyaALLAH cik nor boleh punya. banyak je dropship, business yg tak perlu modal besar tapi boleh jana income 5 angka pun ada. bekerja sendiri memang kena super duper rajin dan insyaALLAH sangat berbaloi.

    http://www.ainulmustafa.com/2014/02/engineer-to-wahm.html

    ReplyDelete
  11. huurm.. CT pun xde keje tetap ni dok pujuk hati sabar.. cabaran dugaan lain2.. bos tu dia kena bambu jugak kot. tu dia sambung sembur kat Cik Nor..

    ReplyDelete
  12. kerja sendiri , kena kuat lah . semangat kena kuat . blh bermula dgn online . wpun cuma online , dok hadap lappy je , kena gak tahu marketing strategy , kena ada modal , buat survery ... cabaran tetap ada .

    ReplyDelete
  13. so loni boleh laa perlahan2 atur strategi sndr..murni pon ada cita2 nak kerja sendr tapi tgh kumpul modal dan kekuatan juga ni..doakan yang baik2 jer untuk masa depan kita

    ReplyDelete
  14. hati mesti kental kalu keje sendiri ni sbb pendapatan bkn sentiasa naik. kalu kerja dgn org ni, pun hati kena kental jg... kalu buat slh mmg akn kena bahan so disitu letaknya kekentalan hati ;-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...