KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Saturday, September 12, 2015

Santai Hujung Minggu

Image result for kata-kata motivasi 

Assalamualaikum..

Selamat berhujung minggu semua..:)

Friday, September 11, 2015

Senyum Jumaat


Assalamualaikum...salam jumaat semua..:)

Thursday, September 10, 2015

Sinopsis Masihkah Ada Kasih

 

 credit to : Alaf21

Sinopsis
Di manakah maruah dan harga diri seorang suami yang sanggup memperdagangkan isterinya semata-mata untuk mendapatkan sesuatu projek perniagaan?

Begitulah paparan hidup seorang tokoh korporat, Firdaus Dato’ Mohsein yang mengenepikan soal agama dalam hidupnya. Atas alasan ini, Manisah isterinya meminta cerai. Namun, konflik antara mereka semakin sukar bila keduanya berebutkan anak tunggal mereka, Syafiq.

Manisah tidak rela Firdaus membesarkan Syafiq. Dia tidak mahu kehidupan anaknya berkiblatkan barat. Jadi, dia berusaha untuk mempertahankan anaknya.

Jalan yang dilalui oleh Manisah semakin sukar bila Syafiq disahkan mengidap penyakit jantung berlubang. Manisah tidak mampu untuk membiayai perbelanjaan anaknya itu. Dan Firdaus menggunakan alasan ini untuk merampas Syafiq.

Sejak itu ibu dan anak ini terpisah jauh. Manisah sudah kering air mata untuk mencari Syafiq. Namun Firdaus tetap berdegil sedangkan Syafiq semakin tenat menanggung rindu.

Di manakah keadilan untuk ibu dan anak malang ini? Masihkah ada sisa waktu untuk mereka menyulam kasih? Hanya takdir yang menentukan.

Assalamualaikum..

Kenapa cik nor buat entry pasal kisah novel ni? Sebenarnya cik nor minat sangat drama yang diadaptasi dari novel kat atas tu. Sekarang masih lagi disiarkan di TV1 setiap khamis & Jumaat pukul 11mlm. Memang tiap2 minggu tak pernah miss. Sangat terkesan dihati lah bila tengok drama Masihkah ada kasih ni.

Cik nor paling geram dengan watak firdaus tu. Kejam dan tak bertanggungjawab. Memang menjadilah Fikree Bakar membawa watak antagonis kali ni. Cik nor pun naik menyampah tengok muka dia..haha. Paling cool dalam drama ni watak johan (Karl Syafek). Suka tengok dia layan Manisah romantik gitu..:)

Nak tahu dengan lebih lanjut lagi jangan lupa tonton drama ni yer:)

Wednesday, September 9, 2015

Bestday Celebration & Open House

 Assalamualaikum...

Seminggu  jumpa 1 entry baru cik nor. Manala janji2 cik nor sebelum nie? Kata satu hari satu entry..kena tukar ni..satu minggu satu entry lak..haha. Confirm blog cik nor hilang followers kalau buat macam tu..

Tak payah nak membebel panjang sangat yer cik nor. Back to the tittle & picture.. Dah nak raya balik baru keluar entry ni. Majlis sambutan hari jadi ni berlangsung di hari terakhir bulan syawal..jatuh pulak pada harijadi anak buah cik nor. Maka buat lah majlis makan-makan skit. Tak banyak mana pon masak. My kakak just goreng mihun & mee, buat puding kek, puding oreo dan makanan ringan. Then ada lah hamba Allah yang sponser satey...alhamdulillah. Tetamu jemputan just jiran-jiran and kawan-kawan anak buah. Walaupon tak ramai tetap jugak meriah hingga ke malam...:)
 Nie candid adik bongsu cik nor. Sila abaikan latarbelakang yang agak tidak senonoh itu..Nampak kerajinan cik nor kat situ. Mohon kepada bakal2 mak mentua cik nor abaikan gambar belakang itu..haha
 Selfie bestday girl bersama mama nya. Tema petang tu pink kaler kot. haha.. Siap bertema bagai walaupon majlis kecik-kecik..:)
 Ni lah kek untuk bestday girl.. Biasa-biasa jer.Janji ada ke kan dik..:)
 Selfie lagi bersama kakaknya dan kawan-kawan. Buat apa pon mesti kena selfie. Tak gitu dik?haha
 Selfie with her mama..memang 2 orang kaki selfie..haha
 Nie pavlova yang cik nor tempah kat Kota Bharu. Cik nor memang jakun first time try pavlova ni.haha.Tak best sangat rasanya. Manis jer lebih..huhu.RM30.00 untk 1kg.
Last sekali..gambar kabur tapi letak jugaklah..haha..korang layan kan ajer yer...:)

Oklah itu sahaja untuk hari ni..InsyaAllah..ada masa cik nor update lagi..:)

Sunday, September 6, 2015

BROOCH Mini Giveaway


Assalamualaikum..

Mana tahu ada rezeki..InsyaAllah..aamiin
Nak join jangan lupa klik banner cantik kat atas tu..:) 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...