KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Tuesday, April 5, 2016

Nilai Persahabatan

Gambar Hiasan


Assalamualaikum.

Alahai..punyalah payah nak updates blog sekarang ni. Jeles pulak tengok orang updates blog. Asal pegang tab jer ada je halangan yang ada. Kejap orang panggil, kejap nak g tandas, kejap line tenet slow..adeii macam-macamkan. Alasan jer tu sebenarnya.haha

Dah lerr merapu Cik Nor. Lain tajuk ko tulis lain pulak isi kadungan yang ko cerita. Bagi korang apa yang korang faham tentang persahabatan? Tak kiralah di mana korang berada sekarang. Di rumah, tempat ker or some one else yang boleh korang jalinkan persahabatan. Macam Cik Nor ada dua situasi. Satu ditempat kerja dan satu lagi dirumah sewa.

Kalau di tempat kerja Cik Nor ada seorang staf yang baik dan rapat dengan Cik Nor. Tapi kadang-kadang Cik Nor ada jugaklah rasa tak puashati dengan beliau. Contohnya ketika Cik Nor ajak dia keluar makan. Ada je alasan dia bagi seandainya dia tak mahu temankan Cik Nor keluar makan. Sedangkan Cik Nor sanggup tolak tepi bekal Cik Nor bawa semata-mata tidak mahu kecik kan hati beliau ketika beliau mengajak Cik Nor keluar. Tapi bila time Cik Nor ajak beliau banyak pulak alasan dia bagi. Kalau korang kat tempat Cik Nor apa perasaan korang?

Situasi kedua di rumah sewa Cik Nor. Sama juga kesnya. Merangkap roomate Cik Nor. Time dia demam tak boleh nak bangun, kita bukan main lagi tolong beli makanan. Time dia lapar kita dah kenyang tapi teman jugak dia g beli makanan. Tapi bila kita ajak dia g kedai runcit ..haram nak teman. Cik Nor bukan saja-saja nak ajak teman tapi waktu tu dah malam. Takut jugak jalan sorang-sorang kat tempat gelap. Tapi orang dah xnak teman kita pasrah jer la. Kuatkan hati pergi sorang-sorang dan yakin Allah sentiasa bersama kita.

Cik Nor ni jenis tak suka  luka kan hati kawan kalau bersahabat. Tapi kalau macam ni lah kawan rasanya baik long ranger kan?hehe. Macam lari tajuk jer..layan kan je la.

Kawan korang macam kawan Cik Nor jugak ke?


6 comments:

  1. ermmm gitu pulak perangai dorang.. sabar laa ye cik nor.. kekadang kalau kite terlalu baik, org amek kesempatan pulak..

    ReplyDelete
  2. Sukar juga dapat kawan yg macam tu kan cik nor..
    Tak apa lah cik nor.. kita ikhlaskan jerlah perbuatan baik kita tu pada dia.. mungkin nanti orang lain yg balas jasa baik kita pulak..

    ReplyDelete
  3. kawan,sahabat,teman...macam2 jenis..mcm2 perangai..mcm2 pe'el..
    dah lama hidup..macam2 jenis boleh jumpa..yg penting kita boleh bertolak ansur dlm hubungan persahabatan..jenis Cik Nor ni sanggup berkorban utk sahabat..bagus ..tentang layanan sahabat pada kita tu..biarkan jela Cik Nor..nanti diarang dpt menilai siapa sahabat yang baik atau tidak..:)

    ReplyDelete
  4. cik en lebih suka lone ranger.. sbb kerap sagt terkena dan xmo susahkan kawan2.. sbb tu cik en kena sentiasa kuat untuk hidup dalam lone ranger ini

    ReplyDelete
  5. Ohhh.....
    Mcm selfish pulakkan cik Nor kawan Cik Nor tu. Bila time dia mintak tolong kita bukan main lagi.

    Tak perlah cik Nor dah cenggitu nasib badan, nak buat mcm mana. Ni bukan housemate yg selalu cik Nor makan sama sama tu ke?

    ReplyDelete
  6. ehhh, telan air liur pulak tgk air kat atas tu ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...