KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Tuesday, December 27, 2016

Korang Ada Soalan Tak Untuk Cik Nor?


Assalamualaikum..

Sempena tahun 2016 yang bakal melabuhkan tirainya beberapa hari lagi Cik Nor memberi peluang kepada semua pembaca setia Cik Nor. Tanyalah apa saja tentang Cik Nor atau blog Cik Nor.

Soalan tak puas hati dengan Cik Nor sendiri or blog Cik Nor. Tanya je apa saja dan Cik Nor janji akan jawab sebaik mungkin..insyaAllah.
😊😊😊

Monday, December 26, 2016

Nasi Impit Bersama Sambal Kelapa


Assamualaikum..

Minggu lepas balik kampung sebab minggu sebelumnya dah tak balik. Lagipun minggu ni kan cuti 3 hari, apa lagi balik lerr..hehe. Home sweet home.

Entah dari mana datang kerajinan tiba-tiba rajin nak buat nasi impit dan sambal kelapa. Nasi impit tak perlu kot bagi resepi sebabnya nasi impit segera banyak dipasaran.hehe

Meh Cik Nor share resipi sambal kelapa:

Bahan-bahan

1 biji kelapa diparut
4 ekor ikan dibakar ( jenis ikan ikut suka, Cik Nor guna ikan selayang)
4 batang serai di mayang nipis
1 ulas bawang merah di mayang nipis
Garam & gula secukup rasa

Cara-caranya:

1. Goreng kelapa tanpa minyak sehingga hampir garing.
2. Masuk ikan bakar yang telah diasingkan dengan tulang.
3. Kacau sehingga sebati, kemudian masukkan serai dan bawang.
4. Kacau kesemua bahan tersebut sehingga garing.
5. Dah garing bolehlah tumbuk sehingga hancur bahan-bahan yang telah digoreng bersama tadi. Cik Nor malas sikit, sejuk kan sebentar then blend sehingga hancur. 
6. Dah siap semuanya bolehlah ditambah garam dan gula secukup rasa.

Lepas tu bolehlah dihidangkan bersama nasi impit. YummyπŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€

Friday, December 23, 2016

Andai Aku Kaya


Assalamualaikum..

Hari ni hari Jumaat. Hari Cik Nor nak berangan sikit. Tak salah berangan kan? Tak kena bayar pun. Hehe. Ni bukan apa, ni kes kehabisan idea nak tulis apa.πŸ˜‚

Kalau Cik Nor kaya, mula-mula sekali nak daftar pergi haji untuk seluruh keluarga Cik Nor. Sementara tunggu turn nak tunaikan haji Cik Nor nak bawa seluruh ahli kelurga pergi Umrah. Alahai...bestnya...moga-moga Allah makbulkan impian Cik Nor ni...Aamiin.

Second, Cik Nor nak bantu orang tak berkemampuan diseluruh pelusuk negeri Kelantan. Tak kisahlah membantu dari segi apa yang penting bantu dan buat mereka happy untuk teruskan kehidupan mereka.

Third, Cik Nor nak bantu anak-anak orang miskin untuk teruskan pengajian mereka tak kisah lah di sekolah atau universiti. Janji mereka mendapat pendidikan untk membantu keluarga mereka dimasa hadapan.

Ikutkan memang banyak angan-angan Cik Nor tapi kan kalau tulis panjang-panjang orang tak baca lak kan. Hehe. Cukup lah 3 tu dulu. Kalau korang kaya korang nak buat apa yer? Nak tahu..hehe

Kalau aku kaya, hari-hari hari raya..πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚



Thursday, December 22, 2016

Ouchh...Really?... I dont Believe It


Assalamualaikum.

Nyaman sungguh malam ni macam berada di tempat yang sejuk. Cewahh..padahal baru lepas hujan. Tempat korang hujan tak?

Malam ni macam biasa buka blog. Tengok kot-kot ada orang komen. Macam nak balas kan Cik Nor punya ayat tu. Padahal tak pun..baca jer lebih..hihi.  Korang jangan marah tau Cik Nor tak balas komen korang. 

Lepas tengok komen, macam biasa tengok statistik. Tinggi ke rendah. Cik Nor tak mengharap sangat pageview tinggi sebabnya blog Cik Nor masih lagi picisan. Tak di kenali ramai lagi. Huhu.

Apa yang mengejutkan Cik Nor, hari ni tiba-tiba pageview mencanak naik menjadi 4k. Biasa nak lepas 1k pun merangkak. Malu weh.. Bila tengok pageview tinggi macam tu rasa semangat sikit nak menulis blog. Tak gitu korang semua?

Agak-agak apa diorang cari kat blog picisan Cik Nor ni? Tak kan cari jodoh kot. Haha. Tak de lah gurau-gurau jer la. Korang punya pageview mesti tinggi dari Cik Nor kan?

Wednesday, December 21, 2016

Kulit Mulus Menawan Dengan NickellSkin

 
 
Kecantikan memang sinonim dengan wanita. Tak kiralah paras rupa atau pun tubuh badan. Yang penting semuanya mau cantik. Jika tanya Cik Nor, confirm la nak kan?Tambah-tambah bahagian muka. Memang bahagian yang Cik Nor ambil berat. Cer tanya makcik-makcik, akak-akak atau adik-adik kat luar sana..nak cantik tak? Confirm jawapanyan nakkk..
 
NAK TAK Cik Nor tunjukkan anda produk yang mampu menjadikan kulit anda anjal, lembut, mulus macam kulit bayi dan lindungi kulit anda dari KANSER KULIT..
Ini dia produk yang korang harus miliki untuk mendapatkan kulit halus dan mulus menawan.

Serum Triple Stemcell

Serum yang pertama di Malaysia menggunakan teknologi farmasi dan kosmetik terkini dari Korea. Ia menggabungkan bahan termahal dan  berkualiti dalam industri kosmetik dan telah digunakan secara meluas di kalangan selebriti di luar negara serta dianggap sebagai kolagen mewah kerana ianya diperbuat dengan menggunakan kolagen ikan Salmon yang dipelihara rapi dan berkualiti. 

Gabungan teknologi farmasi dan APPLE, GRAPE & ARGAN STEMCELL (TRIPLE STEMCELL) yang terdapat di dalam NICKELLSKIN ini mampu memberikan hasil yang sangat luar biasa pada kulit manusia. Ini kerana kolagen ikan Salmon mempunyai protein kulit yang seakan sama dengan protein kulit manusia. Molekulnya sangat halus sehingga mampu menembusi lapisan dermis dan epidermis kulit manusia dengan amat baik sekali dan sekaligus meningkatkan keberkesanan produk ini. Kuasa TRIPLE STEMCELL nya pula mampu memperbaharui struktur kulit manusia dan menggantikan dengan kulit baru seperti KULIT BAYI.
 
 
 
 ■ Berkuasa melembutkan kulit anda

NICKELLSKIN merupakan serum yang telah dimasukkan kolagen di dalamnya seperti apa yang kita tahu kolagen berfungsi untuk melembutkan dan menganjalkan kulit. Kolagen kita sebenarnya semakin berkurangan apabila umur meningkat dan kulit yang kekurangan kolagen akan mudah kendur, kedut dan kasar. Kolagen ikan Salmon di dalam NICKELLSKIN berkuasa 10 kali lebih tinggi dari kolagen jenis lain yang ada di Malaysia.
 
 
Penyerapan maksima ke dalam kulit

Sodium Hyaluronate di dalam kulit mampu memaksimumkan penyerapan kolagen ke dalam kulit. Seperti yang kita tahu kolagen yang paling bagus adalah kolagen yang mampu menyerap dalam kulit dengan lebih sempurna. Sodium Hyaluronate dapat membantu kolagen dan bahan Triple Stemcell di dalam serum NICKELLSKIN menyerap lebih jauh ke dalam kulit manusia. Ianya lebih berkuasa daripada ASID HYALURONIC yang tengah top di pasaran sekarang. Jadi, NICKELLSKIN sebenarnya lagi ADVANCE TECNOLOGY.
 
 
 
Memperbaiki semua jenis kulit samaada kulit sensitif, kulit berminyak atau kulit kering

Tidak kira apa jenis kulit anda samaada yang jenis berminyak, kering atau sensitif, NICKELLSKIN mampu memperbaiki kulit anda. Ini adalah kerana Triple Stemcell & kolagen ikan Salmon dalam NICKELLSKIN mampu membunuh yis di dalam kulit manusia yang akan menyebabkan kerosakan kulit seperti kulit sensitif, berminyak atau kering.
 
 
 
 Memudarkan jeragat, parut, bintik hitam dan cela pada kulit

NICKELLSKIN mengandungi APPLE, GRAPE & ARGAN STEMCELL (TRIPLE STEMCELL) serta daun alovera & Cactus Extract yang merupakan anti-kanser dan mampu mencerahkan bahagian kulit manusia yang dah dicemari dengan JERAGAT, PARUT JERAWAT, BINTIK HITAM dan sebagainya. NICKELLSKIN adalah bebas dari bahan pencerah yang terlarang seperti MERCURY, PARABEN & HYDROQUINONE yang digunakan oleh kebanyak pengeluar produk pencerah di Malaysia.

Dengan NICKELLSKIN anda akan dapat rasai HASILNYAAA... KULIT JADI MULUS, GEBUS, FLAWLESS MACAM KULIT BAYI.
 
Mudahnya menggunakan NICKELLSKIN 
 
 
 
Memang MUDAH SANGAT guna NICKELLSKIN ni. Tak perlu buang masa pakai toner lah, krim malam lah, krim siang lah, sunblock lah... KINI! semuanya dah digabungkan menjadi 1 dalam sebotol NICKELLSKIN

Dalam NICKELLSKIN ni dah ada TONER + MOISTURIZER + SERUM + SUNBLOCK SPF 35.  So cara gunanya anda hanya perlu cuci muka macam biasa (gunakan pencuci Sabun muka Super Collagen) kemudian sapu je terus serum kat muka arah atas ke bawah dan tepuk-tepuk bagi meresap.

SETITIK SUDAH MENCUKUPI #ketagihcantik 
 

❤ TAHUKAH ANDA? Kulit yang kering, sensitif, kusam dan tidak bermaya boleh menjadi punca utama penuaan berlaku sebelum usia. Ini kerana kulit ini sebenarnya sudah kehilangan kolagen yang diperlukan untuk mengekalkan elastik dan struktur pada kulit. 

Dah puas jumpa Doktor atau Pakar kulit, tapi masalah kulit kering, sensitif dan ekzema tetap sama. Kalau ubat habis, masalah tu datang balik. Kos rawatan pula bukan murah, bila dihitung balik beberapa kali jumpa pakar kulit, kos mencecah RM1000++
 
 
 
 Bukan ke dah banyak produk kat luar untuk kulit kering?
 
 Ya..memang betul... tapi anda perasan tak mula2 pakai produk ni, kulit kering dan sensitif memang akan jadi normal. Tapi jika anda teruskan pakai dalam jangka masa panjang, kulit anda akan jadi terlebih berminyak. Memanglah kulit kering jadi baik, tapi lagi teruk jika kulit berminyak dan jerawat mula tumbuh. NICKELLSKIN ni lain dari yang lain.. KENAPA? Ia pakar dalam memperbaiki kulit. Semua jenis kulit samaada kering, sensitif, minyak atau kombinasi akan diperbaiki secara menyeluruh oleh NICKELLSKIN. Ia lebih berkuasa dari yang lain kerana ianya lebih bijak menyesuaikan fungsinya dengan masalah kulit yang berbeza.
 
 
 
❤ Siapa yang tak nak kulit cantik macam bayi kan? gebu, mulus, bersih, anjal dan lembut. Anda dah puas cuba macam2 produk  tapi semua hasil suam-suam kuku je. Lagi leceh sebab nak kena pakai step 1,2,3... Ada masa ke nak tepek toner, moisturizer, krim siang lah , krim malam lah.. kalau terlupa satu step, hasil tak berapa berkesan... Sebulan habis beratus-ratus, masa habis berjam-jam untuk jaga kulit, tapi hasil SAMA je @ Srupa! kalau salah pilih produk pula, silap-silap kulit boleh nipis. Bila dah nipis tu yang mula naik bintik hitam dan wajah nampak lebih tua dari usia sebenar. Produk sekarang kena hati-hati, ramai yang nak FLAWLESS GEBUS segera, tapi tak sedar selama ni bertahun-tahun dah tepek hydroquinone atau mercury kat muka. Efek nya jangka masa panjang nanti, kulit mula tumbuh bintik hitam, dan worst case scenario boleh sebabkan KANSER KULIT.
Produk korea untuk wanita malaysia. Sesuai untuk semua jenis kulit wanita Malaysia. Rugi sangat-sangat kalau anda tidak memiliki set Nickellskin ini. Bak kata orang, alah membeli, menang memakai. 
 
Dah baca kan kebaikan dan cara-cara menggunakan produk Nickellskin ni? Berminat tak? Tak kan tak berminat kot. Kalau berminat cepat-cepat hubungi : 
 
Hotline number : 017-3780217

Ig address : @nickellskinhq

Fb address : https://www.facebook.com/nickellskinhq/

Tuesday, December 20, 2016

Hujung Tahun 2016| Bad Story Cik Nor


Assalamualaikum..

Tahun 2016 hampir melabuhkan tirainya. Banyak kenangan suka dan duka tercipta ditahun 2016. Rasanya banyak duka bila diakhir-akhir tahun ni.

Mengapa Cik Nor cakap macam tu? Mana taknya..hujung tahun macam ni Cik Nor asyik gaduh jer. Tak tahu silap Cik Nor or pihak lawan. Rasanya Cik Nor ni bukan kaki gaduh tapi bila dah sabar terlebih limit maka berlakulah ia.huhu

2 bulan lepas gaduh dengan adik angkat Cik Nor. Tak tahu dimana silapnya Cik Nor telefon tak nak angkat, sms tak balas jugak. Whatsapp jauh sekali la. Kalau jumpa boleh dia buat macam tak nampak jer. Cik Nor kalau orang dah buat macam tu alamaknya pinggan tak retak nasi tak dingin, engko tak nak aku lagi la tak hingin.

Kes ke 2 berlaku minggu ni antara Cik Nor dengan roomate. Sebab apa? Ingat tak entry lepas yang Cik Nor kemas dapur tu. Cik Nor terbuang chili blend dia dalam freser. Kami tak sengaja buang kerana nampak cili tu macam dah lama. Cik Nor mengaku yang Cik Nor & the geng buang. Dan Cik Nor pun dah ganti balik cili blend dia hari tu jugak tapi dia still tak puas hati.

Jangan cabar kesabaran Cik Nor buruk padahnya.huhu. Akibatnya Cik Nor berdiam diri dan tak bertegur sapa dengan dia. Orang dah explain tak dengar. Itulah makanya..haha

Eh..maafla terpanjanglah pulak menulis. Harap korang tak bosan membacaπŸ˜€



Monday, December 19, 2016

Bila Warga Rusia Minat Baca Blog Cik Nor


Assalamualaikum..

Malam ni dok belek-belek tablet cari idea nak updates apa. Idea memang dah lost contact dah. Apa nak tulis ni? Tak tuliskan pageview down pulak. Eh Cik Nor sejak bila pageview ko tinggi? Perasan jer lebih ni.haha.

Bila dah belek-belek kat statistik sekali terpandang negara yang suka singgah kat blog Cik Nor. Sekali tengok..oh wow..negara Rusia. Negara ke dua pula ialah Hong Kong. Amat kecewa bila orang Malaysia suka singgah blog Cik Nor 😒😒😒

Tapi kan korang terfikir tak? Kalau orang Rusia singgah blog Cik Nor dia nak baca apa erΔ·? Majoriti entry blog Cik Nor bahasa melayu. Ke orang Rusia dah faham bahasa melayu.hihi. Begitu juga dengan pembaca dari Hong  Kong. Faham ke diaorang tu baca? kihkih.

Apa-apa pun terima kasih kepada yang sudi singgah blog Cik Nor. Tanpa korang semua berkuburlah blog Cik Nor ni. 

Blog korang oranf negara mana eh suka singgah. Nak tahu jerπŸ˜€


Saturday, December 17, 2016

Bila Peminat Ayda Jebat Sentap

Assalamualaikum..

Hai semua. Selamat beristirehat dihujung minggu yer. Gunakan masa rehat ini untuk bersama-sama keluarga tersayang.Moga ikatan kekeluargaan ini lebih erat dan kekal aman harmoni hingga ke jannah.

Eh..panjang pulak coloteh Cik Nor ni. Tajuk cam best tapi isinya dah merapu..hihi. Macam biasalah setiap hari kalau Cik Nor buka blog mesti tengok komen dulu. Itu sudah kemestian bagi Cik Nor. Kalau korang mula-mula buka blog korang tengok apa dulu?

Pergh...bila peminat Ayda Jebat sentap macam printscreen kat atas tu la. haha. Cik Nor cakap benda yang betul so tak payah nak sentap-sentap la. Memang Cik Nor tak suka dengan Ayda Jebat nak mengaku minat wat apa. Kan?

Korang mesti terpingga-pingga pasal apa Cik Nor meroyan ni. hihi. Nak tahu cerita sebenar boleh klik Sini. Komen-komen tu semua ikhlas dari hati Cik Nor bukan Cik Nor reka-reka.

Cik Nor macam nak kenal jer anoynimous ni. Lelaki ke? Solo lagi ke? Eh..lebih-lebih pulak Cik Nor ni. haha.

Friday, December 16, 2016

Bila Cik Nor Belek Keywords

Assalamualaikum..

Hari ni kan macam boring jer kat rumah sewa. Biasa tiap-tiap minggu balik kampung tapi minggu lepas dah cuti 5 hari. Hari rabu balik kerja balik then khamis dah nak balik semula. Arghh..penat nak drive. So, Cik Nor stay jer la sini. 2 hari je pun cuti.hehe

Bangun pagi-pagi pergi Pasar Siti Khadijah bukan g beli barang dapur tapi g cari nasi dan kuih-muih murah je. kihkih. Beli sayurnya sikit jer meronda jer lebih. Punya la susah nak parking, lebih 5x pusing baru dapat. Last round memang dah niat nak dapatkan parking betul-betul depan pasar. Alhamdulillah...Allah makbul niat Cik Nor tu betul-betul dapat parking depan pasar.

Balik tu dah isi perut kenyang-kenyang bermulalah operasi membersih dapur dirumah sewa. Kotor yang amat. Nasib la dapat kerjasama dari penghuni yang lain. Kalau tak...matilanakkkk. Dah siap semua tu...apa lagi zzzz la.haha.

Bangun-bangun tidur sambil makan biskut kering belek la blog.  Tengok la kat statistik..ouchh..kuciwa..pv low la pulak hari. Hari jumaat, orang tak baca blog sangat kot.hehe. G la tengok kat keywords pulak agak-agak orang cari apa kat blog Cik Nor. Yang lain-lain Cik Nor boleh terima sebab ada entry berkaitan tapi ada satu keywords tu memang tak boleh terima. Syampu rambut perisa ros? Ko rasa nak tergelak ke nak menangis?haha? Cik Nor rasa nak kenal jer orang yang cari keywords tu.hihi

Blog korang diaorang cari apa eh?😊

Thursday, December 15, 2016

Bila Cik Nor Kaki Drama Melayu

Sumber gambar : pakcik google

Assalamualaikum..

Baca tajuk entry pun korang dah tahu hobi Cik Nor kan? Mengadap tv tengok drama melayu.haha. Maaf la Cik Nor tak minat drama korea walaupun pelakon dia mengusik jiwa. Not my taste k.kihkih.

Cik Nor tak layan sangat cerita macam gambar kat atas tu. Waktu dia xbersesuaian la. Mana nak solat, mana nak mengaji lagi. Terkejar-kejar dalam sumua aspek. Last-last buat kesimpulan tak payah tengok. Betul tak? Orang viral pasal buntat meninggal? Boleh pulak g tanya orang. Eh buntat meninggal pasal apa?haha

Yang pasti Cik Nor suka layan cerita pukul 9 & 10 malam. Time tu memang betul-betul free la. Semua dah siap, solat dah, makan dah dan gosok baju pun dah. Kiranya layan drama sebelum tidur lah ni. Habis cerita terus masuk tidur. Boleh kan gitu.hihi.

Drama yang Cik Nor suka layan, drama yang berkaitan dengan kemasyarakatan, drama antara 2 darjat ni tak layan sangat.Drama buang masa jer tu..ada lagi ke antara 2 darjat in reality? Kalau ada mintak dijauhkan.

Tapi kan drama melayu ni satu jer Cik Nor selalu perhatikan. Kalau seseorang tu pada mula drama dia jahat. Tiba di akhir drama dia berubah menjadi baik. Persoalan disini, asal nak berubah jadi baik mesti pakai tudung. Kalau tak pakai tudung tak boleh eh jadi bagi? Just tnya jer😊

Sunday, December 11, 2016

Anugerah Melodi | Anugerah Ayda Jebat

Sumber gambar dari pakcik google

Assalamualaikum..

Malam tadi berlangsungnya anugerah melodi 2016 dibawakankan secara langsung dari PWTC. Cik Nor tengok kat tv3 jer. hihi. Kita dok Kelantan jauh nak g PWTC.

Malam tadi kemain lagi berkoba-koba nak tengok anugerah tu. Tengok calon kemain best-best. Tapi bila tengok banyak kategori Ayda Jebat menang. Hati dah tawar nak tengok. Lain yang dirasakan menang lain pula yang menang. 

Pengacara dah best tapi kenapa perlu tukar-tukar partner?Tv3 ni dah tak mampu ke nak bayar 2 orang pengacara tetap ke? Kat situ satu kelemahan Anugerah Melodi. Yang terkinja-kinja kat tengah tu apa motif dia. Alahai menburukan keadaan jer nampak.

Time artis menyanyi perlu ke semua hadirin berdiri? Macam something jer tengok. Biasa kalau hadirin bangun just untuk memberi penghormatan kepada sesorang yang dihormati. Ni tak just nak dengan nyanyian jer kot. Banyak lagi TV3 perlu baiki Anugerah Melodi ini untuk tahun-tahun akan datang supaya tak membosankan lagi.

Jangan kecam hakak, hakak cakap ikhlas dari hati apa yang tak kena dimata Cik Nor. Apa-apa pun tahniah kepada semua pemenang. Semoga maju jaya dimasa akan datang.

Tuesday, December 6, 2016

Kebaikan Pokok Semalu

Image result

Assalamualaikum...

Idea tak ada nak menulis, Cik Nor godek-godek gallery jumpa la petua dari poko semalu. Jom Cik Nor share macam mana caranya.

Petua Merawat Kuku Kaki & Tangan Dengan Pokok Semalu 

  • Pokok semalu dicabut menggunakan playar ( keseluruhan pokoknya termasuk akar) di rebus hingga mendidih.
  • Biarkan sejuk sedikit kemudian masukan air itu ke dalam besen atau baladi, masukan kaki atau tangan dan rendamkan didalam air rebusan itu .
  • Air rebusan ini cukup baik untukmengekalkan kelembapan tangan dan kaki, menghilangkan gatal-gatal tangan dan kaki akibat "makan sebayan"  (loghat Kelantan) atau tangan dan kaki "dimakan " dek air atau istilah saintifinya : Athlete's foot dan juga cekam pada kuku tangan dan kaki.
  • Gatal-gatal tangan jenis ini danfdan jugan tangan (keliling kuku) yang agak merah dan bengkak-bengkak (semacam dipenuhi air) - biasa dialami oleh mereka yang banyak 'main air' seperti tukang masak, tukang cuci pinggan dan tukang cuci baju (basuhan tangan).
  • Sumber orang yang memberi petua ini juga adalah pengusaha warung yang setiap pagi memasak pelbagai hidangan untuk sarapan dan juga makanan tengahari dan melihatkan tangan (akibat banyak 'main air' dalam proses memasak) dan kakinya tiada langsung kesan jenis kerja tersebut pada tangan dan kakinya (akibat berdiri hampir sepanjang hari- tiada langsung pecah tumit dan sebagainya)

Lama dah Cik Nor share petua untuk kecantikan anggota badan kita. Petua-petua orang lama jangan kita lupakan. Kadang-kadang ubat dari hospital atau klinik tidak begitu serasi dengan kita. Petua orang-orang lama juga yang kita akan cari.  Betul tak?

Semoga petua di atas dapat membantu anda yang mengalami masalah kuku kaki dan tangan. Petua tradisional jangan dilupakan.

SAYA NAK KURUS SECARA SIHAT DENGAN PASSION D'TOX


Assalamualaikum..

Lama dah rasanya Ayuni Rafilah tak buat GA. Ke Cik Nor yang tak sedar dia buat GA. Ya ampun..hehe. Sebelum ni dah join GA dia berkaitan kucing. Alhamdulillah ada luck. Moga-moga kali ni ada luck lagi.. InsyaAllah..aamiin

Nak join ke? Klik banner kat atas tu yer. Good Luck Semua :)

Monday, December 5, 2016

Giveaway Hand & Body Lotion By Suriaamanda

http://www.suriaamanda.com/2016/12/giveaway-hand-body-lotion-by-suriaamanda.html

Assalamualaikum..

Jom semua join GA by Suria Amanda ni. Tengok hadiah pergh..menggoda. Harap-harap menangla kali ni..Aamiin. Nak join ke? Klik banner kat atas tu then ada syarat-syaratnya.

Gud Luck All.

Sunday, December 4, 2016

Minyak Masak Bersubsidi Dinaikan Harga!!!

Gambar dari pakcik google

Assalamualaikum..

Isu minyak masak ni memang tak pernah reda semenjak harga minyak botol ditarik subsidi. Harganya naik mendadak dan tak masuk dek akal bila difikir secara logik oleh rakyat marhein macam Cik Nor.

Biarkanlah minyak masak botol dengan harga mahalnya itu. Yang Cik Nor nak isu kan kat sini. Minyak masak 1kg yang masih bersubsidi pun sewenang- wenangnya. Dah banyak kedai runcit di Kelantan, Cik Nor survey rata-rata telah menaik kan harga diantara RM0.20-RM0.50. Sedangkan tiada lagi arahan yang dibuat untuk menaikkan harga minyak bersubsidi.

Nak tak nak Cik Nor terpaksa survey beberapa buah kedai runcit untuk mendapatkan harga RM2.50/kg. Cik Nor yang kerja dan ada gaji tiap2 bulan ni memilih yang murah, macam manalah kan orang yang kerja kais pagi makan pagi. Aduss kesian kan.. tak pelah dah lumrah hidup..pasrah jer la kan. Berdoalah moga Allah selalu murahkan rezeki. Aamiin.

Kepada pihak berwajib mohon pantau harga minyak masak bersubsidi yang dijual dikedai runcit seluruh Kelantan agar mereka tidak sesuka hati menaik kan harga minyak masak bersubsidi

Saturday, December 3, 2016

6 Website Hot Di Malaysia

Assalamualaikum..

Bagi mereka yang mencari Jawatan Kosong di sektor swasta, link yang Cik nor berikan itulah jawapanya. Pelbagai jawatan ditawarkan tidak jawatan rendah ataupun tinggi.Lebih dari 10,000 jawatan kosong disediakan. Pelbagai info terkini disediakan berkaitan dengan kerja yang ditawarkan.

Kepada graduan yang baru tamat pengajian jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan kerja idaman anda. Pengalaman itu penting dalam mencari pekerjaan.
Image result for icon jawatan kosong


Kalau dalam carta pencari kerja Jawatan Kosong Kerajaan memang hot dan femes dikalangan graduan. Mana taknya kerja katsektor kerajaan siapa tak nak kan?Memang ini pilihan utama dalam carta pilihan kerja semasa. Kerja disektor kerajaan memang sangat terjamin masa depannya. Tapi perlu di ingat jawatan dalam sektor kerajaan sangat terhad dan banyak persaingan.

Nak kerja kerajaan tu memang nak sangat-sangatlah kan tapi orang kata semuanya bergantung pada rezeki masing-masing. Kalau ada rezeki adalah lah. Kalau tak ada, Rezeki Allah tu luas dan ada dimana-mana.Yang penting kitaperlu berusaha untuk mendapatkannya.


Nak dapat kerja dengan mudah? Kerja Kosong ini direct kepada majikan. Hantar resume terus kepada majikan tanpa sebarang tapisan dari orang ketiga. Majikan mengiklankan kerja kosong di syarikat mereka terus kepada pemohon. Semua data pemohon akan dimasukakan terus ke bahagian pembangunan sumber manusia syarikat.

Jangan lupa klik link yang Cik Nor berikan di atas untuk mendapatkan kerja dengan gaji yang lumayan dan tempat kerja yang selesa. Kita kena ingat, kerja tak datang kalau tidak dicari.

 Semua mesti hendak tahu apa ke benda SAPS Ibu Bapa. Sekarang ini macam-macam kemudahan disediakan untuk memudahkan ibu bapa untuk mengetahui keputusan peperiksaan anak-anak tanpa perlu ke sekolah anak. Hanya perlu ada smartphone, tab atau laptop sahaja tanpa perlu jumpa cikgu disekolah. Pernah dengar SAPS tak? Apa tak pernah dengar. Meh sini nak terangkan apa itu SAPS. SAPS ibu Bapa merupakan sistem analisis peperiksaan sekolah yang diwujudkan oleh pihak kementerian bagi memudahkan ibu bapa membuat semakan keputusan peperiksaan sekolah.
SAPS semakan ibu bapa ini boleh dilakukan  melalui secara dalam talian (ONLINE).

·         Antara keputusan peperiksaan yang boleh disemak adalah:
1)      Keputusan sekolah rendah darjah 1 hingga darjah 6.
2)      Keputusan peperiksaan sekolah menengah tingkatan 1 hingga tingkatan 5



Apa itu APDM? APDM merupakan singkatan bagi Aplikasi Pangkalan Data Murid. APDM digunakan bagi key-in maklumat murid seperti kedatangan ataupun kehadiran. Kehadiran murid akan diisi secara online melalui APDM. Mulai 1 januari 2015, APDM dikenali sebagai modul Pengurusan Murid (PM).

Dengan adanya APDM ini secara tidak langsung memudahkan kerja guru. Guru tidak perlu lagi mengisi buku log setiap hari secara manual. Semua maklumat pelajar telah tersedia. Guru cuma perlu key- in bilangan pelajar yang hadir dan tidak hadir sahaja setiap hari.






HRMIS2 merupakan aplikasi dalam talian yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Pengurusan sumber Manusia ataupun dalam bahasa inggerisnya Human Resources Management Information System. Aplikasi ini digunakan oleh setiap penjawat awam untuk permohonan cuti mahupun mengemaskini maklumat peribadi mereka dari semasa ke semasa.

Memang mudahkan zaman sekarang. Semua kerja dalam talian tak perlu risau untuk ke pejabat lagi untuk mengemaskini maklumat peribadi ataupun cuti. Sangat jimat dan memudahkan kerja  kakitangan kerajaan. Cepat, mudah & pantas.

Wednesday, November 30, 2016

Wahai Followers Cik Nor Sayang...


Assalamualaikum...

Oleh kerana malam tadi Cik Nor bagi tips kat orang lain macam mana nak dapatkan job review, so malam ni Cik Nor kenalah rajin updates blog. Blog bersawang malu oo..hihi

Udah-udahla merapu Cik Nor oii. Apa benda ko nak cerita.. ko cerita sekarang sebelum followers ko boring. Ni hah.. nak tanya.. siapa yang follow Cik Nor tapi Cik Nor tak follow balik? Cik Nor bukan tak nak follow balik tapi bila klik kat gambar tu tak ada link blog korang. Hampa tau Cik Nor..huhu

Mesti orang anggap Cik Nor sombong tak nak follow blog orang lain..ohh tidak ..jangan kata macam tu tau. Cik Nor nak follow back tapi link korang tak jumpa. Nanti kan saper-saper yang dah follow Cik Nor tapi tak follow balik sila tinggalkan link di kotak komen bawah entry ini.

Kepada yang Cik Nor dah follow tu jangan tanya kenapa Cik Nor tak singgah blog korang. Bukan Cik  Nor memilih tapi Cik Nor random mana yang sempat. Saper dapat komen Cik Nor kira bertuahlah walaupun komen Cik Nor cuma 2 patah.haha

Kadang-kadang ada orang confius Normi Nieza tu siapa? Tu la Cik Nor yer. Bila komen blog orang nama Cik Nor tak keluar tapi keluar nama Normi Nieza. hehe. Harap maklumπŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€

Tuesday, November 29, 2016

Macam Mana Cik Nor Boleh Terjebak Dengan Job Review?

Assalamualaikum..

Semenjak Cik Nor banyak up entry pasal job review ni, ramai pulak yang suruh share ngan diaorang macam mana nak dapatkan job review ni. Jangan bimbang Cik Nor tak kedekut ilmu.

Cik Nor sebenarnya tak ingat jugak macam mana dan bila Cik Nor boleh terjebak dengan semuanya. Tahu-tahu dah bertimbun job menanti. Yang pasti ianya bermula dari facebook. Majoriti job kebanyakan diaorang offer kat facebook.

Buka nak riak ke apa ni. Cuba korang kena rajin membelek facebook setiap hari. Dan satu lagi blog kena rajin updates. Kadang-kadang tu job datang sendiri jer bila kita rajin updates blog. Korang kena updates blog sekurang-kurangnya 1 entry sehari.

Arghh..Cik Nor sedap jer bagi tips kat orang. Blog dia pun tak updates. haha. Apa-apa pun jangan lupa add Cik Nor kat facebook. Nanti kalau ada apa-apa job Cik Nor akan tag korang yer.

Jangan kata Cik Nor tak payung yer. Cik Nor dah payung guna payung pasar tani lagi.haha

Monday, November 28, 2016

Bila Cik Nor Komitmen Dengan Job Review


Assalamualaikum..

Entry ni bukan entry riak atau nak menunjuk. Tapi just nak tunjuk betapa komitednya Cik Nor dalam membuat tugasan review. Tak kiralah tugasan tu berbayar atau pun tidak.

Dalam beg balik kampung Cik Nor barang-barang dalam gambar tu la Cik Nor usung ke sana ke mari. Sebenarnya banyak lagi tapi Cik Nor dah buang sebahagian. Bukan buang dalam tong sampah tapi buang dari beg balik kampung jer. hehe

Selagi tak siap tugasan yang Cik Nor dapat selagi tu la Cik Nor usung. πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€. Kadang-kadang tu yang dah siap pun Cik Nor simpan dalam beg tu jugak. Kalau orang tengok confirm orang ingat Cik Nor tak betul. Yelah..usung sampah-sarap ke sana ke mari.

Korang yang selalu buat job review macam Cik Nor jugak ke? Meh share ngan Cik Nor pengalaman korang.😊

Sunday, November 27, 2016

Hamboi.. Kemain Kan Ko!!


Assalamualaikum..

Bila siap iron baju kerja tadi ingat nak terus tidur tapi bila teringatkan komen mr. or mrs anonymous hati rasa tersentap pulak. Buka main lagi dia komen, macam dia bagus sangat.  Kalau berani tak perlu la guna anonymous. Pengecut la mr. or mrs anonymous ni!

Dia komen tu kat entry la lama Cik Nor pasal peniaga kat Wakaf. Entry nya kat Sini. Cik Nor buka cakap negatif pasal peniaga Wakaf Che Yeh. Cik Nor just cerita pasal pengalaman dan minta kepada pengujung pasar malam tu supaya berhati-hati. Kalau yang dekat macam Cik Nor tak de hal bila-bila masa boleh pergi tukar. Kalau yang luar Kelantan macam mana? Sanggup ke datan balik semata-mata nak menukar baju tidur berharga RM8.00 sehelai?

Yang Cik Nor sentap dan geram dengan mr or mrs anonymous bukan apa, dia pulak yang terlebih emo.huhu. For your information, mr or mrs anonymous i memang peniaga. Sekarang ni jer tak aktif promote tudung kat blog. Cik Nor memang jaga kualiti tudung yang Cik Nor jual. Sekiranya ada yang tidak cantik dimata Cik Nor akan terus tukar dengan suppliers.  Bukan main jual jer.

Seandainya tudung tu ada pembeli nak jugak membelinya walapun telah diberitahu tudung itu kotor dan sebagainy Cik Nor akan kurangkan harga dan akan memberitahu keadaan tudung tersebut. Bukan main jual jer.

Alhamdulillah semenjak berniaga tudung tak ada lagi Cik Nor terima aduan yang negatif. Semuanya positif. Mr or mrs anonymous ko tak perlulah tolong melenting bagi pihak Cik Nor. Cik nor kena Cik Nor tanggung sendiri. Apa yang Cik Nor tulis kat blog cuma perkongsia bukan untuk mengata sesiapa. Siapa terasa maknanya dia makan ciliπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Mak aii panjangnya mengarang. Stop dulu sebelum pembaca blog Cik Nor bosan. See u soon. InsyaAllah

Thursday, November 24, 2016

Ruam Bayi Powder | Penawar Segala Jenis Penyakit Kulit

Assalamualaikum..

Penyakit kulit di kalangan kanak-kanak mahupun  orang dewasa memang memeningkan.  Pergi buat rawatan kat klinik atau hospital belum tentu dapat keputusan yang menggembirakan. Kadang-kadang makin parah dibuatnya.


Ruam bayi powder ada jalan penyelesaiannya. Ia penawar psoriasis, eczema dan semua jenis penyakit kulit. Merawat penyakit kulit dengan cara Rasulullah SAW. 100% tanah liat putih yang mengandungi mineral semulajadi bersama air galian yang telah ditapis secara khusus. Ia juga merupakan sunnah Nabi S.A.W kerana salah satu cara Nabi S.A.w mengubati penyakit kulit adalah dengan menggunakan tanah.

Mudah menyerap ke dalam kulit.

Dalam Sahih Bukhari, Muslim diriwayatkan bahawa Aisyah ra berkata " Jika seseorang mengadu mengenai kudis ( penyakit kulit) atau luka, Rasulullah s.a.w meletakkan jejarinya sambil membaca : (maksudnya): " Bismillah, tanah bumi kami dengan campuran air liur di kalangan kami, dis3mbuhkan orang sakit dikalangan kami dengan izin Tuhan kami. " Kata Ibn Qayyim: " Manusia diciptakan dari Nabi Allah Adam a.s dan Adam pula dijadikan oleh Allah s.w.t dari tanah, Maka sebaik-baik penawar untuk segala jenis penyakit kulit juga Insya Allah daripada tanah".

Pembuatan secara homemade warisan semulajadi turun-temurun diiktiraf oleh SIRIM QAS INTERNATIONAL yang mana selamat digunakan oleh bayi sehinggalah dewasa.  Ia juga dijamin HALAL dan SUCI. KHASIATNYA:
  • Menyerap segala kotoran dan toksik yang terdapat pada kulit.
  • Cepat meresap dalam kulit. Kulit terasa sejuk dan lembut
  • Bebas paraben dan bahan-bahan kimia yang berbahaya
  • Dapat mengurangkan ruam pada bayi
  • Amat sesuai untuk semua jenis penyakit kulit
  • Satu bekas tahan lama. Selalunya mampu bertahan selama beberapa bulan.

CARA MENGGUNAKAN RUAM BAYI POWDER
Pakai bedak ini di bahagian yang bermasalah.. Di sebelah pagi, sapu selepas mandi, manakala disebelah malam pula sapu sebelum tidur.. Untuk mendapatkan kesan yang maksima, boleh disapu dengan kerap...
Pemakaian waktu siang :-
Selepas beberapa jam, jika bedak kelihatan pudar dan diserap peluh, cuci bersih dengan air, lap dan keringkan kemudian sapu lagi..
Pemakaian waktu malam :-
Sebelum tidur, sapukan di tempat yang diperlukan.. Sapuan diwaktu malam lebih berkesan kerana semasa tidur kita kurang bergerak.. Sekiranya bedak kelihatan kering, tambahkan sedikit air yang bertapis sahaja atau air zam-zam bagi mengelakkan klorin air paip..


PASTIKAN YANG ORIGINAL BARU BELI !!

Zaman sekarang ni, asal saje produk tu laris dan mujarab pasti ada yang mengambil kesempatan untuk memalsukan produk tersebut bagi mengaut keuntungan dengan mudah.. Begitu juga dengan Ruam Bayi Powder ni..

Bagi mengelakkan korang terbeli Ruam Bayi Powder yang tak original, meh aku tunjuk camne nak kenal pasti yang ORIGINAL...
Ini adalah label Ruam Bayi Powder yang Original dan tidak pernah sama sekali menukarkannya dengan label mahupun nama yang lain.... Kalau  korang nak beli, pastikan label dan nama produk adalah seperti gambar di atas..
Packaging nya pula adalah seperti ini... Bekas berwarna putih... Comel sahaja bekasnya dan kemas..


Testimoni pengguna Ruam Bayi Powder











Untuk maklumat  selanjut, sila layari :-

Website
https://ruambayi.wordpress.com/

http://www.bedakruambayiori.com/

Facebook
https://www.facebook.com/ruampadabayi/


Untuk pembelian atau sebarang pertanyaan, sila hubungi :-

EN. HAFIS
(Bahagian Pemasaran HQ)

013 - 480 6787


PN. NURUL
(Product Owner)

017 - 623 9935

Wednesday, November 23, 2016

Mudahnya Kurus Dengan Program Dr. Malinda



Siapa nak gemuk atau obesiti. Kalau ditanya semua orang, mesti kata nak kurus dan lansing. Tak kira tua atau muda. Tapi akibat pemakanan dan cara hidup yang kurang sihat kita semua berisi untuk mendapat masalah ini.  Bukan kita pinta tapi banyak faktor yang mempengaruhi kita untuk menjadi gemuk atau pun obesiti.Antaranya makan terlalu banyak, makan fast food, tidak bersenam, kurang minum air dan macam-macam lagi.

Jom Cik Nor terangkan apa itu gemuk atau obesiti. OBESITI adalah sejenis ‘penyakit’ sebenarnya. Obesiti adalah masalah dunia moden. Ia hampir tidak wujud 50 tahun dahulu. Antara penyebab yang menyebabkan fenomena ‘Obesogenic’ adalah – Pemakanan yang tinggi karbohidrat terproses, makanan tinggi gula, nutrisi yang rendah dan kurang aktiviti fizikal.
Metabolisme kacau. Hormon tak seimbang. All haywire. Pengurangkan kalori sahaja pun kadang-kadang tidak dapat membantu menurunkan berat badan yang terus meningkat naik. Modern Battle of The buldge!




Siapa Dr Malinda ?
Dr Malinda merupakan Pakar Penuan Sihat dan Obesiti daripada Future Wellness Sdn Bhd, Health & Training Consultantcy. Mempunyai pengalaman 15 tahun sebagai doktor perubatan  dan memberi coaching untuk Program Hcg selama 4 tahun serta berjaya membantu lebih 300 pelanggan mencapai berat badan idaman. Beliau juga menjadi speaker untuk lebih 1000 jam ceramah dan seminar kesihatan anjuran swasta dan kerajaan. Selain itu juga juga, menjadi panel jemputan untuk segmen Penuan sihat dan di Wanita Hari Ini dan Nasi Lemak Kopi O. Dr Malinda juga merupakan penulis artikel kesihatan dalam Majalah i-Sihat.

Jom baca pengalaman client ini :
Selain kebas tangan...motivasi utk kurus ialah impian utk dipanggil IBU....hati wanita mane yg xde impian tu selepas berkahwin...1 day....adik sy yg doktor di hsa saje sembg dgn sy....(sy nk menanges plak nk share ni...😭)...

"Long, aku nk cite sket" : Aku tgk kt wad aku skrg...ramai pompuan yg big size pegnen...kesian dorg sbb bru 6,7 bulan pegnen dh kene warded sbb gula tinggi, darah tinggi...pastu kene paksa bersalin awal...

Sy jadi ngeri plak bile adik ckp cmtu...sy mcm tersentak pn ye...trus fikir...sy cikgu sains...sy blajr ttg fisiologi manusia dr sekolah lg...ilmu klu pemakanan tak seimbang dan kesannya mmg dh tau dh...tp knp sy x apply dlm life sy???

Sy tringat ms keguguran anak sulung sy kira2 berusia 2 bulan dlm kndungan. Sy tny doktor knp sy boleh gugur? Sy xde jatuh. Sy xde mkn nenas. Suami sy bukan perokok. Sy xde penyakit lain. Tp knp sy boleh kehilangan anak sy?

"Sbnrnya kandungan puan ni dia x menjadi sbb kdgkala klu kandungan gula atau garam atau ap2 shja yg x sepatutnya tinggi dlm darah menjadi tinggi, atau terlalu rendah...pembentukan bayi boleh terganggu..mcm org buat kek...klu terlebih tepung, terkurang soda ke...kek tu bantat kan...jadi umpama cmtu la..."

Sy muhasabah diri utk beberapa ketika...combinekan ap yg adik sy ckp, ap yg doc sy ckp dan ilmu2 yg sy tau...sy gugel, sy tny org2 tua...1 yg sy dpt simpulkan....bila nk pregnen...badan mesti ready...baik zahir atau batin...kesihatan no 1...ap yg masuk dlm bdn kite akan effect pd baby...sy tahu Allah dh tentukan anak syurga sy bukan utk temani sy di dunia...kdg2 sy rs bersalah sbb x jaga dia baik2...ms pegnen tu sy asyik mengidam big apple strawberi, ap2 yg manis perisa strawberi...sy terlalu ikut nafsu...sy kecewa tp redha...

Apa yang lebih pedih,

Ad istri spupu suami...kami xpernah jmp sjak kawen..ms kami makn kt meja...dia ckp ngan suami...
"X sgka awak kawen dgn farah ye....akak ingat awak cari yang......hmmm"

"Adik bradik farah semua mmg gemuk2 eh?"

Ya Allah...ms tu nk menitik air mata ms tgh suap makanan...sy tunduk je...suami pn hilang kata2...
Sy tarik nafas dalam2..then ckp "adik sy yg doc tak gemuk"

Tak pernah rs hina cmtu...

Kini sy tekad...kesihatan sy utk diri sy, utk suami, utk famili dan utk baby sy 1 hari nanti.


Puan Farah,
Bandar Tun Razak

ANDA BERISIKO TINGGI JIKA :

BMI > 23
Ukuran Lilitan Pinggang Melebihi
> 102 cm (40 inch) – Lelaki
>  80 cm (35 inch) - Wanita
Obesiti adalah peratusan lemak badan yang berlebihan dalam badan seseorang individu.

Anda dikatakan obese apabila :
Wanita : Peratusan lemak badan >32%
Lelaki : Peratusan lemak badan >25%


BAHAYA OBESITI

Obesiti berkait rapat dengan pelbagai jenis penyakit :
-          Diabetes (Kencing manis)
-          Hipertensi (Darah Tinggi)
-          Kolestrol Tinggi
-          Penyakit jantung koronari
-          Stroke (Angin Ahmar)
-          Batu hempedu
-          Kanser Payudara
-          Kanser Prostat
-          Kanser kolon (usus besar)
-          Masalah pernafasan (respiratori)
-          Masalah muskuloskeletal
-          Vena varikos
-          Masalah kulit
-          Osteoarthritis
-          Penyakit Alzheimer’s
-          Gout
-          Sleep Apnea
-          Infertility (Ketidaksuburan)
-          Masalah psikologi (kurang keyakinan diri)
-          Depressi


Ramai yang bertanya apakah rawatan yang saya gunakan untuk program penurunan berat badan untuk client saya. Saya menggunakan rawatan HCG - satu transformasi dalam rawatan obesiti. 
Rawatan hCG untuk Obesiti ini telah dimulakan oleh Dr. Simeons, seorang doktor perubatan genius British. HCG memainkan peranan penting  dalam mengurangkan lemak badan melalui tindakannya kepada satu bahagian otak yang dipanggil Hipothalamus. Beliau merawat ramai golongan atasan di Britian pada sekitar tahun 1954.
APA ITU HCG?
HCG adalah Human Chorionic Gonadothrophin, sejenis hormon yang dihasilkan di dalam badan manusia (lelaki dan wanita) dan ia dihasilkan dalam kadar yang tinggi ketika wanita hamil untuk memastikan perkembangan bayi yang sihat.
hCG juga akan berfungsi sekiranya tubuh berada di dalam keadaan ‘kebuluran’ dimana hCG akan menggunakan lemak tersimpan dalam badan sebagai sumber pembakaran tenaga dan ia memberikan 1,500 – 4,000 kalori sehari sebagai tenaga.

Ia bukanlah ‘sex hormon’. Ia mempunyai tindakan yang sama pada lelaki dan wanita.
Ia bertindak sebagai ‘Kunci’ untuk menggerakkan lemak yang  tersimpan dalam badan.





BAGAIMANA HCG BERFUNGSI UNTUK RAWATAN OBESITI?
Obesiti berlaku apabila berlaku hypothalamus gagal  berfungsi dengan baik dan menyebabkan gangguan metabolism, ketidakseimbangan hormon, nafsu makan yang tidak terkawal, pembakaran lemak yang tidak effektif dan pengumpulan lemak yang berlebihan di bahagian perut, peha, punggung dan lengan.

Kerosakan hypothalamus biasanya berlaku disebabkan oleh stress, trauma, toksin, electromagnetic field dan tabiat buruk pemakanan yg mengandungi banyak lemak trans, gula dan bahan pengawet.

HCG akan memberi signal kepada hypothalamus untuk mengerakkan lemak-lemak degil yang tersimpan lama di dalam badan – lemak yang berkumpul di perut, punggung, peha dan lengan. Lemak jenis ini sangat susah untuk dibuang kerana badan akan menyimpannya sebagai ‘survival stratergy’. Apabila kita berdiet biasa, apa yang pertama akan hilang dari badan adalah air, otot dan ‘subcutanoeus fats’ iaitu lemak yg memberi bentuk muka dan payudara. Kerana itu kebanyakkan diet boleh menyebabkan kulit menjadi kendur.
APAKAH PRINSIP YANG DIGUNAKAN DALAM RAWATAN INI?
HCG akan berikan bersama-sama dengan diet rendah kalori dan prinsip diet yang akan membantu meningkatkan metabolisma anda. Ini akan memberikan ‘trick’ kepada hypothalamus dan membantu ‘membuka kunci’ lemak di mana seolah-olah ia berada dalam situasi kecemasan yang memerlukan ‘lemak jenis 3’ atau lemak abnormal  digerakkan. Pergerakan lemak ini akan membekalkan 1,500 – 4,000 kcal sebagai tenaga melalui pembakaran lemak abnormaL.
Kebaikan program ini adalah ia seperti ‘DETOX’ program. Dan diet yang anda perlu ambil adalah – Healthy, sugar-free, carb-free, processed food free, soda free. Ini sangat penting untuk memastikan kejayaan anda dalam program – Ia adalah ‘cleansing’ process, not just diet.

Melalui  proses cleasing  dengan prinsip diet yang sihat dilakukan – Anda akan rasa lebih sihat dan tiada lagi masalah ‘food craving’ atau ‘food addiction’ ! Anda tidak lagi terpenjara dalam nafsu dan tabiat buruk pemakanan sendiri. Dan ini akan menyebabkan anda lebih mudah untuk membuat pembaharuan seterusnya dalam cara hidup untuk jangkamasa panjang selepas ini.


ADAKAH BERAT BOLEH MENDADAK NAIK SETELAH BERHENTI PROGRAM INI?
BONUS dari program ini adalah ia membantu keseimbangan metabolism badan. Jika anda mematuhi program ini, anda akan meningkatkan metabolism badan ke satu ‘setting’ yang baru dan keadaan ini akan mengelakkan berlakunya Kesan ‘YoYo’ – kenaikkan mendadak setelah berhenti rawatan program.
BERAPAKAH DOS HCG YANG DIGUNAKAN DALAM RAWATAN INI?
Wanita yang mengandung menghasilkan 500,000IU – 1,000,000 IU semasa hamil. Dalam rawatan kesuburan pula, pakar O&G menggunakan 5,000 – 10,000 IU dalam rawatan kehamilan. Tetapi, dalam program ini hanya 125-200IU hCG digunakan didalam rawatan.
Semua HCG ( dalam bentuk injection dan homeopathy)  dihasilkan di makmal daripada sel sterile. HCG bukan di ekstrak daripada wanita hamil – fakta yang sering di salah ertikan (common misconception).
ADAKAH SAYA AKAN LAPAR SEPANJANG PROGRAM INI?
Walaupun anda mengambil kalori yang rendah dalam program ini, anda  akan kurang merasa lapar kerana HCG akan menggunakan lemak tersimpan dalam badan sebagai sumber tenaga dan ia memberikan 1,500 – 4,000 kalori sehari sebagai tenaga.
Anda akan merasa lebih bertenaga kerana program ini akan membekalkan supplement dan vitaminsebagai nutrisi tambahan anda.

BERAPA BERAT YANG SAYA BOLEH TURUN?
Potensi berat yang boleh turun adalah 0.5kg sehari. Bergantung pada individu, tetapi potensi biasanya antara 6-8kg dengan penurunan 1-2 saiz baju, hanya dalam masa 23 hari!
Rawatan ini boleh disambung terus untuk cycle ke dua (46 hari) dengan potensi utk penurunan sehingga 15kg.

TAK BAHAYA KE TURUN BERAT MENDADAK?
Kajian terbaru menunjukkan pengurangan yang lebih cepat akan memberi motivasi lebih kepada client. Penurunan dalam program hCG ini adalah antara 0.3-0.5kg sehari dan apabila disertakan dengan nutrisi yang cukup dan pemantauan doktor. Ia adalah penurunan yang selamat dan tidak akan mengganggu metabolisme atau sistem badan.
APAKAH KEBAIKAN PROGRAM INI BERBANDING PROGRAM DIET YANG LAIN?

Perbezaan rawatan HCG adalah ia bukan sahaja membantu membuang lemak-lemak lama tetapi ia akan membantu untuk badan menjadi lebih pejal dan padat (tidak menggeleber setelah kurus). Ia hanya akan menggerakkan lemak abnormal tanpa menggangu tulang dan otot.  Selain penurunan berat badan,  kesan yang lebih ketara adalah ‘Inch Loss’. Saiz baju biasanya akan berkurangan antara satu atau dua saiz yang lebih kecil.
APAKAH KEBAIKAN LAIN PROGRAM INI?
Selain dari penurunan lemak badan, anda juga akan dapat memperbaiki tahap kesihatan keseluruhan :
- Tahap gula dan tekanan darah lebih stabil
- Penurunan tahap kolestrol
- Tiada lagi masalah sakit sendi dan lutut
- Tidur lebih baik
- Tenaga meningkat
- Complexion dan tone kulit yang lebih cantik 
- Tiada lagi ‘food craving’ terhadap karbohidrat dan gula atau nafsu makan yang hodoh. 

HCG akan membantu untuk seimbangkan sistem endokrin, menghasilkan endorphin yang akan membantu untuk emosi yang lebih baik, fokus dan bertenaga.

Apabila lemak ditukarkan kepada tenaga – ini akan mengurangkan radang didalam badan. Obesiti dan penyakit kronik sangat berkait rapat dengan tahap radang yang tinggi dan pengurangan lemak badan akan memperbaiki tahap radang dan banyak masalah metabolisma lain. Tidak hairan jika ramai yang dapat menurunkan tekanan darah, kolestrol, gula dalam darah, sakit sendi, jerawat, tiada lagi masalah sakit kepala, allergic, dan banyak masalah sistem imun yang lain. Rawatan HCG adalah transformasi baru dalam dunia pelangsingan!
ADAKAH RAWATAN HCG INI SELAMAT?
Rawatan ini selamat. Wanita boleh mempunyai tahap HCG yang jauh lebih tinggi tanpa ada sebarang kesan sampingan negatif.

HCG juga biasanya digunakan sebagai rawatan kesuburan oleh pakar O&G. Dengan mengambil program HCG untuk menurunkan berat badan, anda sebenarnya juga meningkatkan tahap kesuburan anda dimana ramai client mengalami masalah kesuburan dan telah  mengambil program ini juga  berjaya hamil!

Pada tahun 2004, Kajian klinikal (double blind studies) oleh Dr. Belluscio yang melibatkan 6,540 patient telah membuktikan bahawa hCG effektif dan selamat dalam rawatan obesiti.
BAGAIMANA RAWATAN HCG INI?
Setiap Kitaran Program HCG adalah 23 hari. Ia mempunyai 3 Fasa iaitu : Loading Phase, Burning Phase dan Maintainence Phase.

HCG terdapat dalam dua cara iaitu melalui Suntikan atau Cecair yang dititskan dibawah lidah. 

Setiap individu yang berminat perlu menjalani ujian darah untuk melihat tahap kesihatan anda secara menyeluruh kerana matlamat program ini bukan sahaja untuk slimming tetapi untuk kesihatan yang berkekalan.

KESAN SAMPINGAN RAWATAN HCG?
Rawatan HCG yang dipantau oleh doktor adalah selamat. HCG tidak mempunyai kesan sampingan yang serius (jika tidak wanita yang mempunyai 1,000,000 IU HCG dalam badan ketika hamil juga akan mengalami masalah yang serius)!
Akan tetapi antara kemungkinan kesan adalah seperti sembelit, lapar, letih, pening, cramps atau hypoglycaemia yang berkait rapat dengan pengambilan kalori yang rendah. Walaubagaimanapun, pengambilan air yang banyak dan supplement akan membantu.

BOLEHKAH SAYA BERJAYA SEPERTI YANG LAIN?
Kejayaan program ini sangat bergantung kepada disiplin, keyakinan, konsistensi & kekuatan impian anda untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik! SET MINDA ANDA– 23 atau 46 Hari ini adalah waktu membersihkan diri (cleansing program), pembuangan lemak & detoksifikasi.
TRANFORMASI CLIENT MELALUI PROGRAM HCG:

Cikgu Azlizah
Amy Madzlan
En. Saiful Nizam

 Website : Dr. Malinda
Facebook :Dr.Malinda-Health & Beauty Academy
No. Hp:
+60 17 508 4430
Email

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...