KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Wednesday, September 30, 2015

Mohon Pandang Jer...


Assalamualaikum..

Jom minum petang. Kepada yang terliur tu sila cari digerai berdekatan anda...Cempedak goreng..mabeles

mohon jangan marah..:)

Tuesday, September 29, 2015

Raudah Dihatiku- RTC, Kota Bharu


Assalamualaikum...

Tajuk memang kebaboomm..bila tengok gambar mana Raudah Dihatiku nyer? Haha..panjang ceritanya.Meh cik nor story kat korang yer..:)

Raudah Dihatiku ni berlangsung hari jumaat & sabtu. Kalau tak silap 4hb & 5hb September. 2 Minggu sebelum hari raya Qurban. Mula2 ingat kawan2 adik main2 je nak g. Sekali lepas jumaat dia kol nak g tak. Cik nor apa lagi..dengan pantas bersiap.hihi. Kami pergi 5 orang. Cik nor, adik lelaki n anak buah yang dalam gambar tu. Dua orang tu kawan adik lelaki cik nor merangkap driver.hihi.Cik nor malas nak drive kalau g tempat macam tu.Jadi kenalah pakai driver.kihkih

Ingat meriah ..tapi biasa jer. Orang berniaga ramai lah.Program dari tv9 xdelah banyak sangat, Sangat boringlah..huhu.Pusing punya pusing...asyik jumpa orang berniaga jer. Petang jumaat tu dapat la tengok secara live para artis...antaranya : Fikree Bakar, Tunku Hanis, Nazrief Nazri, Nina Iskandar & Puteri Najwa. Yang bestnya smua artis wanita bertudung..cantik sangat..:)

Mana gambar? Ni lah nak citer..anak buah yang ambik gambar..cik nor segan  nak ambik gambar almaklumlah guna telepon cikai jer. Balik2 umah tanya dia..mana dia ambik semalam? Apa dia jawab? Dah delete semuanya..apa?? dapatlah dua gambar yang kat atas tu. Tu pun sebab dia hantar melalui whatsapp..hhuhu..Begitu sedih...g penat2 hanya ada 2 keping gambar kenangan...hihi..pasrah...:)

Oklahlah dah panjang membebel..see u again..:)

Monday, September 28, 2015

Alahai Roti Jala

Assalamualaikum

Sejak balik dari cuti sempena raya Qurban memang liat skit la nak updates blog. Mood masih lagi ke laut.Entah laut biru ke merah cik nor tak thu lah..haha

Gambar roti jala tu after raya puasa kalau tak silap.Tapi nak up jugak kat sini walaupon dah basi. Harap korang sudi membacanya. Siapa buat? yang pasti bukan cik nor. Cik nor tahu makan jer. Kuah kari tu housemate cik nor yang buat manakala roti jala yang cantiknya officemate dia yang buat.Diaorang buat majlis hari raya kalau tak silap. Ada lebih housemate cik nor bawak balik la. Alhamdulillah rezeki..:)

Kalau nak tunggu cik nor buat..harap la.Macam tunggu bulan jatuh ke riba la.haha

Oklah..sampai sini dulu..bai..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...